Sunday, December 29, 2013
Dunia Patut Fahami Erti Sebenar Di Sebalik Gegak Gempita Sambutan Tahun Baru 2014
Dunia Patut Fahami Erti Sebenar Di Sebalik Gegak Gempita
Sambutan Tahun Baru 2014
Setiap kali
tibanya hujung tahun maka sibuklah kita dengan pelbagai persiapan menyambut
ketibaan tahun baru. Bagi yang berada,
menyambut kedatangan tahun baru di luar negara serentak dengan percutian musim sejuk walaupun para warga
Eropah sibuk melarikan diri mereka dari cuaca sejuk di negara mereka sendiri
dengan bercuti ke Malaysia., Thailand, Indonesia, Singapura dll
Apa yang
kita sambut sebenarnya?
Pelbagai
fakta dan intrepretasi yang boleh kita perolehi mengenai latar belakang bulan
bulan Januari sehingga Disember. Namun ,cukuplah sekadar disebut secara ringkas
buat renungan kita semua.
Seluruh dunia termasuk negara negara yang majoriti
penduduknya menganuti agama islam akan menyambut ketibaan tahun baru tuhan
tuhan Roman . Nama tuhan tuhan Roman akan berulang kali kita sebut setiap bulan
pada tahun berikutnya nanti secara sengaja mahupun tak sengaja.
Contohnya bulan Januari mendapat namanya dari Tuhan Janus yang juga
dikenali sebagai 'Sky God ' iaitu tuhan langit di mana kedatangan tuhan langit
di sambut dengan mencerahkan langit dengan bunga api berwarna warni dan mercun.
Bulan
Februari pula berasal dari februa yang membawa maksud "means of
purification."
Manakala
bulan Mac iaitu Martius berasal dari Mars yang membawa makna sebagai
'Tuhan
Peperangan Roman' (the Roman God of War)
Untuk bulan April ada beberapa pendapat
termasuk salah satunya dari Jakob Grimm yang mengatakan nama bulan April
berasal dari ' a god or hero named Aper
or Aprus'
Seterusnya
nama bulan Mei atau Maius berasal dari Tuhan
Wanita yang bernama Maia dan
Julius Ceasar memilih untuk menamakan dirinya sendiri bagi nama bulan Julai.
Jadi tidak
hairanlah perangai anak anak bangsa kita menjadi terlampau liar sewaktu
menyambut tahun baru kerana mereka tidak menyedari yang mereka sedang menyambut
tahun baru Tuhan Tuhan agama lain. Merempit,
mabuk, pembaziran makanan/minuman,hiburan keterlaluan semuanya membawa kepada
keuntungan berlipat ganda golongan peniaga namun secara langsung membawa kepada
banyak masalah masalah sosial yang tidak di ingini oleh negara kita.
Meriahnya
cuti umum tahun baru telah di salah faham oleh banyak golongan yang sepatutnya
perlu membuat sedikit kajian apa itu erti 'holy day'—iaitu hari suci kepada
penganut agama tertentu. Justru tak
hairan lah mengapa ramai antara kita
yang menjadi malas pada hari cuti umum dan membiarkan orang lain yang mengaut
keuntungan bila mereka memilih untuk bersuka ria, bersantai santai, berhibur
pada waktu cuti umum.
Apakah 1 hb
Januari adalah hari suci(Holy Day)
bagi kebanyakkan kita yang
beragama Islam? Banyak aktiviti
berfaedah yang lebih produktif dapat dilakukan sempena cuti umum tahun baru
selain dari berseronok seronok.
Seterusnya,adalah
lebih malang lagi bila malam cuti tahun baru Maal Hijrah/Awal Muharam juga
tiada bezanya yang biasanya turut
digunakan untuk merempit & merewang rewang hingga ke Subuh tanpa arah
tujuan. Kesan sambutan 'holy day'
sempena setiap kali sambutan
Krismas dan tahun baru di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pernah di paparkan
oleh media elektronik dengan lautan sampah
serta paparan anak anak muda kita bersuka ria tanpa mengendahkan pekerja
pekerja Alam Flora yang sibuk membersihkan sampah sarap.dengan kesesakan lalu
lintas di Jalan P Ramlee.
Allah swt
telah mengejutkan dunia pada 26hb
Disember 2004 dengan membawa Tsunami ke Aceh, Phuket, Langkawi, Kuala Muda ,
Balik Pulau dan lain lain tempat di serata dunia termasuk hingga ke benua
Afrika yang telah menyebabkan YAB Perdana
Menteri ketika itu mengarahkan supaya sambutan tahun baru 2005 dibatalkan
walaupun ketika itu di sekitar Jalan Bukit Bintang ramai yang tetap meneruskan pesta tahun baru dengan
memancutkan buih buih serta minuman keras .
Tidak cukupkah pengajaran yang kita perlu ingat dari Tsunami, masihkah
orang kita 'galak' nak menyambut tahun baru
pelbagai tuhan tuhan Roman.
Teringat
penulis kepada sebuah telemovie awal tahun 90an berjudul ' Selamat Tahun Baru YB' lakonan Seniman
Datuk Rahim Razali, Uji Rashid bersama Abu Bakar Omar dimana Datuk Rahim Razali sebagai YB Menteri
telah meminta isterinya yang dilakunkan
oleh Seniwati Uji Rashid yang beria-ia
hendak menjemput tetamu menyambut pesta tahun baru supaya di gantikan dengan majlis tahlil
kenduri doa selamat. Mungkin telemovie karya Allahyarham Zain Mahmood itu patut
di ulang siar oleh pihak stesen TV.
Bagi
keberkatan berterusan punca Rezeki yang kita semua cari secara Halal, sudah
tiba masanya untuk semua kita untuk turut menggunakan nama nama bulan dalam
Taqwim kita
seperti Muharram (Bulan Pertama Tahun Hijrah), Safar (Bulan kedua Tahun
Hijrah), Rabiul Awwal (Bulan Ketiga Tahun Hijrah), Rabiul Akhir (Bulan Ke empat
Tahun Hijrah) , Jumada Awwal (Bulan Ke Lima Tahun Hijrah), Jumada Akhir (Bulan
Ke Enam Tahun Hijrah), Rajab (Bulan Ke Tujuh Tahun Hijrah), Sha'ban (Bulan Ke
Lapan Tahun Hijrah), Ramadhan(Bulan Ke Sembilan Tahun Hijrah), Syawal (Bulan Ke
Sepuluh Tahun Hijrah), Dzul Qaedah (Bulan Ke Sebelas Tahun Hijrah) dan Dzul
Hijjah (Bulan Ke Dua Belas Tahun Hijrah)
Kita juga
seharusnya lebih teliti dalam menggunakan terma terma seperti 'Holy Day' (hari
suci), 'Calendar' ( dimana Hari Kalends adalah permulaan bulan baru yang di
dedikasikan kepada Juno Tuhan Wanita Utama Roman Pantheon )
Bagi keberkatan & kesejahteraan semua
lebih lebih lagi Malaysia yang beraspirasi untuk menjadi sebuah 'global hub for
Islamic Banking' dimana kepekaan terhadap elemen elemen ini akan amat dihargai
oleh ahli ahli korporat & pelabur
dari Timur Tengah. Kita seharusnya nampak ikhlas bila cuba membawa 'petrol
dollars' dari Timur Tengah yang berjumlah dalam bentuk Trillion USD serta
peka pada apa yang sepatutnya kita peka
supaya kita benar benar dapat merasai faedah pelaburan FDI (Foreign Direct
Investment) Timur Tengah di rantau ini dan bukan sekadar tempias .
Mengambil kira penderitaan musim sejuk dan
kelaparan rakyat Afghanistan, Iraq, Palestin, Syria dll dimanakah kewajaran kita untuk membazirkan
jutaan ringgit bermain mercun mercun serta bunga api bagi menyambut tahun baru
kedatangan tuhan tuhan orang orang Roman. Akhir sekali, apakah tahap kewarasan
kita jika kita bersedia membazir begitu banyak wang untuk menyambut tahun baru
tuhan orang roman di kala peningkatan kos sara hidup dan harga barang barang
keperluan yang secara langsung melanggar beberapa akujanji (undertaking) kempen
BN kepada rakyat yang diwar warkan di
media perdana sempena PRU 13 baru baru ini.
Wallahualam.
Dr Syed
Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela
& Peguamcara
Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2013
Thursday, December 26, 2013
Wednesday, December 25, 2013
Tuesday, December 24, 2013
Monday, December 23, 2013
Sunday, December 22, 2013
Saturday, December 21, 2013
Thursday, December 19, 2013
Tuesday, December 17, 2013
Monday, December 16, 2013
Thursday, December 12, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Monday, December 9, 2013
Saturday, December 7, 2013
Sunday, December 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)