Sunday, December 29, 2013

Dunia Patut Fahami Erti Sebenar Di Sebalik Gegak Gempita Sambutan Tahun Baru 2014

Dunia Patut  Fahami Erti Sebenar Di Sebalik Gegak Gempita Sambutan Tahun Baru  2014

  

Setiap kali tibanya hujung tahun maka sibuklah kita dengan pelbagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.  Bagi yang berada, menyambut kedatangan tahun baru di luar negara serentak dengan  percutian musim sejuk walaupun para warga Eropah sibuk melarikan diri mereka dari cuaca sejuk di negara mereka sendiri dengan bercuti ke Malaysia., Thailand, Indonesia, Singapura dll

Apa yang kita sambut sebenarnya?
Pelbagai fakta dan intrepretasi yang boleh kita perolehi mengenai latar belakang bulan bulan Januari sehingga Disember. Namun ,cukuplah sekadar disebut secara ringkas buat renungan kita semua.
 Seluruh dunia termasuk negara negara yang majoriti penduduknya menganuti agama islam akan menyambut ketibaan tahun baru tuhan tuhan Roman .  Nama tuhan tuhan Roman  akan berulang kali kita sebut setiap bulan pada tahun berikutnya nanti secara sengaja mahupun tak sengaja.
Contohnya bulan Januari  mendapat namanya dari Tuhan Janus yang juga dikenali sebagai 'Sky God ' iaitu tuhan langit di mana kedatangan tuhan langit di sambut dengan mencerahkan langit dengan bunga api berwarna warni dan mercun.






Bulan Februari pula berasal dari    februa  yang membawa maksud "means of purification."
Manakala bulan Mac iaitu Martius berasal dari Mars yang membawa makna sebagai
'Tuhan Peperangan Roman' (the Roman God of War)
 Untuk bulan April ada beberapa pendapat termasuk salah satunya dari Jakob Grimm yang mengatakan nama bulan April berasal dari   ' a god or hero named Aper or Aprus'

Seterusnya nama bulan Mei atau Maius berasal dari Tuhan   Wanita  yang bernama Maia dan Julius Ceasar memilih untuk menamakan dirinya sendiri bagi nama bulan Julai.













Jadi tidak hairanlah perangai anak anak bangsa kita menjadi terlampau liar sewaktu menyambut tahun baru kerana mereka tidak menyedari yang mereka sedang menyambut tahun baru Tuhan Tuhan agama lain.  Merempit, mabuk, pembaziran makanan/minuman,hiburan keterlaluan semuanya membawa kepada keuntungan berlipat ganda golongan peniaga namun secara langsung membawa kepada banyak masalah masalah sosial yang tidak di ingini oleh negara kita.
Meriahnya cuti umum tahun baru telah di salah faham oleh banyak golongan yang sepatutnya perlu membuat sedikit kajian apa itu erti 'holy day'—iaitu hari suci kepada penganut agama tertentu.    Justru tak hairan lah mengapa ramai  antara kita yang menjadi malas pada hari cuti umum dan membiarkan orang lain yang mengaut keuntungan bila mereka memilih untuk bersuka ria, bersantai santai, berhibur pada waktu cuti umum.
Apakah 1 hb Januari adalah hari suci(Holy Day)  bagi  kebanyakkan kita yang beragama   Islam? Banyak aktiviti berfaedah yang lebih produktif dapat dilakukan sempena cuti umum tahun baru selain dari berseronok seronok.
Seterusnya,adalah lebih malang lagi bila malam cuti tahun baru Maal Hijrah/Awal Muharam juga tiada bezanya yang   biasanya turut digunakan untuk merempit & merewang rewang hingga ke Subuh tanpa arah tujuan.  Kesan sambutan  'holy day'   sempena  setiap kali sambutan Krismas dan tahun baru di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pernah di paparkan oleh media elektronik dengan lautan sampah   serta paparan anak anak muda kita bersuka ria tanpa mengendahkan pekerja pekerja Alam Flora yang sibuk membersihkan sampah sarap.dengan kesesakan lalu lintas di Jalan P Ramlee.   
Allah swt telah mengejutkan dunia  pada 26hb Disember 2004 dengan membawa Tsunami ke Aceh, Phuket, Langkawi, Kuala Muda , Balik Pulau dan lain lain tempat di serata dunia termasuk hingga ke benua Afrika   yang telah menyebabkan YAB Perdana Menteri ketika itu mengarahkan supaya sambutan tahun baru 2005 dibatalkan walaupun ketika itu di sekitar Jalan Bukit Bintang ramai yang  tetap meneruskan pesta tahun baru dengan memancutkan buih buih serta minuman keras  .   Tidak cukupkah pengajaran yang kita perlu ingat dari Tsunami, masihkah orang kita 'galak' nak menyambut tahun baru  pelbagai tuhan tuhan Roman.
Teringat penulis kepada sebuah telemovie awal tahun 90an berjudul  ' Selamat Tahun Baru YB' lakonan Seniman Datuk Rahim Razali, Uji Rashid bersama Abu Bakar Omar   dimana Datuk Rahim Razali sebagai YB Menteri telah meminta isterinya  yang dilakunkan oleh Seniwati Uji Rashid yang beria-ia   hendak menjemput tetamu menyambut pesta tahun baru  supaya di gantikan dengan majlis tahlil kenduri doa selamat. Mungkin telemovie karya Allahyarham Zain Mahmood itu patut di ulang siar oleh pihak stesen TV.

Bagi keberkatan berterusan punca Rezeki yang kita semua cari secara Halal, sudah tiba masanya untuk semua kita untuk turut menggunakan nama nama bulan dalam
Taqwim kita seperti Muharram (Bulan Pertama Tahun Hijrah), Safar (Bulan kedua Tahun Hijrah), Rabiul Awwal (Bulan Ketiga Tahun Hijrah), Rabiul Akhir (Bulan Ke empat Tahun Hijrah) , Jumada Awwal (Bulan Ke Lima Tahun Hijrah), Jumada Akhir (Bulan Ke Enam Tahun Hijrah), Rajab (Bulan Ke Tujuh Tahun Hijrah), Sha'ban (Bulan Ke Lapan Tahun Hijrah), Ramadhan(Bulan Ke Sembilan Tahun Hijrah), Syawal (Bulan Ke Sepuluh Tahun Hijrah), Dzul Qaedah (Bulan Ke Sebelas Tahun Hijrah) dan Dzul Hijjah (Bulan Ke Dua Belas Tahun Hijrah)
Kita juga seharusnya lebih teliti dalam menggunakan terma terma seperti 'Holy Day' (hari suci), 'Calendar' ( dimana Hari Kalends adalah permulaan bulan baru yang di dedikasikan kepada Juno Tuhan Wanita Utama Roman Pantheon )
 Bagi keberkatan & kesejahteraan semua lebih lebih lagi Malaysia yang beraspirasi untuk menjadi sebuah 'global hub for Islamic Banking' dimana kepekaan terhadap elemen elemen ini akan amat dihargai oleh ahli ahli korporat &   pelabur dari Timur Tengah. Kita seharusnya nampak ikhlas bila cuba membawa 'petrol dollars' dari Timur Tengah yang berjumlah dalam bentuk Trillion USD serta peka   pada apa yang sepatutnya kita peka supaya kita benar benar dapat merasai faedah pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) Timur Tengah di rantau ini dan bukan sekadar tempias .
 Mengambil kira penderitaan musim sejuk dan kelaparan rakyat Afghanistan, Iraq, Palestin, Syria dll  dimanakah kewajaran kita untuk membazirkan jutaan ringgit bermain mercun mercun serta bunga api bagi menyambut tahun baru kedatangan tuhan tuhan orang orang Roman. Akhir sekali, apakah tahap kewarasan kita jika kita bersedia membazir begitu banyak wang untuk menyambut tahun baru tuhan orang roman di kala peningkatan kos sara hidup dan harga barang barang keperluan yang secara langsung melanggar beberapa akujanji (undertaking) kempen BN  kepada rakyat yang diwar warkan di media perdana sempena PRU 13 baru baru ini.  Wallahualam.
  
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela & Peguamcara
Kuala Lumpur




No comments:

Post a Comment