Sunday, January 8, 2017
Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri
Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri
Dunia tahu apa yang berlaku dalam negara kita. Tiada lagi boleh di sekat ledakan maklumat dan berita berita sahih dan kini menurut satu program televisyen terbitan luar negara, setiap warganegara adalah wartawan dan ianya terbukti dengan tragedi Tsunami pada tahun 2004 dimana video visual kejadian kebanyakkan di rakam daripada telefon bimbit dan di muat naik ke media social secara langsung. Seorang pelancong barat yang berada dalam teksi menuju ke Pusat Peranginan Phuket Thailand menyaksikan sendiri bagaimana pemandu teksi menerima satu panggilan telefon di telefon bimbitnya dan terus membuat keputusan untuk memandu ke kawasan tanah tinggi sekalipun sebenarnya sepatutnya membawa pelancong berkenaan ke hotel penginapannya yang di jangka akan di langgar Tsunami sekaligus Berjaya menyelamatkan pelancong berkenaan. (Petikan program berkenaan yang di siar pada bulan disember 2016)
Pelbagai cara untuk mengatasi sekatan sekatan tertentu jika sesuatu media social di sekat oleh sesebuah negara memandangkan tidak semua satelit dapat di kawal oleh negara berkenaan, begitu juga tidak semua kad sim syarikat syarikat telekomunikasi seluruh dunia dapat di kawal oleh pihak penguatkuasa sesebuah negara.
Anehnya ahli 2 buah parti politik dimana pemimpin kedua parti ini berjuang untuk bangsa dan agama parti masing masing. Ahli parti yang berasaskan bangsa akan setia kepada pemimpin mereka sekalipun seluruh dunia kecuali negara kita sahaja yang tidak dapat menerima hakikat pemimpin mereka suami isteri adalah penjenayah berat yang dilapor di media utama setiap negara dunia kecuali negara kita. Manakala pemimpin sebuah parti Islam pula berusaha keras untuk menyakinkan ahli mereka yang mereka berjuang untuk agama walhal hakikatnya pemimpin mereka berjuang untuk kesenangan serta kemewahan mereka sendiri. Pemimpin berkenaan mula menunjukkan belangnya sebaik sahaja ulama besar Tuan Guru Nik Aziz yang di hormati dunia Islam mereka meninggal dunia. Sebenarnya selama hayat Tuan Guru Nik Aziz masih ada, pemimpin berkenaan telah berkali kali cuba untuk melakukan pelbagai keputusan yang di lihat tidak selari dengan Islam namun tewas setelah campurtangan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz.
Justru sekali gus telah memusnahkan Amanat tahun 1987 pemimpin berkenaan yang kini di penghujung usianya lebih memperlihatkan cintanya pada dunia melebihi cinta pada agama sekalipun mulutnya tetap menafikan telah berubah pendirian. Pemimpin berkenaan menjadi terus rosak punah ranah kerana ada sekitar lebih kurang tak sampai 20 ekor dalam pelbagai peringkat saf kepimpinan yang juga laparkan harta serta kuasa memandangkan sepanjang perjuangan berasaskan Islam mereka tidak pernah berjaya kecuali kali ini mereka berasa dapat mencapai matlamat untuk hidup lebih mewah dengan berbaik baik dengan penjenayah berat daripada parti yang memperjuangkan bangsa.
Allah swt berfirman dalam Surah Al Taubah: 56,
‘Dan mereka (yang munafiq itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah satu kaum yang pengecut’
Ahli ahli parti kedua dua parti politik yang berasaskan bangsa dan agama berkenaan patut mula sedar yang kesetiaan membabi buta kepada bendera parti masing masing bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kini mereka sedang di pimpin oleh kumpulan penjenayah dan penyamun yang menyalah guna objektif parti masing masing sebagai alasan mempertahankan jenayah kedua dua mereka yang berkenaan. Seterusnya kedua dua pemimpin parti berbeza ini merasakan mereka kuat kerana terdapat segolongan pemimpin parti mereka sendiri yang menyokong kuat atas sebab kepentingan mendapat sedikit kuasa dan sedikit kemewahan.
Allah swt berfirman dalam Surah Al Baqarah:8,
‘Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat padahal mereka sebenarnya tidak beriman’
Dimanakah nilainya kaset kaset siri siri ceramah agama di Masjid Rusila yang di jual pada harga serendah RM1.80 sen sekitar tahun 1987-1990 dahulu? Alhamdullillah negara mempunyai beberapa tokoh besar ulama negara yang teguh iman mereka hingga ke akhir hayat seperti Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz, Al Marhum Uztaz Fadzil Noor, Al Marhum Uztaz Azizan Razak. Jika melihat perjalanan parti Islam sekarang tidak mustahil kerana tidak yakin jumlah lautan manusia akan mengiringi jenazah mereka, mereka akan memilih untuk meninggal di luar negara kelak.
Entah kenapa mereka yang menggunakan agama untuk mendapat dunia secara tidak sepatutnya , entah kenapa agaknya mereka masih berjubah dan berserban kenapa tidak sahaja berubah memakai kot buatan Italy dan menghisap cerut mewah berharga ribuan ringgit sekotak kecil kerana secara diam diam kehidupan mereka telah pun bertaraf VVIP samada ketika berada di dalam mahupun di luar negara.
Pemimpin no 2 sebuah negeri di pantai timur hidup mewah , al maklum kini sudah menjadi ahli korporat agaknya yang mungkin tidak ragu ragu akan bekerjasama memastikan kerajaan negeri yang di pimpinnya boleh diserahkan pada parti lawan yang berasaskan bangsa asalkan kehidupan mewahnya berterusan.
Justru kerjasama parti Islam bersama pakatan rakyat pada pilihanraya umum yang lepas adalah semata mata kerana tidak dapat membantah pendirian tegas pemimpin Islam ulung Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan sebaik sahaja ketiadaan Al Marhum Tuan Guru dengan pantasnya pendirian golongan Munafiq ini berubah mula mencari cari Nas untuk membuat kerjasama dengan penjenayah serta musuh musuh Islam.
Golongan bukan Islam yang berjaya memerintah negeri dalam Pakatan Rakyat sengaja di fitnah oleh pemimpin parti Islam yang ada kini seolah olah golongan bukan Islam berkenaan anti Islam walaupun telah menaikkan berganda ganda peruntukan kepada Jabatan dan Majlis Agama Pulau Pinang berbanding ketika zaman pemerintahan BN sebelum itu.
Justru amatlah pelik bila bukan sahaja golongan bukan Islam yang memerintah Pulau Pinang di musuhi parti Islam tetapi juga golongan pemimpin utama parti mereka sendiri yang menyokong kuat pendirian Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz terpaksa meninggalkan parti berkenaan atas pelbagai tekanan golongan yang mahukan kemewahan dan kuasa yang mungkin di janjikan oleh pemimpin parti yang berasaskan bangsa yang terkenal sebagai penjenayah di peringkat global.
Tidak mustahil mereka menganayai golongan pemimpin yang di sukai oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semata mata kerana perasaan hasad dengki kerana mereka tidak terpilih untuk rapat dengan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semasa hayat Al Marhum. Ini tidak menghairankan kerana tindak tanduk golongan ini sekarang memang terbukti mereka itu bahalul , bongok, gong, bodoh piang merangkap kayu.
Iman tidak boleh di warisi justru tindak tanduk salah seorang anak Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz amatlah mengejutkan ibarat seolah olah penagih tegar air ketum. Apa kata jika pihak narkotik PDRM dan pihak Agensi Penguatkuasaan Anti Dadah Kebangsaan menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas si mata merah cengkung kurus kering berkenaan yang kini gemar, ‘ berkot hitam berseluar yengki cuma takda jambul di depan’, meminjam kata kata Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Pelbagai pihak mempunyai rakaman audio visual Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz yang tegas dalam pendiriannya terhadap parti yang berasakan bangsa yang boleh di tonton dalam video yang berbeza beza di youtube namun si mata merah mahukan ahli ahli partinya percaya kononnya pendirian Al Marhum telah berubah. Ini orang putih kata, ‘you go fly kite la’.
Seterusnya Allah swt berfirman dalam Surah Al Munafiqun: 2,
‘ Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas) lalu mereka menghalang (dirinya atau orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka kerjakan.’
Kepercayaan kepada janji janji penjenayah antarabangsa daripada parti berasaskan bangsa oleh segolongan pemimpin parti Islam adalah kemungkinan kerana mereka juga terlepas pandang amaran Allah swt dalam Surah Al Baqarah:14,
‘Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata: kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka, mereka berkata pula,:sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang beriman)’
Kesimpulannya, tepatlah sekali adengan filem 3 Abdul lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, ‘dah kena lah tu, penyamun tipu penyagak’.
Atau mungkinkah golongan beragama yang menyeleweng ini merasakan tingginya ilmu agama mereka melepasi pokok kelapa sehingga sanggup menyalah gunakan ilmu usuluddin serta sanggup menyalah gunakan Qawaid Fiqqiyyah (Islamic Legal Maxims) untuk mencapai apa jua matlamat jahat mereka termasuklah mengeluarkan fatwa haram menjatuhkan kerajaan Islam, sejak bila negara kita mempunyai kerajaan Islam. Rujuklah Perlembagaan Persekutuan di mana dengan jelas di sebut , agama Islam cuma agama rasmi negara kita manakala bidang kuasa agama pula terletak pada kuasa negeri masing masing bagi negeri negeri yang mempunyai Raja, Sultan dan Yam Tuan Besar. Justru jika benar haram menjatuhkan kerajaan menerusi proses
demokrasi pilihanraya, elok bubarkan sahaja SPR daripada diberi makan gaji buta, tiada lah perlu pilihanraya lagi jika ianya wajib memihak kepada satu pihak sahaja selama lamanya bak kata Seniman Idris Hashim dalam filem Laksamana Do Re Me,ketika marah pada Menteri Fa So La, ‘takda akai langsung’. Renung-renungkan, Wallahualam.
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Saturday, January 7, 2017
Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka
Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka
Nabi Muhammad saw bersabda dalam Hadith yang di laporkan dalam oleh Imam Abu Dawud dan Imam Al Tirmidzi serta Ibn Majah--Terdapat 3 golongan hakim, 2 akan ke neraka manakala 1 akan ke Syurga. Pertamanya golongan yang berilmu dan mengetahui fakta serta keterangan keterangan kes tetapi sengaja membuat keputusan yang salah, akan ke neraka. Keduanya, golongan yang tidak berilmu dan tidak benar benar pasti fakta serta keterangan kes namun memilih untuk membuat penghakiman, juga akan ke neraka. Ketiganya, golongan hakim yang berilmu dan mengetahui segala fakta serta keterangan kes serta berusaha membuat penghakiman seadil adilnya tanpa risau sebarang kesan tindakbalas oleh manusia lain akan di beri 2 pahala jika tepat penghakimannya dan tetap akan di berikan 1 pahala jika silap penghakimannya kerana penghakimannya dibuat berdasarkan ketaqwaan kepada Allah swt tanpa sedikit pun niat untuk berlaku tidak adil apatah lagi untuk cuba menjaga hati manusia manusia lain.
Justru Hakim dalam hadith ini bukanlah semestinya bersandarkan atau bermaksud ianya merujuk kepada hakim mahkamah sahaja, ianya juga merujuk kepada golongan berilmu seperti Mufti, Ulama, Agamawan, Mujtahid, Pensyarah, Uztaz, Penasihat Shariah dan sebagainya. Proses membuat Fatwa amatlah ketat dalam Islam kerana syarat syarat menjadi seorang Mujtahid amatlah ketat sekali justru bukanlah mudah untuk dengan selamba membuat pandangan berbentuk Fatwa untuk di ikuti oleh masyarakat.
Prof Dr Mahmood M Sanusi seorang Professor yang terkenal di seluruh dunia perbankan Islam dengan pelbagai buku dan tulisan serta artikel mengenai sistem kewangan Islam pernah berkata yang di zaman ini bukan cuma 2 hakim atau golongan berilmu agama yang masuk neraka tetapi sebenarnya ketiga tiga golongan akan masuk neraka kerana amat sukar untuk benar benar mendapat golongan ketiga seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad saw di zaman ini.
Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi).
Golongan golongan agamawan yang wujud hari ini sesetengahnya golongan menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga demi pulangan berbentuk material yang mungkin sukar di tolak al maklum kek besar rompakan tertinggi di dunia zaman moden kot.
Justru menjadi Mufti mahupun Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam bersama kuncu kuncu berpenampilan Islamik belum menjamin kejujuran dalam memberi Fatwa lebih lebih lagi bila begitu ramai pengikut setia yang ingin menumpang sedikit sebanyak kemewahan daripada sumber sumber syubhah (was –was) mahupun haram.
Terkini ialah isu Perdana Menteri Malaysia ke 4 , YA Bhg Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan status ibadah haji yang di kerjakan dengan dana yang dirompak ataupun dicuri sebagai tidak Mabrur. Sebenarnya isu ini tidak memerlukan sesiapa yang berilmu agama sekalipun untuk mengatakan ianya salah di sisi Islam kerana ibadah sepatutnya di buat berdasarkan daripada sumber dana yang di yakini benar benar halal tanpa was was status dana berkenaan. Malah kanak kanak sekolah rendah pun tahu wang tidak halal tidak boleh di gunakan untuk tujuan mendapat redha serta pahala daripada Allah swt.
Tetapi dengan hairannya muncul Mufti Perak, Kelantan dan Pahang yang sememangnya amat di kenali dengan pelbagai pandangan berbentuk Fatwa yang lebih di lihat oleh rakyat sebagai barua penjenayah. Molek benarlah mereka ini pencen segera ataupun bertaubat Nasuha tanpa berterusan merosakkan nama baik agama Islam di mata manusia lain khususnya golongan bukan Islam yang mungkin akan tersilap faham mengenai Islam akibat perbuatan buruk setengah setengah golongan berstatus mufti ini. Entah kenapalah ada manusia yang sepatutnya berilmu agama tiba tiba cuba mempertikaikan kenyataan Tun Dr M semata mata kerana mungkin ingin di lihat sentiasa berkhidmat menjaga hati siapa yang berkuasa dalam negara. Tun Dr M seorang negarawan , tidak pernah pun mengaku yang beliau mempunyai ilmu agama setinggi para mufti namun cuma berkongsi pandangan yang amat munasabah di mata masyarakat umum. Tidakkah ketiga tiga ekor mufti ini sedar yang kalaulah seekor kuda belang faham apa yang mereka katakan nescaya kuda belang berkenaan akan ketawa sampai tergolek golek atas tanah dengan keempat empat kaki di atas.
Dalam Hadith Nabi Muhammad saw yang dilapor oleh Imam Ahmed, dalam Mishkat No 301 dimana secara intipatinya Nabi bersabda yang bila seorang hamba Allah memeperolehi harta dengan cara tidak jujur dan kemudian memberinya pada aktiviti kebajikan, ianya tidak akan diterima. Allah swt tidak akan memberkati apa yang dibelanjakan malah ianya akan menjadi penyebab untuk merasai api neraka. Allah swt tidak menghapuskan sesuatu perbuatan salah dengan perbuatan salah yang lain tetapi memadamkan perbuatan sakah dengan amalan amalan baik. Justru , debu tidak boleh dibersihkan oleh debu. (dipetik daripada mukasurat 190, buku Islamic Banking & Finance Shariah & Legal Issues and Challenges tulisan Prof Dr Mahmood M Sanusi)
Nabi Muhammad turut bersabda lagi dalam hadith laporan Imam Ahmed, 1/387 yang mana intipatinya ialah sesiapa yang dibesarkan dengan punca yang haram akan dibakar oleh api neraka pada hari Kiamat nanti.
Malah, satu lagi Hadith sabda Nabi Muhammad saw yang disebut oleh Ibn Habaan 3368 yang intipatinya ialah, sesiapa yang mengumpulkan kekayaan secara haram dan kemudiannya berbuat kebajikan, dia tidak akan mendapat apa apa pahala namun sebaliknya dia tetap akan dipertanggungjawapkan di atas perbuatan jenayahnya itu.
Entah apa yang telah berlaku dengan prinsip amal makruf nahi mungkar pada setengah setengah golongan agamawan. Apakah kerana ada kepentingan tertentu segala jenis perbuatan jenayah tidak perlu langsung di cegah menerusi kata kata yang jujur dan berani oleh golongan ini. Apakah mereka ini juga menganggap kehilangan jawatan duniawi lebih penting daripada menjaga kepentingan masyarakat/maslahah? Jika demikian, rezeki itu kini dari manusia lah kot sampaikan golongan beragama pun ada yang dah mula mengamal ajaran Guru Yahya sebuah drama tv mengenai ajaran sesat yang popular lebihkurang 20 tahun yang lepas.
Tidak menghairankan apa yang berlaku di penghujung usia seseorang telah di peringatkan oleh kisah kisah zaman awal agama Allah swt dimana pembunuh yang dalam perjalanan berhijrah untuk bertaubat akhirnya menerima ganjaran syurga manakala seorang alim yang percaya kepada tipu helah iblis di kala sedang sakit tenat mengakhiri riwayatnya dengan menyekutukan Allah swt terus menempat tiket kelas pertama la kot di neraka Allah swt. Wallahualam.
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Wednesday, January 4, 2017
Monday, January 2, 2017
Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza
Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza.
Generasi hari ini mungkin mengenal Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim daripada lagu lagu dendangan Allahyarham yang di siarkan di Radio Klasik dari masa ke semasa. Lagu Justru Sang Bulan, Sri Banang, Cempakasari, Orang Berbudi Kita Berbahasa, Hidup perlu bekerja, Joget Penghibur, Pandang Pandang Jeling Jeling, Pasir Roboh, Cinta Dulu Cinta Sekarang, Joget Kasih bermula, Kahwin Paksa, Mohon Kasih, Bunga Ros dan banyak lagi lagu lagu malar segar dendangan Allahyarham yang mana ada senikata senikata lagu tradisional di pinda sendiri oleh Allahyarham dengan begitu berkesan termasuklah senikata lagu Sri Banang yang dipersembahkan Allahyarham dengan iringan orkestra penuh. Allahyarham dengan cara spontan dan santai menceritakan yang senikata lagu Joget Jambu Merah dipinda untuk disesuaikan dengan tugas tentera yang sentiasa berjauhan dengan isteri sejauh Sabah, Sarawak dan Congo ketika itu. Ini diceritakan Allahyarham di pentas ketika persembahan Konsert Perjalanan Anak Seni 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang turut di hadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini YA Bhg Tun).
Persembahan dua malam berkenaan juga dikhabarkan menarik minat Al Marhum Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ingin mencemar duli berangkat jika tidak kerana sedang berada di luar negara.
Persembahan di Dewan berprestij itu berjaya mendapat sambutan tahap, ‘sold-out’ kesemua tiket persembahan sekalipun pelbagai rintangan dalam penganjurannya. Dikhabarkan sendiri kepada penulis oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan persembahan malam berkenaan yang pihak Dewan berprestij itu biasanya lebih mementingkan persembahan persembahan berkualiti dan akhirnya meluluskan persembahan konsert berkenaan setelah mendapat arahan tertinggi pentadbiran negara ketika itu.
Sekitar tahun 1975-1977 dahulu, TV Malaysia yang masih dalam format hitam putih pernah menayangkan sebuah filem terbitan Filem Negara Malaysa (Malayan Film Unit) pada tahun 1964 yang berjudul , ‘’Mata Permata’’ lakonan hebat bintang bintang radio Malaya dengan watak utamanya di lakonkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim bersama Allahyarhammah isterinya Normah Salim. File mini mengisahkan mengenai kehidupan 2 jiran yang mana salah satu daripada jiran yang walaupun kurang berada, isterinya sering mencemburi kemewahan material jiran sebelah sehingga sanggup meminjam barang kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kerja Allahyarham dalam filem berkenaan ialah sebagai penyanyi di majlis orang kahwin serta menjadi suami kepada wanita yang suka menunjuk nunjuk berkenaan. Lagu merdu dendangan Allahyarham dalam filem berkenaan di setiap majlis perkahwinan adalah lagu yang sama namun begitu indah di dengar serta dihayati. Kisah menjadi lebih dramatik bila barang kemas yang dipinjam untuk bergaya oleh isterinya hilang di lokasi majlis perkahwinan. Jika dapat sempena Aidil Fitri 2017 yang menjelang tiba bulan Jun nanti, dapatlah kiranya TV 1 ataupun Astro menyiarkan filem sepanjang 68 minit ini yang telah di adaptasikan daripada sebuah filem Perancis, “The Necklace’’.
Dalam satu forum membincangkan filem Mata Permata sekitar tahun 2000 yang turut di sertai oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim sebagai ahli panel, filem ini pernah di terbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dengan judul The Eyes of Evil dan mendapat Anugerah Golden Harvest Film di Festival Filem Asia ke 11 kerana sumbangan kepada pembangunan pendidikan sosial.
Ketika penghujung era 70an, penulis mula di kenalkan kepada keindahan lagu lagu dendangan Allahyarham Tan Sri Dato SM Salim oleh Allahyarham bapa penulis yang sering memasang Katrij dari Album pertama Allahyarham Tan Sri Dato terbitan WEA yang berjodol Joget Kasih Bermula yang sekitar zaman itu kebanyakkan lagu lagu indah dalam album Allahyarham di terbitkan oleh Yg Bhg Prof Datuk Dr Johari Salleh. Lagu lagu seperti Pasir Roboh, Patah Hati di gubah dalam versi orchestra menjadikan status lagu tradisional berkenaan lebih indah di hayati dalam pelbagai versi termasuklah versi orchestra yang tentunya menaikkan lagi martabat lagu tradisional.
Allahyarham pernah turut terkenal dengan menjadi pelawak pentas bersama Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dan Allahyarham Pakcik Jamal dari siri radio popular Taman Kanak Kanak. Allahyarham memulakan kareer bersama Radio Malaya sebagai juruhebah program radio waktu Subuh di Rumah Persekutuan yang kini menjadi pejabat tanah Wilayah Persekutuan berhampiran dengan Menara Dayabumi. Allahyarham turut menceritakan semasa konsert perjalanan anak seni pada tahun 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang Allahyarham pernah menjual majerin dari rumah ke rumah namun kerjaya yang paling di sukainya ialah bersama radio dan juga menjadi penyanyi.
Ketika majlis perlancaran VCD Konsert Perjalanan Anak Seni Allahyarham sekitar tahun 2001-2002 oleh pihak WEA di Mui Plaza Kuala Lumpur, penulis menghadirinya sempat berbual dengan Allahyarham serta sempat menguruskan satu jualan khas album berkenaan di Kelab Darul Ehsan Ampang (KDE) selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan dimana gerai di jaga oleh kakitangan separuh masa Fotozoom Ampang Point bersama bergilir gilir dengan Mahasiswa IPTA tempatan selama 3 jam sehari iaitu daripada 5 petang hingga 8 malam. Naseer Abu Kassim yang terlibat dengan album VCD dan CD Konsert Perjalanan Anak Seni daripada WEA ketika datang untuk berbuka di KDE terkejut melihat penjualan cuma album berkenaan di sana dan setelah meneliti invois invois asal daripada WEA/Warner Chapell berlalu tanpa berkata apa apa. Album berkenaan habis di jual hingga ke malam raya. Namun tiada siapa dikalangan yang bertugas yang terlepas untuk berbuka, Solat Maghrib Isya dan Terawikh kerana bergilir gilir ke Masjid Taman Tun Abdul Razak Ampang yang terletak tidak jauh dari Kelab berkenaan. Justru Konsert berkenaan bukan sahaja berjaya , ‘’sold out’’ ketika dalam Dewan Filharmonik malah ketika versi CD dan VCD juga ianya ‘sold out’ di KDE Ampang sepanjang Ramadhan tahun berkenaan.
Anugerah penghargaan kerajaan persekutuan kepada Allahyarham ialah bila Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim di nobatkan sebagai Biduan Negara pada bulan April tahun 2013 dalam satu majlis gilang gemilang yang di sampaikan oleh YB Menteri ketika itu Tan Sri Dato Dr Rais Yatim di Hotel Double Tree Hilton Kuala Lumpur. Turut menerima Anugerah pada malam itu ialah Allahyarham Komposer Kassim Masdor yang menerima Anugerah Seniman Tamu Negara daripada YB Menteri Tan Sri Dato Dr Rais Yatim. Allahyarham Kassim Masdor ialah klien penulis dan pada malam berkenaan berpeluang beberapa kali untuk berbual dan berinteraksi dengan Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim ketika membantu Allahyarham Seniman Tamu Negara Kassim Masdor pada malam berkenaan. Kini kedua dua lagenda seni negara telah pergi menghadap illahi. InshaaAllah kedua dua roh lagenda negara ini di tempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal Solih hendaknya,marilah kita sentiasa bersama berdoa untuk kebaikan kedua dua roh mereka di Alam Baqa.Innallillah.
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)