Sunday, February 19, 2017
Kedaulatan Undang Undang negara seharusnya di hormati Korea Utara
Kedaulatan undang undang negara seharusnya di hormati Korea Utara.
Buat pertama kalinya dalam isu kepentingan umum di peringkat antarabangsa PDRM patut di penuhi dengan ucapan tahniah kerana pantas bertindak sehingga membawa kepada penahanan 4 suspek yang dipercayai terlibat dengan merancang dan melakukan pembunuhan kepada abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara di KLIA 2 isnin lepas.
InshaaAllah di harapkan baki penjenayah dapat di tahan segera walau di mana saja mereka berada kerana bukan sahaja visual mereka menerusi kamera tv litar tertutup telah di perolehi malah rakan rakan mereka juga telah turut di tahan yang membolehkan maklumat diri mengenai yang lain di perolehi.
Hari ini 19hb Februari 2017 waktu Malaysia, BBC News menyiarkan satu laporan yang bertajuk , ‘North Korea’s history of foreign assassinations and kidnappings’ yang merujuk kepada pelbagai insiden pembunuhan oleh ejen ejen Korea Utara di luar negara mereka sendiri dengan pelbagai contoh bermula dari tahun 1968,70an,80an dan 1996.
Namun kembali kepada insiden di Malaysia minggu lepas, yang amat menghairankan ialah tindakan kedutaan Korea Utara memberi amaran kepada Malaysia kerana kononnya Malaysia berkerjasama dengan musuh selepas enggan menyerahkan mayat si mati kepada mereka kerana keperluan post mortem mengikut keperluan prosedur sistem perundangan negara. Malah lebih teruk lagi Kedutaan Korea Utara memaklumkan yang mereka akan bertindak balas sebagaimana yang di lapor oleh Channel News Asia dan pelbagai media antarabangsa lain.
Keputusan bedah siasat jika telah siap sekalipun yang memungkinkan sebab sebab kematian telah di ketahui namun ada beberapa lagi prosedur yang perlu di patuhi sebelum menyerahkan mayat kepada yang berhak. Satu contoh ialah kemungkinan perlunya bedah siasat kedua. Setelah selesai segala proses akhir dan keputusan bedah siasat yang memuaskan serta munasabah mayat akan di serahkan biasanya kepada waris terdekat kepada si mati. Duta Korea Utara bukanlah waris terdekat si mati jika di ambil DNA beliau sekalipun maka tidaklah perlu beliau nak berasa tidak puas hati.
Waris terdekat anak anak dan isteri isteri si mati mungkin takut untuk tampil ke hadapan atas keselamatan diri mereka namun mereka boleh melantik wakil yang sah dengan menyerahkan DNA mereka menerusi wakil mereka dan berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia menerusi pelbagai applikasi media social serta telefon.
Justru tindakan memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia lebih dilihat kepada cubaan mencabar kedaulatan undang undang serta seolah olah ada sesuatu substance di dalam badan si matui yang cuba di sembunyikan yang mungkin menyebabkan kematian si mati justru mereka mungkin tidak mahu pihak berkuasa Malaysia Berjaya mengesan punca kematian tersebut.
Kerajaan Malaysia seperti biasa lembab dan lambat bertindak, mereka sepatutnya telah menghalau duta Korea Utara pulang serta merta namun bila teringatkan episod MH17 dan MH370 dimana siasatan di ketuai negara asing oleh system undang undang negara asing apalah lagi yang boleh di harapkan daripada mereka yang memimpin negara ketika ini. Jika ketika ini umum mempersendakan program Valet Doa, inilah yang juga berlaku pada episod MH370 dan MH17 kita berhabisan ratusan juta ringgit dibayar kepada orang lain untuk tolong kita mencari, tolong kita siasat dan tolong kita nak mendakwa kemudian.
Maka ketegasan menghalau duta Korea Utara perlu kerana maruah negara telah tercabar bila duta Korea Utara membuat amaran secara terbuka dan di siar media antarabangsa seluruh dunia.
Seterusnya,benar seperti kata kata penyiasat persendirian yang di siar di akhbar the star hari ini 18hb Februari 2017, wanita yang memegang passport Vietnam seolah olah agen terlatih untuk melakukan pembunuhan berdasarkan tindakannya yang sentiasa berubah hotel, memotong rambutnya menjadi pendek dalam bilik hotelnya sebelum terus ke KLIA 2 untuk melakukan tugas membunuh, membawa tunai agar tidak dapat dikesan pergerakkan menerusi kad kredit sekalipun wanita berkenaan memaklumkan pihak berkuasa mereka Cuma bergurau untuk dilakonkan untuk filem atau TV malah menggelirukan pihak berkuasa sebagai kononnya wanita cantik dan tidak memakai baju dalam ketika di tahan.
Peduli apa kita sekalipun Korea Utara ada bom nuklear, jika terbukti rakyat mereka mendalangi dan melakukan pembunuhan di negara kita maka hukum gantung sampai mati lah jawapnya kerana membunuh. Jangan beri apa apa keistimewaan kepada pembunuh lebih lebih ejen ejen perisik asing serta pembunuh asing yang professional, biarlah mereka rasa di hukum di bawah undang undang Malaysia. Jika kita gagal bertegas tak mustahil di masa hadapan pembunuhan sebegini akan berulang dan melibatkan negara lain pula. Pihak Imigresen pula perlu mengenal pasti negara yang mengeluarkan passport asli dengan identiti palsu untuk di senarai hitam supaya tidak dibenar memasuki negara kita ataupun sekurang kurangnya terpaksa menghadapi sessi soal siasat yang panjang sebelum di benarkan masuk bergerak bebas dalam negara kerana jika ini tidak di lakukan negara kita akan di ketawakan oleh golongan perisik dan pembunuh upahan ini sebagai negara yang tidak berminat menjaga keselamatan dengan teliti kecuali Cuma sekadar gempaq dengan pelbagai pengumuman propaganda kosong semata mata.
Jika pihak Imigresen hendak mula di geruni elok lah memulakan dengan pelbagai tindakan pro aktif terhadap penjenayah penjenayah VVIP yang bebas keluar masuk negara sekalipun seluruh dunia mengetahui dengan bukti tepat lagi kukuh pelbagai perbuatan jenayah mereka. Pihak Imigresen boleh memulakan kerjasama serius bersama PDRM, SPRM, AGC untuk memgambil tindakan pro aktif terhadap VVIP yang di anggap telah melakukan pelbagai jenayah berat. Jenayah tetap jenayah samada di lakukan rakyat biasa ataupun VVIP. Bagaimanakah penjenayah boleh membuang pegawai kerajaan daripada kerja kecuali pegawai berkenaan yang buta undang undang dan membiarkan penjenayah serta kuncu kuncu terus mengawal hidup mereka.
Bila negara luar menggeruni Imigresen Malaysia akibat ketegasan dan tindakan pro aktif maka tentunya para pembunuh upahan asing akan berfikir dua kali sebelum menyempurnakan tugas mereka di Malaysia kerana passport asli menggunakan identiti palsu akan dapat di kenal pasti serta merta. Justru tidak hairan para ejen asing yang masih bebas mungkin sedang berpesta meraikan kelemahan kawalan pintu masuk yang sepatutnya amat ketat.
Akhir Qalam, demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita, Duta Korea Utara beserta para pegawainya patut di halau pulang ke negara asal mereka serta kedutaan mereka di tutup dan bangunan kedutaan di pertimbangkan untuk di jadikan sebagai restoran masak kampong ekslusif untuk rakyat kita pergi makan makan dan bersantai di persekitaran Damansara Heights, Kuala Lumpur.Wallahualam.
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment