Sunday, January 8, 2017
Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri
Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri
Dunia tahu apa yang berlaku dalam negara kita. Tiada lagi boleh di sekat ledakan maklumat dan berita berita sahih dan kini menurut satu program televisyen terbitan luar negara, setiap warganegara adalah wartawan dan ianya terbukti dengan tragedi Tsunami pada tahun 2004 dimana video visual kejadian kebanyakkan di rakam daripada telefon bimbit dan di muat naik ke media social secara langsung. Seorang pelancong barat yang berada dalam teksi menuju ke Pusat Peranginan Phuket Thailand menyaksikan sendiri bagaimana pemandu teksi menerima satu panggilan telefon di telefon bimbitnya dan terus membuat keputusan untuk memandu ke kawasan tanah tinggi sekalipun sebenarnya sepatutnya membawa pelancong berkenaan ke hotel penginapannya yang di jangka akan di langgar Tsunami sekaligus Berjaya menyelamatkan pelancong berkenaan. (Petikan program berkenaan yang di siar pada bulan disember 2016)
Pelbagai cara untuk mengatasi sekatan sekatan tertentu jika sesuatu media social di sekat oleh sesebuah negara memandangkan tidak semua satelit dapat di kawal oleh negara berkenaan, begitu juga tidak semua kad sim syarikat syarikat telekomunikasi seluruh dunia dapat di kawal oleh pihak penguatkuasa sesebuah negara.
Anehnya ahli 2 buah parti politik dimana pemimpin kedua parti ini berjuang untuk bangsa dan agama parti masing masing. Ahli parti yang berasaskan bangsa akan setia kepada pemimpin mereka sekalipun seluruh dunia kecuali negara kita sahaja yang tidak dapat menerima hakikat pemimpin mereka suami isteri adalah penjenayah berat yang dilapor di media utama setiap negara dunia kecuali negara kita. Manakala pemimpin sebuah parti Islam pula berusaha keras untuk menyakinkan ahli mereka yang mereka berjuang untuk agama walhal hakikatnya pemimpin mereka berjuang untuk kesenangan serta kemewahan mereka sendiri. Pemimpin berkenaan mula menunjukkan belangnya sebaik sahaja ulama besar Tuan Guru Nik Aziz yang di hormati dunia Islam mereka meninggal dunia. Sebenarnya selama hayat Tuan Guru Nik Aziz masih ada, pemimpin berkenaan telah berkali kali cuba untuk melakukan pelbagai keputusan yang di lihat tidak selari dengan Islam namun tewas setelah campurtangan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz.
Justru sekali gus telah memusnahkan Amanat tahun 1987 pemimpin berkenaan yang kini di penghujung usianya lebih memperlihatkan cintanya pada dunia melebihi cinta pada agama sekalipun mulutnya tetap menafikan telah berubah pendirian. Pemimpin berkenaan menjadi terus rosak punah ranah kerana ada sekitar lebih kurang tak sampai 20 ekor dalam pelbagai peringkat saf kepimpinan yang juga laparkan harta serta kuasa memandangkan sepanjang perjuangan berasaskan Islam mereka tidak pernah berjaya kecuali kali ini mereka berasa dapat mencapai matlamat untuk hidup lebih mewah dengan berbaik baik dengan penjenayah berat daripada parti yang memperjuangkan bangsa.
Allah swt berfirman dalam Surah Al Taubah: 56,
‘Dan mereka (yang munafiq itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah satu kaum yang pengecut’
Ahli ahli parti kedua dua parti politik yang berasaskan bangsa dan agama berkenaan patut mula sedar yang kesetiaan membabi buta kepada bendera parti masing masing bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kini mereka sedang di pimpin oleh kumpulan penjenayah dan penyamun yang menyalah guna objektif parti masing masing sebagai alasan mempertahankan jenayah kedua dua mereka yang berkenaan. Seterusnya kedua dua pemimpin parti berbeza ini merasakan mereka kuat kerana terdapat segolongan pemimpin parti mereka sendiri yang menyokong kuat atas sebab kepentingan mendapat sedikit kuasa dan sedikit kemewahan.
Allah swt berfirman dalam Surah Al Baqarah:8,
‘Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat padahal mereka sebenarnya tidak beriman’
Dimanakah nilainya kaset kaset siri siri ceramah agama di Masjid Rusila yang di jual pada harga serendah RM1.80 sen sekitar tahun 1987-1990 dahulu? Alhamdullillah negara mempunyai beberapa tokoh besar ulama negara yang teguh iman mereka hingga ke akhir hayat seperti Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz, Al Marhum Uztaz Fadzil Noor, Al Marhum Uztaz Azizan Razak. Jika melihat perjalanan parti Islam sekarang tidak mustahil kerana tidak yakin jumlah lautan manusia akan mengiringi jenazah mereka, mereka akan memilih untuk meninggal di luar negara kelak.
Entah kenapa mereka yang menggunakan agama untuk mendapat dunia secara tidak sepatutnya , entah kenapa agaknya mereka masih berjubah dan berserban kenapa tidak sahaja berubah memakai kot buatan Italy dan menghisap cerut mewah berharga ribuan ringgit sekotak kecil kerana secara diam diam kehidupan mereka telah pun bertaraf VVIP samada ketika berada di dalam mahupun di luar negara.
Pemimpin no 2 sebuah negeri di pantai timur hidup mewah , al maklum kini sudah menjadi ahli korporat agaknya yang mungkin tidak ragu ragu akan bekerjasama memastikan kerajaan negeri yang di pimpinnya boleh diserahkan pada parti lawan yang berasaskan bangsa asalkan kehidupan mewahnya berterusan.
Justru kerjasama parti Islam bersama pakatan rakyat pada pilihanraya umum yang lepas adalah semata mata kerana tidak dapat membantah pendirian tegas pemimpin Islam ulung Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan sebaik sahaja ketiadaan Al Marhum Tuan Guru dengan pantasnya pendirian golongan Munafiq ini berubah mula mencari cari Nas untuk membuat kerjasama dengan penjenayah serta musuh musuh Islam.
Golongan bukan Islam yang berjaya memerintah negeri dalam Pakatan Rakyat sengaja di fitnah oleh pemimpin parti Islam yang ada kini seolah olah golongan bukan Islam berkenaan anti Islam walaupun telah menaikkan berganda ganda peruntukan kepada Jabatan dan Majlis Agama Pulau Pinang berbanding ketika zaman pemerintahan BN sebelum itu.
Justru amatlah pelik bila bukan sahaja golongan bukan Islam yang memerintah Pulau Pinang di musuhi parti Islam tetapi juga golongan pemimpin utama parti mereka sendiri yang menyokong kuat pendirian Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz terpaksa meninggalkan parti berkenaan atas pelbagai tekanan golongan yang mahukan kemewahan dan kuasa yang mungkin di janjikan oleh pemimpin parti yang berasaskan bangsa yang terkenal sebagai penjenayah di peringkat global.
Tidak mustahil mereka menganayai golongan pemimpin yang di sukai oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semata mata kerana perasaan hasad dengki kerana mereka tidak terpilih untuk rapat dengan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semasa hayat Al Marhum. Ini tidak menghairankan kerana tindak tanduk golongan ini sekarang memang terbukti mereka itu bahalul , bongok, gong, bodoh piang merangkap kayu.
Iman tidak boleh di warisi justru tindak tanduk salah seorang anak Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz amatlah mengejutkan ibarat seolah olah penagih tegar air ketum. Apa kata jika pihak narkotik PDRM dan pihak Agensi Penguatkuasaan Anti Dadah Kebangsaan menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas si mata merah cengkung kurus kering berkenaan yang kini gemar, ‘ berkot hitam berseluar yengki cuma takda jambul di depan’, meminjam kata kata Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Pelbagai pihak mempunyai rakaman audio visual Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz yang tegas dalam pendiriannya terhadap parti yang berasakan bangsa yang boleh di tonton dalam video yang berbeza beza di youtube namun si mata merah mahukan ahli ahli partinya percaya kononnya pendirian Al Marhum telah berubah. Ini orang putih kata, ‘you go fly kite la’.
Seterusnya Allah swt berfirman dalam Surah Al Munafiqun: 2,
‘ Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas) lalu mereka menghalang (dirinya atau orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka kerjakan.’
Kepercayaan kepada janji janji penjenayah antarabangsa daripada parti berasaskan bangsa oleh segolongan pemimpin parti Islam adalah kemungkinan kerana mereka juga terlepas pandang amaran Allah swt dalam Surah Al Baqarah:14,
‘Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata: kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka, mereka berkata pula,:sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang beriman)’
Kesimpulannya, tepatlah sekali adengan filem 3 Abdul lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, ‘dah kena lah tu, penyamun tipu penyagak’.
Atau mungkinkah golongan beragama yang menyeleweng ini merasakan tingginya ilmu agama mereka melepasi pokok kelapa sehingga sanggup menyalah gunakan ilmu usuluddin serta sanggup menyalah gunakan Qawaid Fiqqiyyah (Islamic Legal Maxims) untuk mencapai apa jua matlamat jahat mereka termasuklah mengeluarkan fatwa haram menjatuhkan kerajaan Islam, sejak bila negara kita mempunyai kerajaan Islam. Rujuklah Perlembagaan Persekutuan di mana dengan jelas di sebut , agama Islam cuma agama rasmi negara kita manakala bidang kuasa agama pula terletak pada kuasa negeri masing masing bagi negeri negeri yang mempunyai Raja, Sultan dan Yam Tuan Besar. Justru jika benar haram menjatuhkan kerajaan menerusi proses
demokrasi pilihanraya, elok bubarkan sahaja SPR daripada diberi makan gaji buta, tiada lah perlu pilihanraya lagi jika ianya wajib memihak kepada satu pihak sahaja selama lamanya bak kata Seniman Idris Hashim dalam filem Laksamana Do Re Me,ketika marah pada Menteri Fa So La, ‘takda akai langsung’. Renung-renungkan, Wallahualam.
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment