Friday, January 31, 2014
Wednesday, January 29, 2014
Thursday, January 23, 2014
Wednesday, January 22, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Monday, January 20, 2014
Sunday, January 19, 2014
Saturday, January 18, 2014
Peranan Institusi Masjid Dalam Membantu Rakyat Meringankan Beban Kos Sara Hidup
Peranan Institusi Masjid Dalam Membantu Rakyat Meringankan Beban Kos Sara
Hidup
Tahun 1975
penulis di darjah 2 Sekolah St Xaviers Institution Lebuh Farquhar Pulau Pinang
cuma dibekalkan dengan wang saku 30 sen untuk berada di sekolah sessi petang .
Dengan 30 sen cukup untuk membeli mee rebus sepinggan 10 sen ketika masa rehat
beserta air sirap 5 sen. Selepas waktu
sekolah ramai pelajar akan berebut di luar pagar sekolah membeli sengkuang yang di sapu kuah rojak
yang berharga 5 sen sekeping dan air sirap atau oren juga 5 sen segelas. Maka
setiap hari penulis ada baki 5 sen sebagai simpanan.
Untuk
menonton wayang filem filem ulang tayang
Allahyarham Tan Sri P Ramlee di panggung Rex Pulau Pinang tiketnya cuma
30 sen sahaja pada tahun 1975 dan harga yang sama di kenakan di panggung Empire
Kangar Perlis pada tahun 1980. Manakala sepinggan nasi kandar lauk daging dan
telur rebus yang dijual mulai 630 pagi di pagar pejabat imigresen Pulau Pinang
berhampiran Balai Polis Lebuh Pantai pada tahun 1975 cuma 30 sen dan ianya
berlanjutan sehingga beberapa tahun kemudian tetap harganya tidak berubah.
Pasembor mamak ketika itu cuma 30 sen sepinggan manakala laksa penang ada yang
menjual 30 sen dan ada yang menjual 50 sen.
Nasi minyak
berlauk daging dan sambal lada di jual pada harga 50 sen sebungkus pada tahun
1985 di gerai belakang pejabat pos Kota Bharu Kelantan. Sebagai kanak kanak sekolah , membayar tambang
bas MPPP atau Seri Negara untuk ke mana dalam Pulau Pinang ketika itu
biasanya antara 5 sen, 10 sen atau 15 sen.
Malah kacang sebungkus cuma 5 sen yang biasanya juga turut diberi pada monyet
monyet di Taman Botanical yang lebih di kenali di Pulau Pinang sebagai
‘waterfall’.
Harga Ikan mata
besar atau ikan Uji Rashid cuma 10 sen sekati begitu juga ikan sardin 10 sen
sekati yang di jual di pasar Chowrasta Pulau Pinang. Ketika tinggal di Kuala
Perlis pada tahun 1980 penulis berbasikal ke jeti ikan menyerahkan wang
seringgit bersama beg guni bersaiz besar kepada pekerja bot nelayan di jeti
ikan terus di isi penuh dengan pelbagai jenis ikan tanpa perlu di pilih. Stok
ikan seringgit tahan lebih 10 hari untuk sekeluarga ketika itu.
Setengah Sen boleh membeli pelbagai
barangan keperluan ketika Negeri Negeri Selat . Perubahan zaman dan inflasi
bukanlah sebab tunggal kenaikan harga barang. Monopoli, orang tengah yang mengaut
keuntungan berlebihan,rasuah dan peraturan peraturan yang lebih melindungi
kapitalis antara punca utama kenaikan.
Suku Sen semasa Negeri Negeri Selat
Filem Ali Baba Bujang Lapok Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee secara bijak membuktikan
peraturan peraturan pelik penguasa dalam perniagaan yang membolehkan ganja di
jual secara terbuka di pasar tetapi
belacan Pulau Pinang pula memerlukan
permit.
Ketika itu
tiada program transformasi, tiada 1 Malaysia, tiada BRIM, tiada Pemandu tetapi
di sekolah pelajar seronok ke sekolah dengan wang saku 30 sen. Malah setiap
kali cuti umum para pelajar diberi tiket wayang percuma untuk menonton cerita
cowboy dan cerita perang yang berkualiti sekalipun di tonton berulang kali
seperti filem P Ramlee.
Zaman
berubah, dunia makin maju, tahun 1978 tv warna di perkenalkan di negara kita
yang selepas tahun 1980 barulah harga tv warna menjadi murah dan mampu di
miliki oleh rakyat biasa. Sekalipun begitu ramai lagi rakyat terus menerus
menggunakan tv hitam putih yang berpintu yang boleh dibuka dan ditutup seperti almari.
Nasi lemak
antara 10 sen atau 15 sen sebungkus adalah perkara biasa ketika itu cuma
mungkin sekitar pertengahan 80an nasi lemak berubah format menjadi seolah olah
nasi yang sesuai untuk makan tengahari mungkin hasil idea peniaga untuk
memastikan harga nasi lemak boleh di jual beringgit ringgit.
Demikianlah
tadi serba ringkas sedutan keadaan harga barangan ketika penulis berada di
Sekolah Rendah dan Menengah antara awal 70an dan 80an.
Kini tahun
2014, ikan kembong yang penulis beli sekati cuma 30 sen sekitar tahun 1975 kini
ada pekedai yang menjual sehingga
rm18 sekilogram. Begitu juga
dengan ikan cencaru yang dulunya 30 sen sekati kini rm8.99 sekilogram. Tambang
bas sekolah bulanan antara Kuala Perlis dan Kangar awal 80an dulu cuma belasan
ringgit sebulan, kini di Kuala Lumpur terkejut penulis mendapat tahu lebih
rm100 seorang pelajar untuk jarak yang dekat.
Seluruh negara
mempunyai begitu banyak Masjid yang boleh diperluaskan lagi fungsinya daripada
semata mata menjadi lokasi beribadah. Fungsi Masjid sebenarnya untuk membantu rakyat dalam
pelbagai aspek kehidupan. Kedai runcit, kantin daripada sarapan hingga ke makan
malam, kedai pakaian sekolah, pasar mini, pusat tuisyen, khidmat bas sekolah,
menternak lembu dan ayam dilokasi berbeza disembelih dan kemudiannya di jual di
perkarangan Masjid dan pelbagai bidang perniagaan Halal lain yang boleh
diceburi Masjid dengan matlamat membantu Ummat meringankan beban kos sara
hidup. Jika pasaraya besar boleh menjual barangan dengan lebih murah, Masjid
juga boleh berbuat demikian jika Masjid Masjid seluruh negara bersatu di bawah
satu jenama contohnya ‘Masjid Incorporated’’. Tuisyen untuk semua subjek serta
Kelas Al Quran boleh diadakan secara percuma oleh pihak Masjid dengan membayar
elaun yang nominal pada guru guru sekolah berdekatan. Khidmat van/bas sekolah
boleh dikendalikan pihak Masjid pada kadar 50% daripada harga pasaran. Begitu
juga dengan segala jenis kelengkapan persekolahan yang memungkinkan Masjid
Masjid menjual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Teringat saya
lewat 70an dulu sebuah syarikat percetakan yang terletak di Kg Melayu Aceh
Pulau Pinang menjual secara runcit bukan pukal senaskah surah Yasin pada harga
cuma 10 sen . Maknanya peniaga zaman itu yang membeli secara pukal akan
mendapat harga lebih rendah dari 10 sen senaskah. Tentunya Jemaah Masjid akan
menjadi lebih ramai daripada biasa kerana selain dapat mengerjakan Solat Lima
Waktu secara berJemaah, para Qariah dapat melakukan pelbagai urusan lain di
persekitaran Masjid dengan selesa , cepat dan amat berpatutan harganya.
Ada beberapa
Masjid di Kuala Lumpur dan Selangor yang melabur untuk mendapat pulangan namun
cara begitu tidak dirasai oleh Jemaah yang majoritinya rakyat biasa. Peluang
pekerjaan juga lebih dibuka luas bila pihak Masjid mula aktif agenda berniaga
untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.
Segala
formaliti mengenai perniagaan boleh di bincangkan di peringkat pentadbiran
Masjid dan seterusnya mengikut formaliti biasa menubuhkan perniagaan serta
mendapatkan segala kelulusan berkaitan, permit dan sebagainya. Pihak
pentadbiran boleh memaklumkan pihak Majlis Agama di peringkat negeri masing
masing untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dsbnya. Namun terdapat beberapa
Masjid sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang aktif berniaga tanpa halangan
malah ada yang dapat membuka hotel dalam bangunan Masjid beserta dewan seminar,
bilik mesyuarat dan kafe yang beroperasi dari pagi hingga ke malam.
Pihak
pengurusan Masjid perlu berusaha sendiri mencari jalan untuk mendapatkan
barangan keperluan harian dengan harga jauh lebih murah dan dijual semula juga
dengan harga lebih murah dari pasaran. Manakala sayuran serta ternakan boleh di
usahakan sendiri oleh pihak Masjid di lokasi berbeza untuk di jual di
perkarangan Masjid.
Dengan
menumpukan sebahagian besar aktiviti harian di persekitaran Masjid juga boleh
sekurang kurangnya menjadikan bilangan Saf yang lebih banyak ketika Solat dan
secara tak langsung mengembalikan zaman kegemilangan Islam dimana pelbagai
urusan di selesaikan di Masjid. Tentunya isu Mahram, isu aurat dll akan secara
tidak langsung terjaga bila berurusan di persekitaran Masjid. Cuba kita lihat
di zaman ini pusat pusat perniagaan yang maju di Makkah Al Mukarrammah dan Madinah Al Munnawarrah
berpusat di luar kawasan yang amat hampir dengan Masjidil Haram yang tentunya
memudahkan penjagaan Solat Fardhu. Malaysia boleh maju ke hadapan dengan
mempelopori aktiviti perniagaan yang pelbagai yang di tadbir sendiri oleh
pengurusan dan kakitangan Masjid yang boleh lengkap dengan para professional
seperti Ketua Pegawai Ekekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang melapor
dan bertanggungjawap kepada Lembaga Pengarah (BOD).
Pusat Perniagaan yang pesat berkembang dan Hotel Dar Al Hijra
yang terletak 800 kaki dari Masjid Nabawi Madinah Al Munawarrah
Jika
dilakukan dengan betul maka isu untuk mengelakkan kenaikan harga barang tanpa
asas yang kukuh untuk kenaikan mendadak boleh di kawal dengan lebih mudah dan
memberikan persaingan sihat untuk para peniaga konvensional agar lebih
bertimbangrasa dan beretika dalam isu isu membabitkan harga barangan dan
perkhidmatan yang melibatkan rakyat sebagai pengguna.
Pelbagai
persatuan juga boleh di tubuhkan oleh pihak Masjid seperti Persatuan Pengguna
contohnya sebagai langkah tambahan kepada persatuan pengguna yang sedia ada
dalam menambahkan pelbagai program kesedaran pengguna terhadap pelbagai isu
kepengunaan yang melibatkan majoriti rakyat biasa terutamanya penindasan
golongan kapitalis dalam pelbagai bentuk yang adakalanya menjelma di bawah
label Islam lengkap dengan Penasihat Shariah yang mengeluarkan pelbagai Fatwa
seperti kata propaganda iklan mee segera yang cepat di masak dan di canangkan
sedap di makan, untuk pelbagai imbuhan
diri yang lumayan kiri kanan atas dan bawah. Wallahualam
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al
Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2014
Sunday, January 12, 2014
Saturday, January 11, 2014
Thursday, January 9, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Tuesday, January 7, 2014
Monday, January 6, 2014
Friday, January 3, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)