Friday, March 6, 2015

Menoleh semula peristiwa mh370 isu isu perundangan

MENOLEH SEMULA PADA PERISTIWA 8 HB MAC 2014  MH370 ISU ISU PERUNDANGAN

Pakar pakar teknikal dan siasatan serta pasokan mencari masih lagi sibuk
meneruskan pencarian pesawat setelah genap setahun tragedi kehilangan
pesawat penerbangan Malaysia MH370.
Stesen stesen TV antarabangsa seperti CNN , BBC dll  kini sibuk menyiarkan
samada laporan khas atau pun dokumentari mengenai peristiwa berkenaan
malah National Geography juga akan menyiarkan satu dokumentari khas pada
8 hb Mac 2015 namun ianya tidak dapat di tonton di Malaysia.
Pelbagai andaian di buat mengenai misteri kehilangan pesawat berkenaan
namun pihak PDRM baru baru ini telah mengumumkan yang siasatan jenayah
peristiwa ini masih diteruskan sebaik sahaja selepas pengumuman kemalangan
udara di buat oleh Ketua Pengarah DCA . Pada hari jumaat 6hb Mac 2015 satu
taklimat media juga telah diadakan oleh Ketua Pengarah DCA.

Isu pertama ialah mengenai had masa untuk keluarga mengambil tindakan?
Akta Penerbangan Awam  1969 telah menetapkan tempoh 3 bulan untuk
kaum keluarga mengambil tindakan untuk mendapatkan pampasan dan
pelbagai ganti rugi. Manakala Montreal Convention pula menetapkan 6 bulan
untuk kaum  keluarga mengambil tindakan untuk mendapatkan pampasan dan
gantirugi ataupun pihak yang bertanggung jawap membayar
pampasan dalam masa 6 bulan selepas sesuatu tragedi udara ataupun situasi
di mana pesawat tidak sampai ke destinasi dalam tempoh 2 hari daripada yang
sepatutnya.

Isu kedua ialah mengenai wang pampasan? Dilapurkan awal awal lagi selepas
peristiwa kehilangan berlaku pihak kumpulan insurans telah membayar
sejumlah wang awal  yang amat substantial melebihi USD110 juta
kepada satu akaun escrow untuk di bayar kepada para waris yang sah.
Jumlah pembayaran yang di umumkan pula pihak penerbangan Malaysia
membayar sekurang kurangnya USD5,000 dan USD50,000 kepada setiap
keluarga yang mahu menerima pembayaran awal berkenaan. Bagaimanapun
bayaran asas yang mesti di bayar kepada setiap keluarga menurut
Montreal Convention ialah kira kira USD175,000.   
Di anggarkan oleh angka angka insurans dari sumber media antarabangsa
pada awal insiden tahun lepas yang bayaran pampasan keseluruhan boleh
mencecah USD500 juta sehinga USD 750 juta.
 MAS telah mengumumkan sedang dan akan membayar pampasan
tanpa menjejaskan hak hak waris untuk mengambil tindakan undang undang.
Namun setiap waris sepatutnya membaca dan memahami apa apa terma yang
tertulis sebelum menandatangani sebarang dokumen ketika mahu
menerima bayaran. Jika tidak faham, mintalah pihak yang berkenaan
menjelaskan dan jika masih ragu ragu bertanyalah pendapat perundangan apa
apa kertas yang hendak di tandatangani kepada para pengamal undang
undang.





Isu Ketiga, masihkah tindakan boleh di ambil kerana had masa telah berakhir?
Tindakan sivil untuk pelbagai gantirugi masih lagi boleh di ambil contohnya
untuk kecuaian dengan mengambil kira Akta Had Masa 1960 yang
menetapkan tindakan sivil mesti dimulakan dalam masa 6 tahun. Untuk
membuktikan kecuaian maka para waris mesti membuktikan pihak yang di
saman mempunyai tanggung jawap, telah melanggar tanggung jawap dan telah
menyebabkan kerugian.

Pihak pihak yang bertanggung jawap dalam situasi ini contohnya
MAS,DCA,TUDM, Kementerian  Pengangkutan, Kerajaan Malaysia,
Boeing,Imarsat.
Saman sivil boleh di teruskan juga atas sebab kepentingan awam serta pada
para waris yang mahu mendapat gantirugi yang lebih terperinci selain daripada
wang pampasan yang sememangnya wajib dibayar sekurang kurangnya
USD175,000 pada setiap keluarga mangsa .

Isu keempat, locus standi  pada waris?
Ya locus standi ada pada waris untuk mengambil tindakan undang undang ada
pada para waris yang sah sebagai contoh isteri yang kehilangan suami dan
pada masa yang sama bapa yang kehilangan anak dimana anak yang sama yang
memberikan bantuan kewangan bulanan kepada bapa dan ibunya
selain daripada menjalankan tugas menyara isteri dan anak anaknya. Situasi
tadi merujuk cuma pada satu mangsa yang mempunyai 2 tanggung jawap iaitu
kepada isteri dan bapanya. Justru kedua duanya mempunyai locus untuk
mengambil tindakan undang undang terhadap pihak pihak
bertanggung jawap yang di sebut di atas tadi.
Isu kelima, mengenai jumlah USD175,000 (lebih kurang hampir rm600,000)?
Ianya bayaran jumlah wajib untuk setiap keluarga mangsa dan sekiranya
jumlah yang di terima tidak mencukupi maka para waris boleh mengambil
tindakan undang undang terhadap MAS dan pihak insurans yang di ambil
MAS. Sekiranya pihak insurans telah membayar kepada pihak MAS dan masih
belum diterima oleh waris maka itu bukan masalah para waris , itu masalah
pihak insurans dan MAS .


Isu keenam,deklarasi kemalangan udara yang semua di anggap terkorban yang
di buat Ketua Pengarah DCA baru baru ini?
Ini adalah isu teknikal berdasarkan pendapat perundangan(legal opinion) yang
mahukan ianya di buat bagi membolehkan Akta Keterangan 1950 dipatuhi
kerana Akta Keterangan mahukan tempoh 7 tahun sebelum orang hilang dii
istiharkan mati.
Bagaimanapun itu cuma  salah satu pendapat yang juga patut di serahkan pada
mahkamah untuk membuat keputusan memandangkan tiada keperluan
daripada segi amalan pernerbangan antarabangsa iaitu Montreal Convention
untuk menunggu pengistiharan mati malah tragedi Adam Air Flight 574
bayaran pampasan di buat dalam masa 4 minggu iaitu semasa sebelum
pesawat dan sebelum mayat di jumpai.





Isu ketujuh, bagaimana dengan Enakmen Keluarga Islam di negeri negeri di
Malaysia yang menetapkan 4 tahun untuk mengistiharkan pasangan yang
hilang sebagai meninggal dunia?
Enakmen ini cuma terpakai untuk membolehkan pasangan berkahwin semula
sahaja. Untuk urusan pampasan dan saman menyaman ganti rugi masih lagi
perlu merujuk kepada Mahkamah Sivil.



Isu kelapan, bagaimana dengan keluarga yang kesempitan kewangan
yang mendesak?
Bergantung kepada kesemua dokumen berkaitan teratur (in order) , satu
prosedur sijil perakuan segera (certificate of urgency)
boleh di ambil bagi membolehkan keluarga mengambil beberapa langkah
untuk menggunakan dahulu  sebahagian sumber kewangan/asset mangsa
untuk meneruskan hidup sementara mendapat pampasan penuh
dan lain lain jumlah jika ada mengambil tindakan sivil tambahan.

Isu Kesembilan, kuasa Mahkamah ?  Kuasa mutlak Mahkamah di bawah Court
of Judicature Act 1964  untuk istihar samada insiden ini sebagai pesawat hilang
atau kemalangan udara perlu di hormati. Ini merujuk kepada segala laporan
hasil siasatan pasokan mencari, laporan pasokan menyiasat aspek aspek lain
termasuk jenayah dan sebagainya.



Segala laporan ini perlu di kemukakan pada Mahkamah untuk memohon
peristiharan yang sesuai iaitu samada hendak di istiharkan hilang atau pun
kemalangan udara. Perlu di ingat, untuk istihar kemalangan udara perlulah
laporan yang mempunyai fakta dan bukti kemalangan bukan semata
mata andaian dan perkiraan matematik yang menujukkan penerbangan
berakhir di lautan Hindi.

Isu Kesepuluh,  deklarasi pesawat hilang dari waris ? Keluarga juga boleh
memohon pada Mahkamah untuk mengisitharkan pesawat itu hilang
sberdasarkan fakta fakta dan kerta kertas  serta laporan siasatan
berkaitan yang perlu di kemukakan pada Mahkamah
untuk membolehkan satu penilaian di buat oleh Mahkamah menerusi satu
perbicaraan.


Isu Kesebelas, adakah Mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar kes kes daripada para waris? Jawapannya, Ya-di bawahkuasa yang
di beri oleh Civil Aviation Offences Act 1984, Civil Aviation Act 1969 dan juga
prosedur yang perlu di patuhi iaitu Rules of Court 2012.

Isu kedua belas, adakah pasokan penyiasat Malaysia mempunyai bidang kuasa
untuk menyiasat hingga ke pelbagai negara seluruh dunia?
Jawapannya, Ya, pihak DCA di bantu oleh PDRM dan badan badan siasatan lain
di beri kuasa amat  luas untuk menyiasat di bawah Civil Aviation Offences Act
1984.




Isu ketiga belas, adakah pasokan pendakwaan Malaysia mempunyai bidang
kuasa untuk mendakwa apa apa kesalahan jenayah sekalipun jika ianya
melibatkan pihak pihak penjenayah antarabangsa?
Jawapannya, Ya, Civil Aviation Offences Act 1984 memberikan kuasa kepada
pendakwa untuk mendakwa di samping akta akta lain seperti Mutual
Assistance in Criminal Matters Act 2002 dan Extradition Act 1992.

Isu ke empat belas, bolehkah waris memohon perintah mahkamah untuk
memerintahkan pihak berkuasa juga menyiasat hingga ke luar Negara ke lokasi
lokasi selain daripada lautan memandangkan segala jenis lokasi selain dari
lautan cuma di nafikan semata mata oleh pihak berkuasa
tanpa apa apa bukti kukuh yang pasokan dari Malaysia telah sampai ke lokasi
lokasi yang di syaki pesawat hilang berada?
Jawapannya, Ya perlu memfailkan Notis Permohonan dan Affidavit Affidavit
dan segala dokumen berkaitan kepada Mahkamah.

Isu kelima belas, bolehkah para penjenayah di dakwa di Malaysia?
Jawapannya, boleh. Civil Aviation Offences Act 1984, Mutual Assistance In
Criminal Matters Act 2002 dan Extradiction Act 1992 memberikan pelbagai
kuasa yang perlu pada Mahkamah, pasokan pendakwa serta pasokan
penyiasat.





Isu keenambelas, bagaimana dengan Negara Negara yang Malaysia tidak
menandatangani apa apa Treaty untuk melancarkan proses siasatan dan
pendakwaan?
Jawapannya, di sinilah tugas Merteri Luar dan Menteri  yang menjaga hal 
ehwal Undang Undang Negara kita perlu memainkan peranan
pro aktif berhubung terus dengan Menteri Menteri berkaitan di Negara Negara
berkenaan untuk mendapatkan kerjasama mereka.

Isu ketujuh belas, bolehkah para penyiasat mendapatkan kerjasama segala
jenis pakar yang muncul dalam dokumentari dokumentari  mengenai mh370
terbitan luar Negara?
Jawapannya, boleh segala bentuk kerjasama secara sukarela boleh diperolehi
daripada mereka dan secara formal menerusi
penguatkuasaan perintah Mahkamah Negara kita terhadap mereka menerusi
prosiding pengiktirafan perintah mahkamah Negara kita di dalam Negara
mereka sebelum di serahkan pada mereka yang berkenaan.

Isu kelapan belas, bolehkah  para pegawai yang spesifik  daripada
pembuat/pengilang pesawat di sapina untuk datang ke
Mahkamah di Malaysia untuk menerangkan pelbagai aspek teknikal
penerbangan pesawat buatan mereka itu?
Jawapannya, Ya namun perlu mengikut semua prosedur perundangan yang
telah di tetapkan malah ada antara mereka pernah datang ketika awal insiden
dulu tetapi tidak berpuas hati kerana pada kebanyakkan masa cuma di
letakkan di hotel menonton tv laporan kejadian semata mata.

Namun kini di laporkan yang pihak Boeing telah pun menganggotai pasokan
siasatan antarabangsa di mana Ketua Pengarah DCA tidak dapat memberikan
apa apa maklumat lanjut kerana beliau sendiri bukan merupakan anggota
pasokan siasatan antarabangsa. Pasokan siasatan antarabangsa di ketuai bekas
Pengarah DCA iaitu Datuk  Kok So Chon yang sekarang merupakan wakil tetap
Majlis ICAO di Montreal. Apa pun penjelasan KP DCA tetap maklumat
mengenai penjelasan Boeing mengapa pesawat gagal di kesan penting kerana
laporan laporan terdahulu menyatakan syarikat Boeing telah
memperlengkapkan setiap pesawat dengan ciri ciri pengesanan secara masa
sebenar semua pesawat yang telah di jual mereka. Ini isu penting yang masih
belum terungkai sekalipun dengan taklimat media pada 6 hb Mac 2015.
Taklimat media kali ini lebih informatif namun tetap gagal memberikan
maklumat maklumat penting kenapa pesawat gagal di kesan dan apakah
justifikasi pengistiharan nahas hanya semata mata untuk memenuhi kehendak
legal opinion bagi membolehkan pampasan mula di bayar.
Keanggotaan Imarsat dalam badan siasatan antarabangsa setakat ini masih
belum membantu apa apa selain daripada di awal insiden dulu Imarsatlah yang
mengeluarkan formula matematik yang penerbangan berakhir di lautan Hindi
yang setakat minggu lepas mengikut laporan pihak berkuasa Australia gagal
menjumpai apa apa kecuali kontena kapal yang terjatuh di dasar laut.



Isu kesembilan belas, apakah kaum keluarga ada hak untuk bertanya kepada
MAS, DCA dan Menteri Pengangkutan hal hal berkaitan dengan MH370?
Ya, namun prosedur patut di patuhi melainkan jika ada masalah birokrasi
barulah para waris boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
menentukan perjumpaan di adakan.



Isu kedua puluh, apakah tanggung jawap pihak berkuasa kepada waris yang
dahagakan maklumat terkini?
Jawapannya, selain menyediakan satu laman web yang telah pun di wujudkan
ianya perlu di kemas kini berkali kali dalam sehari serta tidak memberi
sebarang masalah untuk mengadakanperjumpaan dengan waris bila ada
permintaan. Menurut KP DCA pada 6hb Mac 2015, DCA menyalurkan
maklumat terkini dengan cepat pada para waris mungkin setelah belajar
daripada peristiwa pindah taklimat media di saat akhir baru baru ini.

Isu kedua puluh satu, apakah benar pencarian MH370 telah juga di
swastakan?
Jawapannya, menurut laporan media seluruh dunia ianya benar dan para waris
berhak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah dana yang telah di
belanjakan dan untuk apa demi memastikan dana petronas contohnya di
manafaatkan dengan betul. Penjelasan mengenai bagaimana pihak swasta
terlibat amat penting sebab pada kebanyaakkan masa maklumat yang di sebar
pada umum ialah mengenai kerjasama antara Negara Negara sahaja dan
peralatan yang di gunakan.

Isu kedua puluh dua, apakah insurans wajib bayar minima pampasan wajib
sebanyak USD175,000 jika ada perbuatan jenayah?
Jawapannya, Ya wajib kerana prinsip strict liability iaitu di mana passenger not
at fault sepertimana yang berlaku pada pesawat Lockerbie ,Scotland tahun
1988 pesawat Pan America Flight 103 .



Isu kedua puluh tiga, apakah ada jalan menyelesaikan tanpa melalui
Mahkamah?
Jawapannya, ada,iaitu dimenerusi prosiding samada Mediasi atau
 Timbangtara.
Namun , lebih baik tindakan mahkamah di mulakan dahulu dan bila kes di
panggil untuk pengurusan kes minta samada kes di rujuk kepada pihak mediasi
Mahkamah ataupun tangguhkan tanpa tarikh untuk sama sama merujuk
kepada Timbangtara dimana selepas itu ianya boleh di rekodkan
oleh mahkamah kemudian. Mengikut Akta Timbangtara 2005,keputusan
Timbang Tara adalah mengikat dan cuma boleh di cabar /diubah di Mahkamah
Tinggi.






Isu ke duapuluh empat, bolehkah kes sivil diselesaikan sekalipun sedang di
bicarakan di Mahkamah?
Jawapannya, boleh iaitu samada dengan merekodkan Penghakiman
Persetujuan (Consent Judgment) atau pun menangguhkan ke satu tarikh lain
terebih dahulu untuk berbincang sebelum merekodkan Penghakiman
Persetujuan.

Isu ke duapuluh lima, apakah perlu sebarang laporan di keluarkan oleh pihak
berkuasa yang berkaitan sementara menantikan laporan akhir yang sebenar?
Ya,  Lampiran 13 Protokol ICAO menyatakan selagi belum ada penutup kepada
siasatan, satu laporan interim perlu di keluarkan pada setiap ulang tahun
insiden.

Isu ke duapuluh enam, benarkah DCA tiada bidang kuasa berkaitan dengan
hasil siasatan oleh badan siasatan antarabangsa?
Jawapan KP DCA pada 6hb Mac 2015, ianya terletak di bawah bidang kuasa
badan penyiasatan Kemalangan antarabangsa.
Bagaimanapun, DCA boleh mempunyai bidang kuasa di bawah pelbagai provisi
perundangan negara kita jika DCA mahu dan meletakkan tanggungjawap
kepada badan antarabangsa semata mata memenuhi kehendak Montreal
Convention adalah bukan satu satunya tindakan yang boleh di buat DCA.
Kita tak sepatutnya membiarkan International Convention semata mata
menentukan segala galanya berkaitan hasil siasatan yang akan di keluarkan.



Isu ke duapuluh tujuh, bolehkah keluarga pilot mengambil tindakan undang
undang terhadap mereka yang di rasakan melakukan perbuatan memfitnah
pilot dengan pelbagai tuduhan khususnya pakar dan media antarabangsa?
Jawapannya, boleh menerusi tindakan defamation .


Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar
Peguambela & Peguamcara

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment