Monday, January 2, 2017

Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza

Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza.
Generasi hari ini mungkin mengenal Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim daripada lagu lagu dendangan Allahyarham yang di siarkan di Radio Klasik dari masa ke semasa. Lagu Justru Sang Bulan, Sri Banang, Cempakasari, Orang Berbudi Kita Berbahasa, Hidup perlu bekerja, Joget Penghibur, Pandang Pandang Jeling Jeling, Pasir Roboh, Cinta Dulu Cinta Sekarang, Joget Kasih bermula, Kahwin Paksa, Mohon Kasih, Bunga Ros dan banyak lagi lagu lagu malar segar dendangan Allahyarham yang mana ada senikata senikata lagu tradisional di pinda sendiri oleh Allahyarham dengan begitu berkesan termasuklah senikata lagu Sri Banang yang dipersembahkan Allahyarham dengan iringan orkestra penuh. Allahyarham dengan cara spontan dan santai menceritakan yang senikata lagu Joget Jambu Merah dipinda untuk disesuaikan dengan tugas tentera yang sentiasa berjauhan dengan isteri sejauh Sabah, Sarawak dan Congo ketika itu. Ini diceritakan Allahyarham di pentas ketika persembahan Konsert Perjalanan Anak Seni 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang turut di hadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini YA Bhg Tun). Persembahan dua malam berkenaan juga dikhabarkan menarik minat Al Marhum Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ingin mencemar duli berangkat jika tidak kerana sedang berada di luar negara. Persembahan di Dewan berprestij itu berjaya mendapat sambutan tahap, ‘sold-out’ kesemua tiket persembahan sekalipun pelbagai rintangan dalam penganjurannya. Dikhabarkan sendiri kepada penulis oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan persembahan malam berkenaan yang pihak Dewan berprestij itu biasanya lebih mementingkan persembahan persembahan berkualiti dan akhirnya meluluskan persembahan konsert berkenaan setelah mendapat arahan tertinggi pentadbiran negara ketika itu. Sekitar tahun 1975-1977 dahulu, TV Malaysia yang masih dalam format hitam putih pernah menayangkan sebuah filem terbitan Filem Negara Malaysa (Malayan Film Unit) pada tahun 1964 yang berjudul , ‘’Mata Permata’’ lakonan hebat bintang bintang radio Malaya dengan watak utamanya di lakonkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim bersama Allahyarhammah isterinya Normah Salim. File mini mengisahkan mengenai kehidupan 2 jiran yang mana salah satu daripada jiran yang walaupun kurang berada, isterinya sering mencemburi kemewahan material jiran sebelah sehingga sanggup meminjam barang kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kerja Allahyarham dalam filem berkenaan ialah sebagai penyanyi di majlis orang kahwin serta menjadi suami kepada wanita yang suka menunjuk nunjuk berkenaan. Lagu merdu dendangan Allahyarham dalam filem berkenaan di setiap majlis perkahwinan adalah lagu yang sama namun begitu indah di dengar serta dihayati. Kisah menjadi lebih dramatik bila barang kemas yang dipinjam untuk bergaya oleh isterinya hilang di lokasi majlis perkahwinan. Jika dapat sempena Aidil Fitri 2017 yang menjelang tiba bulan Jun nanti, dapatlah kiranya TV 1 ataupun Astro menyiarkan filem sepanjang 68 minit ini yang telah di adaptasikan daripada sebuah filem Perancis, “The Necklace’’. Dalam satu forum membincangkan filem Mata Permata sekitar tahun 2000 yang turut di sertai oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim sebagai ahli panel, filem ini pernah di terbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dengan judul The Eyes of Evil dan mendapat Anugerah Golden Harvest Film di Festival Filem Asia ke 11 kerana sumbangan kepada pembangunan pendidikan sosial. Ketika penghujung era 70an, penulis mula di kenalkan kepada keindahan lagu lagu dendangan Allahyarham Tan Sri Dato SM Salim oleh Allahyarham bapa penulis yang sering memasang Katrij dari Album pertama Allahyarham Tan Sri Dato terbitan WEA yang berjodol Joget Kasih Bermula yang sekitar zaman itu kebanyakkan lagu lagu indah dalam album Allahyarham di terbitkan oleh Yg Bhg Prof Datuk Dr Johari Salleh. Lagu lagu seperti Pasir Roboh, Patah Hati di gubah dalam versi orchestra menjadikan status lagu tradisional berkenaan lebih indah di hayati dalam pelbagai versi termasuklah versi orchestra yang tentunya menaikkan lagi martabat lagu tradisional. Allahyarham pernah turut terkenal dengan menjadi pelawak pentas bersama Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dan Allahyarham Pakcik Jamal dari siri radio popular Taman Kanak Kanak. Allahyarham memulakan kareer bersama Radio Malaya sebagai juruhebah program radio waktu Subuh di Rumah Persekutuan yang kini menjadi pejabat tanah Wilayah Persekutuan berhampiran dengan Menara Dayabumi. Allahyarham turut menceritakan semasa konsert perjalanan anak seni pada tahun 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang Allahyarham pernah menjual majerin dari rumah ke rumah namun kerjaya yang paling di sukainya ialah bersama radio dan juga menjadi penyanyi. Ketika majlis perlancaran VCD Konsert Perjalanan Anak Seni Allahyarham sekitar tahun 2001-2002 oleh pihak WEA di Mui Plaza Kuala Lumpur, penulis menghadirinya sempat berbual dengan Allahyarham serta sempat menguruskan satu jualan khas album berkenaan di Kelab Darul Ehsan Ampang (KDE) selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan dimana gerai di jaga oleh kakitangan separuh masa Fotozoom Ampang Point bersama bergilir gilir dengan Mahasiswa IPTA tempatan selama 3 jam sehari iaitu daripada 5 petang hingga 8 malam. Naseer Abu Kassim yang terlibat dengan album VCD dan CD Konsert Perjalanan Anak Seni daripada WEA ketika datang untuk berbuka di KDE terkejut melihat penjualan cuma album berkenaan di sana dan setelah meneliti invois invois asal daripada WEA/Warner Chapell berlalu tanpa berkata apa apa. Album berkenaan habis di jual hingga ke malam raya. Namun tiada siapa dikalangan yang bertugas yang terlepas untuk berbuka, Solat Maghrib Isya dan Terawikh kerana bergilir gilir ke Masjid Taman Tun Abdul Razak Ampang yang terletak tidak jauh dari Kelab berkenaan. Justru Konsert berkenaan bukan sahaja berjaya , ‘’sold out’’ ketika dalam Dewan Filharmonik malah ketika versi CD dan VCD juga ianya ‘sold out’ di KDE Ampang sepanjang Ramadhan tahun berkenaan.
Anugerah penghargaan kerajaan persekutuan kepada Allahyarham ialah bila Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim di nobatkan sebagai Biduan Negara pada bulan April tahun 2013 dalam satu majlis gilang gemilang yang di sampaikan oleh YB Menteri ketika itu Tan Sri Dato Dr Rais Yatim di Hotel Double Tree Hilton Kuala Lumpur. Turut menerima Anugerah pada malam itu ialah Allahyarham Komposer Kassim Masdor yang menerima Anugerah Seniman Tamu Negara daripada YB Menteri Tan Sri Dato Dr Rais Yatim. Allahyarham Kassim Masdor ialah klien penulis dan pada malam berkenaan berpeluang beberapa kali untuk berbual dan berinteraksi dengan Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim ketika membantu Allahyarham Seniman Tamu Negara Kassim Masdor pada malam berkenaan. Kini kedua dua lagenda seni negara telah pergi menghadap illahi. InshaaAllah kedua dua roh lagenda negara ini di tempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal Solih hendaknya,marilah kita sentiasa bersama berdoa untuk kebaikan kedua dua roh mereka di Alam Baqa.Innallillah. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment