Monday, March 24, 2014

MH370 families distraught as plane 'assumed crashed'

A Flight 370 timeline

Malaysia government, airlines accused of 'cover-up...

The deep sea robot search for 370

'Roller-coaster' day for MH370 families

Confirmed! MH370 ended in the Indian Ocean

Families React to News: "Flight 370 Ended in the Indian Ocean"

Satu Aspek dari Undang Undang berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi daripada tragedi udara di Malaysia.

Satu Aspek dari Undang Undang berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi daripada tragedi udara di Malaysia.
Sekalipun negara mempunyai pengalaman nahas udara  yang membabitkan pesawat komersial Malaysia Airline System di Tanjung Kupang  4 disember 1977  yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak kapal termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan ketika itu seperti YB Menteri Pertanian,Allahyarham Datuk Seri Haji Ali Haji Ahmad serta Ketua Pengarah JKR, Pengarah Kerjaya Tentera, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Setiausaha Politik Menteri Pertanian, Duta Cuba ke Malaysia dan  kejadian berkenaan juga bukanlah bermakna kita mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan tragedi serta krisis yang timbul berikutan kehilangan secara misteri pesawat  MH370.
 Malaysia Airlines (MAS) MH653 , Tanjong Kupang 1977




Seksyen 24 (1)  (b) , Civil Aviation Act 1969 dengan jelas memperuntukkan segala tuntutan mesti di buat dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian sesuatu tragedi.
Tuntutan mesti dilakukan terus kepada semua pihak yang bertanggungjawap terhadap tragedi berkenaan termasuklah pihak syarikat penerbangan, pihak insuran serta pihak berkuasa yang bertanggungjawap termasuklah Jabatan Penerbangan Awam/Department of Civil Aviation (DCA) dll.
Dalam kes kes yang tidak dipertikai, pembayaran terus oleh pihak syarikat insurans kepada waris yang diberi kuasa untuk menerima pembayaran berkenaan, ianya melibatkan proses Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir pembayaran wang insurans supaya dapat di bahagikan mengikut peratusan yang sepatutnya kepada semua waris yang layak.
Pihak MAS telah pun membuat pembayaran awal sebanyak USD5,000 setiap keluarga mangsa kepada waris terdekat baru baru ini. Namun ada juga yang mempertikaikan bayaran berkenaan di mana seorang bapa mertua secara terbuka mempertikai kenapa bayaran di buat kepada menantunya dimana anak lelakinya adalah salah seorang mangsa yang hilang bersama pesawat MH370.



Untuk menjadi adil supaya tiada apa apa kekalutan bila setiap keluarga yang dijadualkan menerima paling minima kira kira  USD 175,000 (RM573,475) maka proses mendapat surat kuasa Mahkamah pada waris terdekat yang layak yang diberi kuasa untuk membahagikan jumlah wang berkenaan mengikut peratusan sepatutnya kepada waris waris lain yang layak.

Setakat ini mengikut laporan The Telegraph bertarikh Isnin 24hb Mac 2014 merujuk kepada tragedi MH370 pihak insuran Allianz Global Corporate & Specialty telah membayar kepada Malaysia Airlines sebanyak USD 110 juta (67 juta Pound Sterling) yang dibuat sebagai bayaran permulaan untuk meliputi bayaran penderitaan/kesusahan (hardship payments)  sebagai kos sara hidup yang telah dibayar kepada satu akaun escrow sebagai pemegang amanah.
Apa yang jelas setakat ini pihak MAS telah membayar sebanyak USD5,000 untuk setiap waris terdekat disamping menanggung perbelanjaan hotel, makan,minum dan pengangkutan. Pembayaran berkenaan dibuat mengikut amalan biasa  antarabangsa bagi pengangkutan udara  yang menyatakan jika pesawat telah hilang lebih dari 2 hari maka ianya di anggap telah musnah. Polisi insuran berkenaan telah di ambil di Malaysia tetapi ianya menjadi satu amalan industri insuran yang ianya akan di insurankan semual (reinsured) dengan kumpulan insuran antarabangsa yang diketuai oleh kumpulan Allianz. Pada isnin 10hb March 2014, pihak syarikat insurans dari German mengesahkan yang syarikat mereka kumpulan Allianz mengetuai kumpulan syarikat insuran untuk pesawat Boeing 777—200 ER yang dikenali sebagai MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang dilaporkan hilang selepas kira kira 45 minit berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jumlah bayaran setiap keluarga yang dirujuk sebagai USD 175,000 (RM573,475) ialah bayaran minima bermaksud para waris tidak perlu langsung membuktikan yang MAS atau pihak berkuasa cuai. Sekiranya ada yang  yang membuat keputusan untuk membawa MAS dan pihak berkuasa berkaitan ke Mahkamah maka tidak mustahil Mahkamah boleh memerintahkan jumlah yang lebih besar lagi daripada amoun berkenaan sekiranya dapat dibuktikan elemen kecuaian (negligent) di pihak MAS dan atau pihak berkuasa berkaitan. Tindakan sebegini adalah perkara biasa bagi pengamal undang undang aviation antarabangsa sepertimana yang di lapor di Yahoo News pada 20hb Mac 2014.
Tindakan litigasi sivil di Malaysia akan bermula di Mahkamah Sivil mengikut amoun yang di tuntut. Selepas tindakan di ambil, pihak plaintif (yang menuntut) dan defendan (yang kena tuntut) boleh di arahkan untuk menyelesaikan terlebih dahulu menerusi proses Timbangtara. Jika kedua dua pihak bersetuju menyelesaikan di peringkat Timbangtara, sebarang keputusan adalah mengikat (binding) kepada kedua dua pihak mengikut Akta Timbangtara 2005 dan cuma boleh di ubah memohon ke Mahkamah Tinggi.
Untuk tindakan kecuaian (negligent), pihak syarikat penerbangan tidak perlu menunggu sebarang tempoh tertentu untuk membuat pembayaran asalkan pihak waris dapat membuktikan terdapat elemen kecuaian di pihak syarikat penerbangan/pihak berkuasa penerbangan. Pihak syarikat penerbangan boleh membuat bayaran sepenuhnya sekalipun tiada mayat atau bangkai pesawat ditemui langsung kata Floyd Wisner, peguam daripada America yang mewakili para waris kemalangan Air France pada tahun 2009 yang telah ditemuramah oleh The Mail Online.
Juga di dalam  tragedi Adam Air Flight 574, pihak insuran syarikat penerbangan bersetuju membayar para waris dalam masa 4 minggu sahaja daripada tarikh kejadian iaitu sebelum bangkai pesawat dan sebelum mayat di jumpai.
Jadi mengikut terma terma polisi insurans yang di ambil oleh syarikat penerbangan maka ianya sepatutnya tiada halangan untuk membuat pembayaran secepat mungkin.
Bagaimana pula jika tragedi adalah disebabkan elemen keganasan?  Jawapannya pihak Insurans tetap perlu membayar kerana penumpang bukanlah puncanya (passengers not at fault) sepertimana yang berlaku pada pesawat Pan America Flight 103  di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988.
Adalah tidak mustahil untuk jumlah tuntutan MH370 kesemua waris penumpang sahaja berjumlah antara USD500 juta ke USD750 juta.

Malaysia yang menerima Montreal Convention yang menyediakan peraturan dan prosedur tuntutan terhadap syarikat penerbangan dimana syarikat penerbangan Negara kita , MAS tertakluk pada prinsip ‘strict liability’ yang wajib membayar minima USD175,000 kepada waris yang layak dan diberikuasa tanpa  para waris perlu membuktikan apa apa langsung.
Dibawah Montreal Convention juga, MAS perlu menawarkan pembayaran berkenaan dalam masa 6 bulan daripada tarikh jadual asal ketibaan di Beijing. Sebagaimana yang dijelaskan tadi, jika ada waris yang ingin menuntut amoun yang lebih besar maka beban bukti cuai di letakkan kepada para waris untuk membuktikan MAS/pihak berkuasa penerbangan cuai.
Jika terbukti pihak berkuasa penerbangan turut cuai, keadaan akan menjadi lebih menarik di mana pihak berkuasa/kerajaan Malaysia boleh turut di seret sebagai defendan dan terpaksa membayar pelbagai gantirugi/pampasan yang lebih besar daripada amoun asas yang diwajibkan oleh Montreal Convention.
Akhir sekali tindakan Mahkamah perlu di mulakan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kehilangan pesawat mengikut seksyen 24(1) (b) Civil Aviation Act 1969 sekalipun pihak syarikat penerbangan mempunyai 6 bulan untuk menawarkan pembayaran kepada waris yang berkaitan. Para waris mestilah bertindak segera, tidak leka dengan tempoh 6 bulan yang syarikat penerbangan ada dibawah Montreal Convention kerana peruntukan undang undang yang ada memerlukan tindakan Mahkamah dimulakan dalam tempoh 3 bulan.  Tindakan boleh ditarik balik selepas menerima pembayaran ataupun selepas sama sama bersetuju untuk  memasukkan satu Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) ke Mahkamah iaitu dimana segala terma terma syarat syarat dan jumlah besar pembayaran serta bila perlu dibayar dipersetujui kedua dua pihak.  Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://isikcorpadv.wix.com/siadvocatesolicitor atau e mail: isikcorpadv@gmail.com
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara

Kuala Lumpur

NO ONE WILL EVER KNOW if M'sian authorities are telling the truth as MH370 may never be found after 'crashing' at DEEPEST part of Indian ocean

NO ONE WILL EVER KNOW if M'sian authorities are telling the truth as MH370 may never be found after 'crashing' at DEEPEST part of Indian ocean

THEY ARE THE REAL 'EXECUTIONERS' - Chinese families slam 'SHAMELESS' M'sian authorities

THEY ARE THE REAL 'EXECUTIONERS' - Chinese families slam 'SHAMELESS' M'sian authorities

Missing flight MH370 crashed in Indian Ocean - FULL PM STATEMENT

Wednesday, February 5, 2014

Saturday, January 18, 2014

Peranan masjid ringankan beban kos sara hidup - Sinar Harian

Peranan masjid ringankan beban kos sara hidup - Sinar Harian

Peranan masjid ringankan beban kos sara hidup - Pendapat - Sinar Harian

Peranan masjid ringankan beban kos sara hidup - Pendapat - Sinar Harian

Peranan Institusi Masjid Dalam Membantu Rakyat Meringankan Beban Kos Sara Hidup

Peranan Institusi Masjid Dalam Membantu Rakyat Meringankan Beban Kos Sara Hidup


Tahun 1975 penulis di darjah 2 Sekolah St Xaviers Institution Lebuh Farquhar Pulau Pinang cuma dibekalkan dengan wang saku 30 sen untuk berada di sekolah sessi petang . Dengan 30 sen cukup untuk membeli mee rebus sepinggan 10 sen ketika masa rehat beserta air sirap 5 sen.  Selepas waktu sekolah ramai pelajar akan berebut di luar pagar sekolah  membeli sengkuang yang di sapu kuah rojak yang berharga 5 sen sekeping dan air sirap atau oren juga 5 sen segelas. Maka setiap hari penulis ada baki 5 sen sebagai simpanan.
Untuk menonton wayang filem filem ulang tayang  Allahyarham Tan Sri P Ramlee di panggung Rex Pulau Pinang tiketnya cuma 30 sen sahaja pada tahun 1975 dan harga yang sama di kenakan di panggung Empire Kangar Perlis pada tahun 1980. Manakala sepinggan nasi kandar lauk daging dan telur rebus yang dijual mulai 630 pagi di pagar pejabat imigresen Pulau Pinang berhampiran Balai Polis Lebuh Pantai pada tahun 1975 cuma 30 sen dan ianya berlanjutan sehingga beberapa tahun kemudian tetap harganya tidak berubah. Pasembor mamak ketika itu cuma 30 sen sepinggan manakala laksa penang ada yang menjual 30 sen dan ada yang menjual 50 sen.
Nasi minyak berlauk daging dan sambal lada di jual pada harga 50 sen sebungkus pada tahun 1985 di gerai belakang pejabat pos Kota Bharu Kelantan.   Sebagai kanak kanak sekolah , membayar tambang bas MPPP atau Seri Negara untuk ke mana dalam Pulau Pinang ketika itu biasanya  antara 5 sen, 10 sen atau 15 sen. Malah kacang sebungkus cuma 5 sen yang biasanya juga turut diberi pada monyet monyet di Taman Botanical yang lebih di kenali di Pulau Pinang sebagai ‘waterfall’.
Harga Ikan mata besar atau ikan Uji Rashid cuma 10 sen sekati begitu juga ikan sardin 10 sen sekati yang di jual di pasar Chowrasta Pulau Pinang. Ketika tinggal di Kuala Perlis pada tahun 1980 penulis berbasikal ke jeti ikan menyerahkan wang seringgit bersama beg guni bersaiz besar kepada pekerja bot nelayan di jeti ikan terus di isi penuh dengan pelbagai jenis ikan tanpa perlu di pilih. Stok ikan seringgit tahan lebih 10 hari untuk  sekeluarga  ketika itu.


Setengah Sen boleh membeli pelbagai barangan keperluan ketika Negeri Negeri Selat . Perubahan zaman dan inflasi bukanlah sebab tunggal kenaikan harga barang. Monopoli, orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan,rasuah dan peraturan peraturan yang lebih melindungi kapitalis  antara punca utama kenaikan.

                              Suku Sen semasa Negeri Negeri Selat

Filem Ali Baba Bujang Lapok  Allahyarham Tan Sri  Dr P Ramlee secara bijak membuktikan peraturan peraturan pelik penguasa dalam perniagaan yang membolehkan ganja di jual  secara terbuka di pasar tetapi belacan  Pulau Pinang pula memerlukan permit.









Ketika itu tiada program transformasi, tiada 1 Malaysia, tiada BRIM, tiada Pemandu tetapi di sekolah pelajar seronok ke sekolah dengan wang saku 30 sen. Malah setiap kali cuti umum para pelajar diberi tiket wayang percuma untuk menonton cerita cowboy dan cerita perang yang berkualiti sekalipun di tonton berulang kali seperti filem P Ramlee.
Zaman berubah, dunia makin maju, tahun 1978 tv warna di perkenalkan di negara kita yang selepas tahun 1980 barulah harga tv warna menjadi murah dan mampu di miliki oleh rakyat biasa. Sekalipun begitu ramai lagi rakyat terus menerus menggunakan tv hitam putih yang berpintu yang boleh dibuka  dan ditutup seperti almari.
Nasi lemak antara 10 sen atau 15 sen sebungkus adalah perkara biasa ketika itu cuma mungkin sekitar pertengahan 80an nasi lemak berubah format menjadi seolah olah nasi yang sesuai untuk makan tengahari mungkin hasil idea peniaga untuk memastikan harga nasi lemak boleh di jual beringgit ringgit.
Demikianlah tadi serba ringkas sedutan keadaan harga barangan ketika penulis berada di Sekolah Rendah dan Menengah antara awal 70an dan 80an.
Kini tahun 2014, ikan kembong yang penulis beli sekati cuma 30 sen sekitar tahun 1975 kini ada pekedai yang menjual sehingga  rm18  sekilogram. Begitu juga dengan ikan cencaru yang dulunya 30 sen sekati kini rm8.99 sekilogram. Tambang bas sekolah bulanan antara Kuala Perlis dan Kangar awal 80an dulu cuma belasan ringgit sebulan, kini di Kuala Lumpur terkejut penulis mendapat tahu lebih rm100 seorang pelajar untuk jarak yang dekat.
Seluruh negara mempunyai begitu banyak Masjid yang boleh diperluaskan lagi fungsinya daripada semata mata menjadi lokasi beribadah. Fungsi Masjid  sebenarnya untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan. Kedai runcit, kantin daripada sarapan hingga ke makan malam, kedai pakaian sekolah, pasar mini, pusat tuisyen, khidmat bas sekolah, menternak lembu dan ayam dilokasi berbeza disembelih dan kemudiannya di jual di perkarangan Masjid dan pelbagai bidang perniagaan Halal lain yang boleh diceburi Masjid dengan matlamat membantu Ummat meringankan beban kos sara hidup. Jika pasaraya besar boleh menjual barangan dengan lebih murah, Masjid juga boleh berbuat demikian jika Masjid Masjid seluruh negara bersatu di bawah satu jenama contohnya ‘Masjid Incorporated’’. Tuisyen untuk semua subjek serta Kelas Al Quran boleh diadakan secara percuma oleh pihak Masjid dengan membayar elaun yang nominal pada guru guru sekolah berdekatan. Khidmat van/bas sekolah boleh dikendalikan pihak Masjid pada kadar 50% daripada harga pasaran. Begitu juga dengan segala jenis kelengkapan persekolahan yang memungkinkan Masjid Masjid menjual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Teringat saya lewat 70an dulu sebuah syarikat percetakan yang terletak di Kg Melayu Aceh Pulau Pinang menjual secara runcit bukan pukal senaskah surah Yasin pada harga cuma 10 sen . Maknanya peniaga zaman itu yang membeli secara pukal akan mendapat harga lebih rendah dari 10 sen senaskah. Tentunya Jemaah Masjid akan menjadi lebih ramai daripada biasa kerana selain dapat mengerjakan Solat Lima Waktu secara berJemaah, para Qariah dapat melakukan pelbagai urusan lain di persekitaran Masjid dengan selesa , cepat dan amat berpatutan harganya.

Ada beberapa Masjid di Kuala Lumpur dan Selangor yang melabur untuk mendapat pulangan namun cara begitu tidak dirasai oleh Jemaah yang majoritinya rakyat biasa. Peluang pekerjaan juga lebih dibuka luas bila pihak Masjid mula aktif agenda berniaga untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Segala formaliti mengenai perniagaan boleh di bincangkan di peringkat pentadbiran Masjid dan seterusnya mengikut formaliti biasa menubuhkan perniagaan serta mendapatkan segala kelulusan berkaitan, permit dan sebagainya. Pihak pentadbiran boleh memaklumkan pihak Majlis Agama di peringkat negeri masing masing untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dsbnya. Namun terdapat beberapa Masjid sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang aktif berniaga tanpa halangan malah ada yang dapat membuka hotel dalam bangunan Masjid beserta dewan seminar, bilik mesyuarat dan kafe yang beroperasi dari pagi hingga ke malam.
Pihak pengurusan Masjid perlu berusaha sendiri mencari jalan untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah dan dijual semula juga dengan harga lebih murah dari pasaran. Manakala sayuran serta ternakan boleh di usahakan sendiri oleh pihak Masjid di lokasi berbeza untuk di jual di perkarangan Masjid.
Dengan menumpukan sebahagian besar aktiviti harian di persekitaran Masjid juga boleh sekurang kurangnya menjadikan bilangan Saf yang lebih banyak ketika Solat dan secara tak langsung mengembalikan zaman kegemilangan Islam dimana pelbagai urusan di selesaikan di Masjid. Tentunya isu Mahram, isu aurat dll akan secara tidak langsung terjaga bila berurusan di persekitaran Masjid. Cuba kita lihat di zaman ini pusat pusat perniagaan yang maju di Makkah  Al Mukarrammah dan Madinah Al Munnawarrah berpusat di luar kawasan yang amat hampir dengan Masjidil Haram yang tentunya memudahkan penjagaan Solat Fardhu. Malaysia boleh maju ke hadapan dengan mempelopori aktiviti perniagaan yang pelbagai yang di tadbir sendiri oleh pengurusan dan kakitangan Masjid yang boleh lengkap dengan para professional seperti Ketua Pegawai Ekekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang melapor dan bertanggungjawap kepada Lembaga Pengarah (BOD).

Pusat Perniagaan  yang pesat berkembang dan Hotel Dar Al Hijra yang terletak 800 kaki dari Masjid Nabawi Madinah Al Munawarrah


Jika dilakukan dengan betul maka isu untuk mengelakkan kenaikan harga barang tanpa asas yang kukuh untuk kenaikan mendadak boleh di kawal dengan lebih mudah dan memberikan persaingan sihat untuk para peniaga konvensional agar lebih bertimbangrasa dan beretika dalam isu isu membabitkan harga barangan dan perkhidmatan yang melibatkan rakyat sebagai pengguna.
Pelbagai persatuan juga boleh di tubuhkan oleh pihak Masjid seperti Persatuan Pengguna contohnya sebagai langkah tambahan kepada persatuan pengguna yang sedia ada dalam menambahkan pelbagai program kesedaran pengguna terhadap pelbagai isu kepengunaan yang melibatkan majoriti rakyat biasa terutamanya penindasan golongan kapitalis dalam pelbagai bentuk yang adakalanya menjelma di bawah label Islam lengkap dengan Penasihat Shariah yang mengeluarkan pelbagai Fatwa seperti kata propaganda iklan mee segera yang cepat di masak dan di canangkan sedap di makan,  untuk pelbagai imbuhan diri yang lumayan kiri kanan atas dan bawah. Wallahualam

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur