Saturday, January 7, 2017

Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka

Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka Nabi Muhammad saw bersabda dalam Hadith yang di laporkan dalam oleh Imam Abu Dawud dan Imam Al Tirmidzi serta Ibn Majah--Terdapat 3 golongan hakim, 2 akan ke neraka manakala 1 akan ke Syurga. Pertamanya golongan yang berilmu dan mengetahui fakta serta keterangan keterangan kes tetapi sengaja membuat keputusan yang salah, akan ke neraka. Keduanya, golongan yang tidak berilmu dan tidak benar benar pasti fakta serta keterangan kes namun memilih untuk membuat penghakiman, juga akan ke neraka. Ketiganya, golongan hakim yang berilmu dan mengetahui segala fakta serta keterangan kes serta berusaha membuat penghakiman seadil adilnya tanpa risau sebarang kesan tindakbalas oleh manusia lain akan di beri 2 pahala jika tepat penghakimannya dan tetap akan di berikan 1 pahala jika silap penghakimannya kerana penghakimannya dibuat berdasarkan ketaqwaan kepada Allah swt tanpa sedikit pun niat untuk berlaku tidak adil apatah lagi untuk cuba menjaga hati manusia manusia lain. Justru Hakim dalam hadith ini bukanlah semestinya bersandarkan atau bermaksud ianya merujuk kepada hakim mahkamah sahaja, ianya juga merujuk kepada golongan berilmu seperti Mufti, Ulama, Agamawan, Mujtahid, Pensyarah, Uztaz, Penasihat Shariah dan sebagainya. Proses membuat Fatwa amatlah ketat dalam Islam kerana syarat syarat menjadi seorang Mujtahid amatlah ketat sekali justru bukanlah mudah untuk dengan selamba membuat pandangan berbentuk Fatwa untuk di ikuti oleh masyarakat. Prof Dr Mahmood M Sanusi seorang Professor yang terkenal di seluruh dunia perbankan Islam dengan pelbagai buku dan tulisan serta artikel mengenai sistem kewangan Islam pernah berkata yang di zaman ini bukan cuma 2 hakim atau golongan berilmu agama yang masuk neraka tetapi sebenarnya ketiga tiga golongan akan masuk neraka kerana amat sukar untuk benar benar mendapat golongan ketiga seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad saw di zaman ini. Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi). Golongan golongan agamawan yang wujud hari ini sesetengahnya golongan menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga demi pulangan berbentuk material yang mungkin sukar di tolak al maklum kek besar rompakan tertinggi di dunia zaman moden kot. Justru menjadi Mufti mahupun Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam bersama kuncu kuncu berpenampilan Islamik belum menjamin kejujuran dalam memberi Fatwa lebih lebih lagi bila begitu ramai pengikut setia yang ingin menumpang sedikit sebanyak kemewahan daripada sumber sumber syubhah (was –was) mahupun haram. Terkini ialah isu Perdana Menteri Malaysia ke 4 , YA Bhg Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan status ibadah haji yang di kerjakan dengan dana yang dirompak ataupun dicuri sebagai tidak Mabrur. Sebenarnya isu ini tidak memerlukan sesiapa yang berilmu agama sekalipun untuk mengatakan ianya salah di sisi Islam kerana ibadah sepatutnya di buat berdasarkan daripada sumber dana yang di yakini benar benar halal tanpa was was status dana berkenaan. Malah kanak kanak sekolah rendah pun tahu wang tidak halal tidak boleh di gunakan untuk tujuan mendapat redha serta pahala daripada Allah swt. Tetapi dengan hairannya muncul Mufti Perak, Kelantan dan Pahang yang sememangnya amat di kenali dengan pelbagai pandangan berbentuk Fatwa yang lebih di lihat oleh rakyat sebagai barua penjenayah. Molek benarlah mereka ini pencen segera ataupun bertaubat Nasuha tanpa berterusan merosakkan nama baik agama Islam di mata manusia lain khususnya golongan bukan Islam yang mungkin akan tersilap faham mengenai Islam akibat perbuatan buruk setengah setengah golongan berstatus mufti ini. Entah kenapalah ada manusia yang sepatutnya berilmu agama tiba tiba cuba mempertikaikan kenyataan Tun Dr M semata mata kerana mungkin ingin di lihat sentiasa berkhidmat menjaga hati siapa yang berkuasa dalam negara. Tun Dr M seorang negarawan , tidak pernah pun mengaku yang beliau mempunyai ilmu agama setinggi para mufti namun cuma berkongsi pandangan yang amat munasabah di mata masyarakat umum. Tidakkah ketiga tiga ekor mufti ini sedar yang kalaulah seekor kuda belang faham apa yang mereka katakan nescaya kuda belang berkenaan akan ketawa sampai tergolek golek atas tanah dengan keempat empat kaki di atas. Dalam Hadith Nabi Muhammad saw yang dilapor oleh Imam Ahmed, dalam Mishkat No 301 dimana secara intipatinya Nabi bersabda yang bila seorang hamba Allah memeperolehi harta dengan cara tidak jujur dan kemudian memberinya pada aktiviti kebajikan, ianya tidak akan diterima. Allah swt tidak akan memberkati apa yang dibelanjakan malah ianya akan menjadi penyebab untuk merasai api neraka. Allah swt tidak menghapuskan sesuatu perbuatan salah dengan perbuatan salah yang lain tetapi memadamkan perbuatan sakah dengan amalan amalan baik. Justru , debu tidak boleh dibersihkan oleh debu. (dipetik daripada mukasurat 190, buku Islamic Banking & Finance Shariah & Legal Issues and Challenges tulisan Prof Dr Mahmood M Sanusi) Nabi Muhammad turut bersabda lagi dalam hadith laporan Imam Ahmed, 1/387 yang mana intipatinya ialah sesiapa yang dibesarkan dengan punca yang haram akan dibakar oleh api neraka pada hari Kiamat nanti. Malah, satu lagi Hadith sabda Nabi Muhammad saw yang disebut oleh Ibn Habaan 3368 yang intipatinya ialah, sesiapa yang mengumpulkan kekayaan secara haram dan kemudiannya berbuat kebajikan, dia tidak akan mendapat apa apa pahala namun sebaliknya dia tetap akan dipertanggungjawapkan di atas perbuatan jenayahnya itu. Entah apa yang telah berlaku dengan prinsip amal makruf nahi mungkar pada setengah setengah golongan agamawan. Apakah kerana ada kepentingan tertentu segala jenis perbuatan jenayah tidak perlu langsung di cegah menerusi kata kata yang jujur dan berani oleh golongan ini. Apakah mereka ini juga menganggap kehilangan jawatan duniawi lebih penting daripada menjaga kepentingan masyarakat/maslahah? Jika demikian, rezeki itu kini dari manusia lah kot sampaikan golongan beragama pun ada yang dah mula mengamal ajaran Guru Yahya sebuah drama tv mengenai ajaran sesat yang popular lebihkurang 20 tahun yang lepas. Tidak menghairankan apa yang berlaku di penghujung usia seseorang telah di peringatkan oleh kisah kisah zaman awal agama Allah swt dimana pembunuh yang dalam perjalanan berhijrah untuk bertaubat akhirnya menerima ganjaran syurga manakala seorang alim yang percaya kepada tipu helah iblis di kala sedang sakit tenat mengakhiri riwayatnya dengan menyekutukan Allah swt terus menempat tiket kelas pertama la kot di neraka Allah swt. Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment