Tuesday, November 21, 2017

Dewan Rakyat serta Mahkamah patut perluas intrepetasi ‘Treason’ bagi jamin demokrasi berparlimen asas Perlembagaan Persekutuan terpelihara

Dewan Rakyat serta Mahkamah patut perluas intrepetasi ‘Treason’ bagi jamin demokrasi berparlimen asas Perlembagaan Persekutuan terpelihara Seksyen 121, dan 121A Kanun Kesiksaan memperuntukan hukuman gantung sampai mati dan atau penjara seumur hidup bagi kesalahan kesalahan berkaitan mengistiharkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Sultan-Sultan,Raja-Raja, Yang Di Pertua Negeri-Negeri sebagai Ketua Negeri. (Rujuk Kanun Kesiksaan, Seksyen 121 hingga Seksyen 130A) Manakala Ketua Kerajaan Persekutuan dan Ketua Kerajaan Negeri pula dipilih selepas Pilihanraya Umum yang menerima surah sumpah pegang jawatan samada daripada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja dan Yang Di Pertua Negeri. Surat sumpah pegang jawatan Ketua Kerajaan Persekutuan/Negeri selepas PRU yang biasanya mengandungi intipati untuk bertugas dengan jujur seperti yang diamanah serta mengandungi sumpah Wallahi Waltallahi Walhamdullillahirabbil Alamin. Pengkhianatan kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja, Yang Di Pertua Negeri Negeri bukan sekadar bermaksud mencetuskan peperangan terhadap mereka namun segala bentuk perbuatan jenayah yang melanggari intipati sumpah pegang jawatan sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan atau Ketua Kerajaan Negeri. Perbuatan perbuatan jenayah biasa jika dilakukan oleh bukan pemimpin kerajaan boleh lah didakwa dibawah pelbagai akta berkaitan yang sedia ada. Namun bila jenayah berkenaan dilakukan oleh pemimpin kerajaan yang menerima surat sumpah pegang jawatan daripada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja dan Yang Di Pertua Negeri maka beban yang mereka yang berkenaan pikul adalah berbeza kerana jenayah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan akan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara, kestabilan sistem perlaksanaan undang undang negara. Ianya juga akan memberi kesan kepada pemikiran serta moral rakyat kerana jika sesuatu jenayah berat dilakukan oleh pemimpin kerajaan ataupun pegawai tinggi kerajaan cuma di hukum dengan akta akta yang terpakai kepada rakyat biasa yang tidak mempunyai apa apa kuasa memerintah maka sesuatu sistem keadilan itu boleh dipertikaikan. Justru perbuatan berbohong dan pecah amanah serta melakukan pelbagai jenayah berat selepas menerima surat sumpah pegang jawatan yang di berikan oleh Yang Di Pertuan Agong umpamanya patut membawa maksud mengkhianati negara justru memerangi Yang Di Pertuan Agong dengan cara tipu muslihat seolah olah tiada apa yang dilakukan. Justru definasi memerangi Yang Di Pertuan Agong umpamanya patut terpakai khususnya kepada mereka mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan dan tidak terhad kepada Perdana Menteri, Menteri Besar serta Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan dan Negeri Negeri. Lupakah kita dengan perbuatan seorang Menteri (kini bekas Menteri) yang menabalkan Sultan Kelantan tanpa mengikut lunas lunas Perlembagaan Persekutuan ketika Sultan yang sah masih bertakhta takhta. Disebabkan tiada tindakan , ‘treason’ barangkali menyebabkan beliau terus berani melakukan pelbagai jenayah lain termasuk pecah amanah wang PPRT lebih RM40 juta serta pelbagai kesalahan jenayah lain ketika beliau menjadi Pengerusi sebuah agensi yang ditubuhkan untuk memajukan bumiputra. Tentu rakyat tidak lupa tentang isu mereka yang menyalah guna dana zakat dan YPEIM untuk melancong ke luar negara bersama kaum keluarga serta dana negara yang sepatutnya digunakan untuk menambahkan hasil daging lembu negara digunakan untuk membeli kondominium mewah, membuka pasaraya di Singapura yang selepas itu ditutup. Tiada sesiapa yang lupa bila dana insitusi yang ditubuhkan untuk rakyat menunaikan rukun Islam ke 5 susut sehingga ke peringkat tidak patut untuk mengeluarkan dividen namun tetap dikeluarkan dengan penjualan asset di London. Terdapat tempat yang khas dalam neraka jahanam untuk ulama yang tidak mengamalkan ilmu mereka malah mereka di janjikan Allah swt untuk lebih dahulu di masukkan kedalam neraka berbanding penjenayah konvensional. Justru para ulama yang menggelirukan rakyat semata mata kerana pulangan lumayan keduniaan jika terbukti nanti patut di anggap sebagai pengkhianat negara juga. Polis sejak zaman darurat termasuk Auxillary Police, penduduk kampung dll berjuang bermatian matian menentang pengganas komunis dalam hutan seluruh semenanjung tanah air kita. Kita di didik membenci komunis malah kaum keluarga polis juga akan bersuara jika ada yang cuba membela komunis. Tapi itu dulu. Kini negara kita menyembah pada bapak komunis dunia dengan perlaburan lebih RM151 billion malah mereka telah mula memasuki serata pelusuk negara dengan majoritinya tenaga kerja mereka sendiri yang tidak menampakkan apa-apa faedah daripada prinsip mempertahankan kedaulatan negara. Apa kata kaum keluarga polis kini agaknya? Apa kata pula Rejimen Askar Melayu? Renung-renungkan, selamat beramal,kata Allahyarham Prof Izi Hot Fm yang popular sedikit masa dulu. Lupakah kita pada kata kata Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dalam filem Sarjan Hasan yang tidak mahu ada lagi pengkhianat seperti watak Buang (lakonan Allahyarham Salleh Kamil) dalam negara kita. Mereka yang berjawatan tinggi yang mempunyai pelbagai peluang merosakkan negara patut didakwa sebagai mengkhianati negara. Umpamanya, jika Suruhanjaya Pilihanraya bersubahat untuk menjalankan sesuatu pilihanraya dengan tipu helah justru memusnahkan system demokrasi berpalimen yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan maka Pengerusi SPR dan beberapa pimpinan tertinggi SPR patut di dakwa dibawah ‘treason’ juga. Ratusan video penipuan pilihanraya sewaktu PRU 13 yang tersebar luas keseluruh dunia di alam atas talian menjadi bukti yang jika tiada tindakan tegas, tiada siapa akan takut untuk mengkhianati system pilihanraya demi untuk kepentingan peribadi masing masing. Mereka yang mengeluarkan Kad Pengenalan biru asli kepada rakyat asing untuk membolehkan rakyat asing menjadi besar kepala tinggal dalam negara kita serta mengundi dalam sesuatu pilihanraya seperti seorang rakyat Malaysia yang sah patut didakwa juga kerana mengkhianati negara dan dalam konteks ini pemegang jawatan KP JPN serta pimpinan tertinggi JPN patut bersedia didakwa mengkhianati negara jika terbukti segala tohmahan terhadap mereka itu benar. Seterusnya mereka yang ditugaskan menjaga pelbagai dana penting negara seperti sekadar contoh disini Felda. Tabung Haji, EPF,1MDB,KWAP, dll yang jika didapati benar benar menyebabkan negara kerugian ratusan billion ringgit ataupun bertrillion ringgit bolehlah didakwa mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka sebagai Ketua di institusi-institusi berkenaan. ‘Collective board decision’ serta Akta berkaitan pengecualian liabiliti ketika bertugas tidak patut terpakai jika terbukti ianya disengajakan yakni berniat jenayah dan atau cuai. Namun disebabkan keseriusan hukuman treason, ,mereka boleh membela diri mereka dalam Mahkamah yang bebas dan cuma akan dihukum bila di dapati bersalah selepas selesai segala proses rayuan. Demokrasi berparlimen sepatutnya dibantu oleh speaker Dewan namun bila speaker gagal memelihara system demokrasi dalam Parlimen sendiri, maka ianya tentu satu pengkhianatan kepada system demokrasi itu sendiri dan perbuatan sebegitu tidak patut di lindungi oleh sebarang benytuk imuniti. Begitu juga dengan Menteri Menteri Kabinet serta pimpinan kerajaan yang memegang pelbagai jawatan yang jika terbukti pelbagai tohmahan jenayah serius patut juga di dakwa kerana mengkhianati negara. Tiada akta penegcualian liabiliti patut digunakan untuk melindungi perbuatan cuai atau jenayah. Jenayah pembunuhan atau mendalangi pembunuhan berulang biasanya boleh dihukum gantung sampai mati dibawah Kanun Kesiksaan namun ianya lebih serius jika ianya melibatkan pemimpin atau kaum keluarga mereka yang boleh merosakkan moral orang ramai dan rakyat keseluruhannya justru mereka yang berkedudukan tinggi melakukan jenayah berat selain pembunuhan juga patut ditakrifkan sebagai mengkhianati negara iaitu merosakkan nama baik negara dimata dunia jika ianya jenayah pembunuhan berulang serta penggubahan wang haram antarabangsa ke serata dunia. Masih belum terlewat untuk kesemua institusi penguatkuasaan undang undang termasuk agensi pendakwaan serta kehakiman untuk bergading bahu memperbaiki kerosakan teruk yang telah berlaku pada negara. Malah jika ada sebarang kelemahan serta sedikit sebanyak salah laku agensi agensi penguatkuasaan ini sebelum ini ianya mungkin boleh di maafkan rakyat keseluruhannya jika mereka mula memilih untuk bertindak dengan betul dan tegas tanpa mengira ikan jaws ataupun bini ikan jaws. Kita boleh bermula semula dengan betul jika kita sedar serta insaf tanggung jawap kita yang dikehendaki agama dan negara kita sepertimana yang termaktub dalam Al Quran, Hadith Sahih serta Perlembagaan Persekutuan disamping Akta Polis 1967, Akta Angkatan Tentera 1972 serta Akta SPRM 2009 dll sekalipun tidak disebut disini. Akhir kata kuasa ‘command and control’ mengawal pasokan PDRM sepenuhnya terletak dibawah kuasa IGP dibawah Akta Polis 1967, Menteri cuma mengawal isu isu logistik sahaja . Manakala Panglima Tertinggi Angkatan Tentera ialah Yang Di Pertuan Agong sebagaimana yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan dan diulangi berkali kali dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Check and balance terhadap pimpinan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang memerintah selepas Pilihanraya disediakan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan wujudnnya Majlis Raja-Raja, Sultan-Sultan, Raja-Raja serta Yang Di Pertuan Agong menerusi surat sumpah perlantikan jawatan serta sumpah berat Wallahi Waltallahi Walhamdullillahirrabbil Alamin. Al Maunah satu episod tragedi komedi pengkhianatan negara bagi mereka yang masih ingat bagaimana orang kampung boleh menyelinap masuk ke kem tentera, pecah stor senjata dan membawa lari pelbagai senjata dan kemudiannya berlantik menembak dengan memekak dalam hutan berdekatan. Tetapi apa yang sedang berlaku di hadapan kita adalah tragedi serius kepada tanah air kita melampau batas batas jenayah biasa ke tahap , ‘mutiple treasons’. Justru sama sama lah semua kembali mencari rezeki yang halal untuk keluarga masing masing kerana semua kita akan menempuh alam akhirat tanpa pengecualian. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment