Tuesday, August 8, 2017

Ke arah memperkasakan Institusi Parlimen dan Pentadbiran Negara-Satu Cadangan Kecil -Pra PRU 14

Ke arah memperkasakan Institusi Parlimen dan Pentadbiran Negara-Satu Cadangan Kecil -Pra PRU 14 Setakat ini Parlimen berkesan untuk fungsi sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara dimana ahli ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang dapat berbahas pelbagai Rang Undang Undang. Namun, beberapa penambah baikan amat diperlukan melihatkan keadaan dan kualiti pembahas-pembahas RUU khususnya daripada Kerajaan Persekutuan makin menurun dan menurun hingga ke tahap merapu dan meraban dan adakalanya cuma bercakap kosong untuk menyakitkan ahli ahli Parlimen pembangkang yang cukup bersedia dengan fakta dan data. Pertamanya, perlantikan Yang Di Pertua Dewan Rakyat tidak seharusnya dibuat dengan memilih seseorang yang diyakini akan berat sebelah. Sedikit masa lalu pernah nama seorang hakim yang amat kanan yang telah bersara yang dikenali tegas tetapi adil semasa berkhidmat telah dicadangkan namun kerajaan persekutuan yang memerintah telah memilih seorang yang lain yang didapati Cuma kelihatan seolah olah berlakon untuk memperlihatkan diri sebagai adil walaupun sebenarnya tidak adil langsung. Kata kata nasihat sebagai seorang tua yang asalnya cuba di hormati oleh ahli ahli Parlimen menjadi langsung tak ada nilai kemudiannya kerana apa yang dikata berbeza dengan apa yang beliau laksanakan. Justru, kuasa pemilihan speaker perlu mengambil kira pendapat blok pembangkang dengan lebih keutamaan diberikan kepada pendapat ahli parlimen pembangkang selain juga mungkin bertanyakan pendapat kumpulan rakyat yang dipilih secara rawak dari seluruh negara. Speaker ibarat pengadil pertandingan akhir bolasepak dimana jika pengadil bolasepak tidak adil akibatnya akan mencetuskan situasi kacau bilau dalam stadium dan mungkin terpaksa bersembunyi berjam jam dalam stadium ataupun terpaksa diringi oleh pasokan keselamatan keluar. Keduanya, beberapa institusi penguatkuasaan Undang Undang di letakkan terus dibawah Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pihak pejabat Peguam Negara patut diletakkan dibawah Parlimen dan menjawap setiap kali sidang kedua dua Dewan justru meningkatkan serta memperbaiki juga fungsi Dewan Negara yang lebih dilihat sebagai, ‘rubber-stamp’ sekarang. Peguam Negara tidak patut menjawap kepada Perdana Menteri untuk tugas tugas berkaitan pendakwaan kes kes. Penasihat Undang Undang kepada Perdana Menteri memadailah mana mana pegawai kanan perkhidmatan perundangan yang kini juga telah sedia ada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Justru amat penting untuk memisahkan terus Peguam Negara daripada menjadi tertakluk kepada Perdana Menteri. Untuk apa apa urusan logistik seperti membina bangunan baru serta pembelian peralatan dan pengambilan kakitangan berkaitan juga tidak memerlukan seorang Menteri bagi menjamin tiada rasa terhutang budi dalam menjalankan tugas. Ketiganya, institusi kehakiman patut dengan jelas melapor kepada Parlimen dan Yang Di Pertuan Agong serta Majlis Raja Raja. Amat tidak sesuai jika institusi kehakiman dilihat terlampau rapat dengan Perdana Menteri serta kerajaan persekutuan dalam pelbagai urusan dan majlis. Urusan urusan logistik seperti membina bangunan Mahkamah baru serta peruntukan kewangan juga patut dipisahkan daripada bidang kuasa mana mana Menteri. Ini tiada kena mengena dengan doktrin pemisahan kuasa antara badan legislative, eksekutif dan kehakiman ianya lebih kepada menjarakkan hubungan rapat antara kehakiman dan pihak eksekutif terlebih lebih lagi Perdana Menteri serta Menteri Menteri Kabinet. Keempatnya. Institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) patut dibiarkan benar benar befungsi mengikut Akta Polis 1967 dimana , ‘command and control’ pasokan adalah terletak kepada KPN sepenuhnya. Manakala penambah baikan yang boleh di buat ialah YDH IGP boleh menjawap kepada Parlimen terus untuk semua hal termasuk isu isu logistic dsbnya justru memisahkan hubungan PDRM dengan Menteri serta Perdana Menteri yang tentunya boleh membantu pasokan PDRM boleh bertindak dengan lebih adil, ‘without fear or favour’. Kelimanya, institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patut benar benar dengan tegas menjadikan Yang Di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan berulang kali disebut dengan jelas dibawah Akta Angkatan Tentera 1972. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan tidak diperlukan mencampuri urusan urusan keselamatan dan logistic berkaitan peralatan keselamatan dsbnya bagi mengelakkan pembelian kapal selam terpakai yang tidak boleh menyelam dibeli dengan mahal tanpa peluru berpandu berulang sehingga terpaksa memohon bajet berasingan untuk membeli peluru berpandu selepas menerima kapal selam kosong. Perdana Menteri, Menteri Pertahanan serta Menteri Dalam Negeri akan dimaklumkan menerusi Parlimen segala urusan berkaitan keselamatan dengan perkenan Yang Di Pertuan Agong serta Majlis Raja Raja. Namun begitu, Akta MKN yang memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri boleh di pinda , di kaji semula ataupun terus dibatalkan oleh Parlimen. Justru institusi Raja Raja, Sultan Sultan patut benar benar mengikut lunas lunas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Akta berkaitan serta Perjanjian Malaysia 1963 tanpa ragu ragu. Institusi Raja Berpelembagaan tidak patut lagi dijadikan YDPA perlu mendengar nasihat Perdana Menteri sebagai wajib, kuasa YDPA patut dikembalikan dengan lebih taring supaya pentadbiran negara tidak disalah gunakan oleh pemimpin politik yang perasan segala harta negara seperti harta pusaka peribadi untuk di joli sesuka hati. Keenam, institusi Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut benar benar di letakkan di bawah Parlimen tanpa langsung perlu merujuk kepada Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Perlantikan KP SPRM mestilah dipersetujui Parlimen dan Yang Di Pertuan Agong dan tidak boleh berdasarkan cadangan Perdana Menteri atau mana mana Menteri. Ketujuh, institusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) juga patut dipisahkan daripada mempunyai apa apa hubungan dengan mana mana Menteri dan Perdana Menteri samada secara langsung ataupun tidak langsung. Ianya patut menjawap terus kepada Parlimen serta Yang Di Pertuan Agong serta nama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak boleh di cadangkan oleh mana mana pemimpin politk mahupun Menteri ataupun Perdana Menteri. Kelapan, Gavenor Bank Negara Malaysia juga patut menjawap terus kepada Parlimen serta perlantikan Gavenor tidak boleh datang daripada mana mana pemimpin kerajaan persekutuan. Kesembilan, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti juga patut di lantik oleh Parlimen dan menjawap kepada Parlimen. Adat menerima watikah perlantikan daripada Yang Di Pertuan Agong sekarang patut di perkasakan dimana Yang Di Pertuan Agong berkuasa mempersoalkan isu isu berkaitan kepentingan rakyat dan ummah yang berkaitan resolusi resolusi yang dibuat oleh mereka yang berkenaan. Kesepuluh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti juga patut bertanggung jawap kepada Parlimen sepenuhnya tanpa campurtangan mana mana Menteri ataupun Perdana Menteri. Kesebelas, kriteria perlantikan ahli ahli Majlis Fatwa patut dikaji semula dan ditambah baik dengan menjawap kepada Parlimen dan juga bertanggung jawap kepada Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja dalam artikata sebenar. Keduabelas, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia juga patut menjawap terus kepada Parlimen serta institusi insitusi penting lain seperti Tabung Haji, KWSP,KWAP, PNB, Proton dll. Ketigabelas, para pegawai penyiasat lama termasuk yang telah bersara dan baru berkaitan kes kes kepentingan umum seperti 1MDB, perlu boleh dipanggil dan memberi taklimat serta bersoal jawap kepada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.Pegawai Penyiasat kes kes berkaitan negara daripada negara luar juga boleh dijemput untuk menjawap di Parlimen Malaysia. Keempatbelas, Ketua Audit Negara seharusnya juga bertanggung jawap terus kepada Parlimen dengan menjawap semua soalan berkaitan tanpa memilih milih apa apa soalan dan mesti menjawap soalan yang dikemukakan. Pembentangan lapuran audit semata mata tidak mencukupi. Kelima belas, Ketua Menteri dan Menteri Besar setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak perlu mempunyai sessi khas di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menjawap apa apa soalan berkaitan pentadbiran mereka di negeri negeri dengan mengambil kira mereka adalah ahli DUN bukannya ahli Parlimen tetapi patut dipanggil untuk menjelaskan isu isu berkaitan kepentingan umum. Keenam belas, KP Imigresen dan KP Kastam juga patut menjawap terus kepada Parlimen isu isu penting keselamatan negara termasuk kemasukkan pendatang asing tanpa izin serta dengan izin serta isu isu barangan bercukai dan penyeludupan. Ketujuh belas, Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) dan Timbalan Pengerusi SPR serta pegawai pegawai kanan sepenuh masa SPR patut melapor dan memberi kerjasama penuh kepada Parlimen mengenai apa saja isu berkaitan Pilihanraya Umum dan Kecil. Sebarang percubaan untuk melakukan tipu helah samada sebelum, semasa dan selepas pilihanraya akan menyebabkan satu siasatan mengkhianati negara dilakukan terhadap mereka yang terlibat bagi membolehkan pendakwaan serta hukuman dijatuhkan jika Mahkamah mendapati mereka bersalah. Kelapan belas, Dato Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) patut menjawap cuma kepada Parlimen. Sebarang tindakan munsabah DBKL contohnya gagal menjalankan tugas sebagai penjaga Dataran Merdeka yang sepatutnya membolehkan bukan saja acara acara besar seperti temasya di anjurkan malah segala bentuk perhimpunan aman oleh rakyat. Jika DBKL bertindak di luar Batasan dengan enggan mengizinkan Dataran Merdeka digunakan untuk acara perhimpunan aman oleh rakyat, Dato Bandar DBKL patut di siasat, didakwa serta dihukum kerana mengkhianati negara. Kerajaan Selangor pemilik asal wilayah dimana Dataran Merdeka terletak boleh membatalkan perjanjian penyerahan wilayah dengan mengambil kembali bukan sahaja Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) malah juga Bangunan Sultan Abdul Samad dimana Kementerian Penerangan dan Komunikasi terletak memandangkan Menteri Persekutuan yang ada sekarang dilihat tidak bekerja untuk kepentingan rakyat jelata secara iklhas kecuali cuma untuk mengampu Perdana Menteri secara aggresif seolah seolah ada pertandingan akhir mengampu peringkat kebangsaan diantara pemimpin pemimpin kerajaan persekutuan serta negeri dan daerah. Jika untuk melakukan beberapa perkara di atas ada artikel Perlembagaan Persekutuan dan Akta Akta Parlimen serta Enakmen Enakmen Negeri perlu dipinda maka buat sahajalah jangan kata susah, jangan kata nak kaji lama lama dsbnya. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semangat Perjanjian Malaysia 1963 juga harus tidak di ketepikan malah di hormati. Hukuman berat patut di kaji untuk mencanangkan agenda fitnah perkauman kepada masyarakat. Justru propaganda jika parti DAP menang pilihanraya, Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum. Umum ketahui parti DAP Cuma bertanding 54 kerusi Parlimen sedangkan kerusi Parlimen ada 222 kesemuanya. Kemungkinan mereka yang mempromosi propaganda bahaya perkauman ini telah gagal dalam subjek matematik ataupun ilmu hisab ataupun ilmu kira kira ketika zaman bersekolah rendah dulu. Begitu juga dengan para Munafiq yang menjual agama untuk mendapatkan dana daripada sumber kewangan haram patut dijatuhkan hukuman penjara mandatori 20 tahun sekalipun telah tua bangka ketika hukuman di jatuhkan. Seterusnya kesemua provisi perundangan berkaitan perlu dengan jelas menyentuh definasi Pengkhianat negara yang boleh dihukum gantung sampai mati kepada Tertuduh dan mereka yang turut sama menjadi dalang atau bersubahat dengan Tertuduh. Perbuatan merompak hasil dana negara menerusi pelbagai cara tipu helah, pecah amanah serta menjadi dalang pelbagai pembunuhan kejam berkaitan isu isu kepentingan umum dsbnya patut serta merta disiasat serta di dakwa dibawah Pengkhianatan kepada Negara. Perbuatan menahan orang secara salah atau mendakwa orang secara salah jika terbukti benar juga boleh di masukkan dalam kategori mengkhianati negara. Perbuatan cuba menabal Sultan Sultan dikala Sultan yang ada masih memerintah secara sah juga jelas mengkhianati Raja Raja Melayu yang juga boleh dianggap mengkhianati negara dan patut berjalan secara restropektif provisi perundangan berkaitan. Juga perbuatan mengampu atau menjadi pencacai angkat najis dalam bersubahat melindungi isu isu jenayah berat patut ditakrifkan sebagai pengkhianatan kepada negara sekiranya isu isu jenayah berkenaan berkaitan kepada kerugian harta dan nyawa dalam kuantiti yang tinggi. Golongan ini juga patut disiasat didakwa dan dihukum kerana menjadi pengkhianat negara dan provisi perundangan berkaitan bila diluluskan patut berjalan secara restropektif. Akhir sekali, ahli ahli Parlimen perlu menjalani pemeriksaan mental secara berkala bagi memastikan wakil rakyat yang benar benar waras sahaja dizinkan hadir samada ingin mengambil bahagian dalam perbahasan atau tidak. Mereka yang disahkan sakit jiwa akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan dihantar ke hospital bahagia untuk rawatan lanjut yang juga akan membawa kepada pilihnraya kecil dikawasan berkaitan .Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment