MENOLEH SEMULA PADA PERISTIWA 8 HB
MAC 2014 MH370 ISU ISU PERUNDANGAN
Pakar pakar
teknikal dan siasatan serta pasokan mencari masih lagi sibuk
meneruskan
pencarian pesawat setelah genap setahun tragedi kehilangan
pesawat
penerbangan Malaysia MH370.
Stesen
stesen TV antarabangsa seperti CNN , BBC dll
kini sibuk menyiarkan
samada
laporan khas atau pun dokumentari mengenai peristiwa berkenaan
malah
National Geography juga akan menyiarkan satu dokumentari khas pada
8 hb Mac
2015 namun ianya tidak dapat di tonton di Malaysia.
Pelbagai
andaian di buat mengenai misteri kehilangan pesawat berkenaan
namun pihak
PDRM baru baru ini telah mengumumkan yang siasatan jenayah
peristiwa
ini masih diteruskan sebaik sahaja selepas pengumuman kemalangan
udara di
buat oleh Ketua Pengarah DCA . Pada hari
jumaat 6hb Mac 2015 satu
taklimat media juga telah diadakan
oleh Ketua Pengarah DCA.
Isu pertama ialah mengenai had masa untuk
keluarga mengambil tindakan?
Akta Penerbangan Awam 1969 telah menetapkan tempoh 3 bulan untuk
kaum
keluarga mengambil tindakan untuk mendapatkan pampasan dan
pelbagai
ganti rugi. Manakala Montreal Convention
pula menetapkan 6 bulan
untuk kaum keluarga mengambil tindakan untuk mendapatkan
pampasan dan
gantirugi
ataupun pihak yang bertanggung jawap membayar
pampasan
dalam masa 6 bulan selepas sesuatu tragedi udara ataupun situasi
di mana
pesawat tidak sampai ke destinasi dalam tempoh 2 hari daripada yang
sepatutnya.
Isu kedua ialah mengenai wang pampasan? Dilapurkan
awal awal lagi selepas
peristiwa
kehilangan berlaku pihak kumpulan insurans telah membayar
sejumlah
wang awal yang amat substantial melebihi
USD110 juta
kepada satu
akaun escrow untuk di bayar kepada para waris yang sah.
Jumlah
pembayaran yang di umumkan pula pihak penerbangan Malaysia
membayar
sekurang kurangnya USD5,000 dan USD50,000 kepada setiap
keluarga
yang mahu menerima pembayaran awal berkenaan. Bagaimanapun
bayaran asas yang mesti di bayar kepada setiap
keluarga menurut
Montreal Convention ialah kira kira
USD175,000.
Di anggarkan
oleh angka angka insurans dari sumber media antarabangsa
pada awal
insiden tahun lepas yang bayaran pampasan keseluruhan boleh
mencecah USD500 juta sehinga USD 750
juta.
MAS telah mengumumkan sedang dan akan membayar
pampasan
tanpa
menjejaskan hak hak waris untuk mengambil tindakan undang undang.
Namun setiap
waris sepatutnya membaca dan memahami apa apa terma yang
tertulis
sebelum menandatangani sebarang dokumen ketika mahu
menerima
bayaran. Jika tidak faham, mintalah pihak yang berkenaan
menjelaskan
dan jika masih ragu ragu bertanyalah pendapat perundangan apa
apa kertas
yang hendak di tandatangani kepada para pengamal undang
undang.
Isu Ketiga, masihkah tindakan boleh di ambil
kerana had masa telah berakhir?
Tindakan
sivil untuk pelbagai gantirugi masih lagi boleh di ambil contohnya
untuk
kecuaian dengan mengambil kira Akta Had
Masa 1960 yang
menetapkan
tindakan sivil mesti dimulakan dalam masa 6 tahun. Untuk
membuktikan
kecuaian maka para waris mesti membuktikan pihak yang di
saman
mempunyai tanggung jawap, telah melanggar tanggung jawap dan telah
menyebabkan
kerugian.
Pihak pihak
yang bertanggung jawap dalam situasi ini contohnya
MAS,DCA,TUDM,
Kementerian Pengangkutan, Kerajaan
Malaysia,
Boeing,Imarsat.
Saman sivil
boleh di teruskan juga atas sebab kepentingan awam serta pada
para waris
yang mahu mendapat gantirugi yang lebih terperinci selain daripada
wang
pampasan yang sememangnya wajib dibayar sekurang kurangnya
USD175,000
pada setiap keluarga mangsa .
Isu keempat,
locus standi pada waris?
Ya locus standi ada pada waris untuk
mengambil tindakan undang undang ada
pada para
waris yang sah sebagai contoh isteri yang kehilangan suami dan
pada masa
yang sama bapa yang kehilangan anak dimana anak yang sama yang
memberikan
bantuan kewangan bulanan kepada bapa dan ibunya
selain
daripada menjalankan tugas menyara isteri dan anak anaknya. Situasi
tadi merujuk
cuma pada satu mangsa yang mempunyai 2 tanggung jawap iaitu
kepada
isteri dan bapanya. Justru kedua duanya mempunyai locus untuk
mengambil
tindakan undang undang terhadap pihak pihak
bertanggung
jawap yang di sebut di atas tadi.
Isu kelima, mengenai jumlah USD175,000 (lebih
kurang hampir rm600,000)?
Ianya
bayaran jumlah wajib untuk setiap keluarga mangsa dan sekiranya
jumlah yang
di terima tidak mencukupi maka para waris boleh mengambil
tindakan
undang undang terhadap MAS dan pihak insurans yang di ambil
MAS.
Sekiranya pihak insurans telah membayar kepada pihak MAS dan masih
belum
diterima oleh waris maka itu bukan masalah para waris , itu masalah
pihak
insurans dan MAS .
Isu keenam,deklarasi kemalangan udara yang
semua di anggap terkorban yang
di buat
Ketua Pengarah DCA baru baru ini?
Ini adalah
isu teknikal berdasarkan pendapat
perundangan(legal opinion) yang
mahukan
ianya di buat bagi membolehkan Akta
Keterangan 1950 dipatuhi
kerana Akta
Keterangan mahukan tempoh 7 tahun sebelum orang hilang dii
istiharkan
mati.
Bagaimanapun
itu cuma salah satu pendapat yang juga
patut di serahkan pada
mahkamah
untuk membuat keputusan memandangkan tiada keperluan
daripada
segi amalan pernerbangan antarabangsa iaitu Montreal Convention
untuk
menunggu pengistiharan mati malah tragedi Adam
Air Flight 574
bayaran
pampasan di buat dalam masa 4 minggu
iaitu semasa sebelum
pesawat dan
sebelum mayat di jumpai.
Isu ketujuh, bagaimana dengan Enakmen Keluarga
Islam di negeri negeri di
Malaysia
yang menetapkan 4 tahun untuk mengistiharkan pasangan yang
hilang
sebagai meninggal dunia?
Enakmen ini
cuma terpakai untuk membolehkan pasangan berkahwin semula
sahaja.
Untuk urusan pampasan dan saman menyaman ganti rugi masih lagi
perlu
merujuk kepada Mahkamah Sivil.
Isu kelapan, bagaimana dengan keluarga yang
kesempitan kewangan
yang mendesak?
Bergantung
kepada kesemua dokumen berkaitan teratur (in order) , satu
prosedur sijil perakuan segera (certificate of
urgency)
boleh di
ambil bagi membolehkan keluarga mengambil beberapa langkah
untuk
menggunakan dahulu sebahagian sumber
kewangan/asset mangsa
untuk
meneruskan hidup sementara mendapat pampasan penuh
dan lain
lain jumlah jika ada mengambil tindakan sivil tambahan.
Isu Kesembilan, kuasa Mahkamah ? Kuasa mutlak Mahkamah di bawah Court
of Judicature Act 1964 untuk istihar samada insiden ini sebagai
pesawat hilang
atau
kemalangan udara perlu di hormati. Ini merujuk kepada segala laporan
hasil
siasatan pasokan mencari, laporan pasokan menyiasat aspek aspek lain
termasuk
jenayah dan sebagainya.
Segala laporan
ini perlu di kemukakan pada Mahkamah untuk memohon
peristiharan
yang sesuai iaitu samada hendak di istiharkan hilang atau pun
kemalangan udara.
Perlu di ingat, untuk istihar kemalangan udara perlulah
laporan yang
mempunyai fakta dan bukti kemalangan bukan semata
mata andaian
dan perkiraan matematik yang menujukkan penerbangan
berakhir di
lautan Hindi.
Isu Kesepuluh, deklarasi pesawat hilang dari waris ? Keluarga
juga boleh
memohon pada
Mahkamah untuk mengisitharkan pesawat itu hilang
sberdasarkan
fakta fakta dan kerta kertas serta
laporan siasatan
berkaitan
yang perlu di kemukakan pada Mahkamah
untuk
membolehkan satu penilaian di buat oleh Mahkamah menerusi satu
perbicaraan.
Isu Kesebelas, adakah Mahkamah di Malaysia
mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar
kes kes daripada para waris? Jawapannya, Ya-di bawahkuasa yang
di beri oleh
Civil Aviation Offences Act 1984, Civil
Aviation Act 1969 dan juga
prosedur
yang perlu di patuhi iaitu Rules of
Court 2012.
Isu kedua belas, adakah pasokan penyiasat Malaysia
mempunyai bidang kuasa
untuk
menyiasat hingga ke pelbagai negara seluruh dunia?
Jawapannya,
Ya, pihak DCA di bantu oleh PDRM dan badan badan siasatan lain
di beri
kuasa amat luas untuk menyiasat di bawah
Civil Aviation Offences Act
1984.
Isu ketiga belas, adakah pasokan pendakwaan Malaysia
mempunyai bidang
kuasa untuk
mendakwa apa apa kesalahan jenayah sekalipun jika ianya
melibatkan
pihak pihak penjenayah antarabangsa?
Jawapannya, Ya,
Civil Aviation Offences Act 1984
memberikan kuasa kepada
pendakwa
untuk mendakwa di samping akta akta lain seperti Mutual
Assistance in Criminal Matters Act 2002
dan Extradition Act 1992.
Isu ke empat belas, bolehkah waris memohon perintah
mahkamah untuk
memerintahkan
pihak berkuasa juga menyiasat hingga ke luar Negara ke lokasi
lokasi
selain daripada lautan memandangkan segala jenis lokasi selain dari
lautan cuma
di nafikan semata mata oleh pihak berkuasa
tanpa apa
apa bukti kukuh yang pasokan dari Malaysia telah sampai ke lokasi
lokasi yang
di syaki pesawat hilang berada?
Jawapannya,
Ya perlu memfailkan Notis Permohonan dan
Affidavit Affidavit
dan segala
dokumen berkaitan kepada Mahkamah.
Isu kelima belas, bolehkah para penjenayah di dakwa
di Malaysia?
Jawapannya,
boleh. Civil Aviation Offences Act 1984,
Mutual Assistance In
Criminal Matters Act 2002 dan
Extradiction Act 1992
memberikan pelbagai
kuasa yang
perlu pada Mahkamah, pasokan pendakwa serta pasokan
penyiasat.
Isu keenambelas, bagaimana dengan Negara Negara yang
Malaysia tidak
menandatangani
apa apa Treaty untuk melancarkan proses siasatan dan
pendakwaan?
Jawapannya,
di sinilah tugas Merteri Luar dan Menteri
yang menjaga hal
ehwal Undang
Undang Negara kita perlu memainkan peranan
pro aktif
berhubung terus dengan Menteri Menteri berkaitan di Negara Negara
berkenaan
untuk mendapatkan kerjasama mereka.
Isu ketujuh belas, bolehkah para penyiasat mendapatkan
kerjasama segala
jenis pakar
yang muncul dalam dokumentari dokumentari mengenai mh370
terbitan
luar Negara?
Jawapannya,
boleh segala bentuk kerjasama secara sukarela boleh diperolehi
daripada
mereka dan secara formal menerusi
penguatkuasaan
perintah Mahkamah Negara kita terhadap mereka menerusi
prosiding
pengiktirafan perintah mahkamah Negara kita di dalam Negara
mereka
sebelum di serahkan pada mereka yang berkenaan.
Isu kelapan belas, bolehkah para pegawai yang spesifik daripada
pembuat/pengilang
pesawat di sapina untuk datang ke
Mahkamah di
Malaysia untuk menerangkan pelbagai aspek teknikal
penerbangan
pesawat buatan mereka itu?
Jawapannya,
Ya namun perlu mengikut semua prosedur perundangan yang
telah di
tetapkan malah ada antara mereka pernah datang ketika awal insiden
dulu tetapi tidak
berpuas hati kerana pada kebanyakkan masa cuma di
letakkan di
hotel menonton tv laporan kejadian semata mata.
Namun kini
di laporkan yang pihak Boeing telah pun menganggotai pasokan
siasatan
antarabangsa di mana Ketua Pengarah DCA tidak dapat memberikan
apa apa
maklumat lanjut kerana beliau sendiri bukan merupakan anggota
pasokan
siasatan antarabangsa. Pasokan siasatan antarabangsa di ketuai bekas
Pengarah DCA
iaitu Datuk Kok So Chon yang sekarang
merupakan wakil tetap
Majlis ICAO
di Montreal. Apa pun penjelasan KP DCA tetap maklumat
mengenai
penjelasan Boeing mengapa pesawat gagal di kesan penting kerana
laporan
laporan terdahulu menyatakan syarikat Boeing telah
memperlengkapkan
setiap pesawat dengan ciri ciri pengesanan secara masa
sebenar
semua pesawat yang telah di jual mereka. Ini isu penting yang masih
belum
terungkai sekalipun dengan taklimat media pada 6 hb Mac 2015.
Taklimat
media kali ini lebih informatif namun tetap gagal memberikan
maklumat
maklumat penting kenapa pesawat gagal di kesan dan apakah
justifikasi
pengistiharan nahas hanya semata mata untuk memenuhi kehendak
legal
opinion bagi membolehkan pampasan mula di bayar.
Keanggotaan
Imarsat dalam badan siasatan antarabangsa setakat ini masih
belum
membantu apa apa selain daripada di awal insiden dulu Imarsatlah yang
mengeluarkan
formula matematik yang penerbangan berakhir di lautan Hindi
yang setakat
minggu lepas mengikut laporan pihak berkuasa Australia gagal
menjumpai
apa apa kecuali kontena kapal yang terjatuh di dasar laut.
Isu kesembilan belas, apakah kaum keluarga ada hak untuk
bertanya kepada
MAS, DCA dan
Menteri Pengangkutan hal hal berkaitan dengan MH370?
Ya, namun
prosedur patut di patuhi melainkan jika ada masalah birokrasi
barulah para
waris boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
menentukan
perjumpaan di adakan.
Isu kedua puluh, apakah tanggung jawap pihak
berkuasa kepada waris yang
dahagakan
maklumat terkini?
Jawapannya,
selain menyediakan satu laman web yang telah pun di wujudkan
ianya perlu
di kemas kini berkali kali dalam sehari serta tidak memberi
sebarang
masalah untuk mengadakanperjumpaan dengan waris bila ada
permintaan.
Menurut KP DCA pada 6hb Mac 2015, DCA menyalurkan
maklumat
terkini dengan cepat pada para waris mungkin setelah belajar
daripada
peristiwa pindah taklimat media di saat akhir baru baru ini.
Isu kedua puluh satu, apakah benar pencarian MH370 telah
juga di
swastakan?
Jawapannya,
menurut laporan media seluruh dunia ianya benar dan para waris
berhak
mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah dana yang telah di
belanjakan
dan untuk apa demi memastikan dana petronas contohnya di
manafaatkan
dengan betul. Penjelasan mengenai bagaimana pihak swasta
terlibat
amat penting sebab pada kebanyaakkan masa maklumat yang di sebar
pada umum
ialah mengenai kerjasama antara Negara Negara sahaja dan
peralatan
yang di gunakan.
Isu kedua puluh dua, apakah insurans wajib bayar minima
pampasan wajib
sebanyak
USD175,000 jika ada perbuatan jenayah?
Jawapannya,
Ya wajib kerana prinsip strict liability iaitu di mana passenger not
at fault
sepertimana yang berlaku pada pesawat Lockerbie
,Scotland tahun
1988 pesawat Pan America Flight 103 .
Isu kedua puluh tiga, apakah ada jalan menyelesaikan
tanpa melalui
Mahkamah?
Jawapannya,
ada,iaitu dimenerusi prosiding samada Mediasi atau
Timbangtara.
Namun ,
lebih baik tindakan mahkamah di mulakan dahulu dan bila kes di
panggil
untuk pengurusan kes minta samada kes di rujuk kepada pihak mediasi
Mahkamah
ataupun tangguhkan tanpa tarikh untuk sama sama merujuk
kepada
Timbangtara dimana selepas itu ianya boleh di rekodkan
oleh
mahkamah kemudian. Mengikut Akta
Timbangtara 2005,keputusan
Timbang Tara
adalah mengikat dan cuma boleh di cabar /diubah di Mahkamah
Tinggi.
Isu ke duapuluh empat, bolehkah kes sivil diselesaikan
sekalipun sedang di
bicarakan di
Mahkamah?
Jawapannya,
boleh iaitu samada dengan merekodkan Penghakiman
Persetujuan (Consent Judgment) atau pun menangguhkan ke satu tarikh
lain
terebih
dahulu untuk berbincang sebelum merekodkan Penghakiman
Persetujuan.
Isu ke duapuluh lima, apakah perlu sebarang laporan di
keluarkan oleh pihak
berkuasa
yang berkaitan sementara menantikan laporan akhir yang sebenar?
Ya, Lampiran
13 Protokol ICAO menyatakan selagi belum ada penutup kepada
siasatan,
satu laporan interim perlu di keluarkan pada setiap ulang tahun
insiden.
Isu ke duapuluh enam, benarkah DCA tiada bidang kuasa
berkaitan dengan
hasil
siasatan oleh badan siasatan antarabangsa?
Jawapan KP
DCA pada 6hb Mac 2015, ianya terletak di bawah bidang kuasa
badan
penyiasatan Kemalangan antarabangsa.
Bagaimanapun,
DCA boleh mempunyai bidang kuasa di bawah pelbagai provisi
perundangan negara
kita jika DCA mahu dan meletakkan tanggungjawap
kepada badan
antarabangsa semata mata memenuhi kehendak Montreal
Convention
adalah bukan satu satunya tindakan yang boleh di buat DCA.
Kita tak
sepatutnya membiarkan International Convention semata mata
menentukan
segala galanya berkaitan hasil siasatan yang akan di keluarkan.
Isu ke duapuluh tujuh, bolehkah keluarga pilot mengambil
tindakan undang
undang terhadap
mereka yang di rasakan melakukan perbuatan memfitnah
pilot dengan
pelbagai tuduhan khususnya pakar dan media antarabangsa?
Jawapannya,
boleh menerusi tindakan defamation .
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al
Mahdzar
Tetuan Syed
Iskandar Syed Jaafar
Peguambela
& Peguamcara
Kuala Lumpur