Monday, March 31, 2014
Sunday, March 30, 2014
Wednesday, March 26, 2014
Tuesday, March 25, 2014
Monday, March 24, 2014
Satu Aspek dari Undang Undang berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi daripada tragedi udara di Malaysia.
Satu Aspek dari Undang Undang
berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi daripada tragedi udara di
Malaysia.
Sekalipun
negara mempunyai pengalaman nahas udara
yang membabitkan pesawat komersial Malaysia Airline System di Tanjung
Kupang 4 disember 1977 yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak
kapal termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan ketika itu seperti YB Menteri
Pertanian,Allahyarham Datuk Seri Haji Ali Haji Ahmad serta Ketua Pengarah JKR,
Pengarah Kerjaya Tentera, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Setiausaha
Politik Menteri Pertanian, Duta Cuba ke Malaysia dan kejadian berkenaan juga bukanlah bermakna
kita mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan tragedi serta krisis
yang timbul berikutan kehilangan secara misteri pesawat MH370.
Malaysia Airlines (MAS) MH653 , Tanjong Kupang
1977
Seksyen 24 (1) (b) , Civil Aviation Act 1969 dengan jelas
memperuntukkan segala tuntutan mesti di buat dalam tempoh 3 bulan daripada
tarikh kejadian sesuatu tragedi.
Tuntutan
mesti dilakukan terus kepada semua pihak yang bertanggungjawap terhadap tragedi
berkenaan termasuklah pihak syarikat penerbangan, pihak insuran serta pihak
berkuasa yang bertanggungjawap termasuklah Jabatan Penerbangan Awam/Department
of Civil Aviation (DCA) dll.
Dalam
kes kes yang tidak dipertikai, pembayaran terus oleh pihak syarikat insurans
kepada waris yang diberi kuasa untuk menerima pembayaran berkenaan, ianya
melibatkan proses Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir
pembayaran wang insurans supaya dapat di bahagikan mengikut peratusan yang
sepatutnya kepada semua waris yang layak.
Pihak
MAS telah pun membuat pembayaran awal sebanyak USD5,000 setiap keluarga mangsa
kepada waris terdekat baru baru ini. Namun ada juga yang mempertikaikan bayaran
berkenaan di mana seorang bapa mertua secara terbuka mempertikai kenapa bayaran
di buat kepada menantunya dimana anak lelakinya adalah salah seorang mangsa
yang hilang bersama pesawat MH370.
Untuk
menjadi adil supaya tiada apa apa kekalutan bila setiap keluarga yang
dijadualkan menerima paling minima kira kira USD 175,000 (RM573,475) maka proses
mendapat surat kuasa Mahkamah pada waris terdekat yang layak yang diberi kuasa
untuk membahagikan jumlah wang berkenaan mengikut peratusan sepatutnya kepada waris
waris lain yang layak.
Setakat
ini mengikut laporan The Telegraph bertarikh Isnin 24hb
Mac 2014 merujuk kepada tragedi MH370 pihak
insuran Allianz Global Corporate & Specialty telah membayar kepada Malaysia
Airlines sebanyak USD 110 juta (67 juta Pound Sterling) yang dibuat
sebagai bayaran permulaan untuk meliputi bayaran penderitaan/kesusahan
(hardship payments) sebagai kos sara
hidup yang telah dibayar kepada satu akaun escrow sebagai pemegang amanah.
Apa yang
jelas setakat ini pihak MAS telah membayar sebanyak USD5,000 untuk setiap waris
terdekat disamping menanggung perbelanjaan hotel, makan,minum dan pengangkutan.
Pembayaran berkenaan dibuat mengikut amalan biasa antarabangsa bagi pengangkutan udara yang menyatakan jika pesawat telah hilang lebih
dari 2 hari maka ianya di anggap telah musnah. Polisi insuran berkenaan telah
di ambil di Malaysia tetapi ianya menjadi satu amalan industri insuran yang
ianya akan di insurankan semual (reinsured) dengan kumpulan insuran
antarabangsa yang diketuai oleh kumpulan Allianz. Pada isnin 10hb March 2014,
pihak syarikat insurans dari German mengesahkan yang syarikat mereka kumpulan
Allianz mengetuai kumpulan syarikat insuran untuk pesawat Boeing 777—200 ER
yang dikenali sebagai MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang dilaporkan
hilang selepas kira kira 45 minit berlepas daripada Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jumlah
bayaran setiap keluarga yang dirujuk sebagai USD 175,000 (RM573,475) ialah
bayaran minima bermaksud para waris tidak perlu
langsung membuktikan yang MAS atau pihak berkuasa cuai. Sekiranya ada
yang yang membuat keputusan untuk
membawa MAS dan pihak berkuasa berkaitan ke Mahkamah maka tidak mustahil
Mahkamah boleh memerintahkan jumlah yang lebih besar lagi daripada amoun berkenaan
sekiranya dapat dibuktikan elemen kecuaian (negligent) di pihak MAS dan atau
pihak berkuasa berkaitan. Tindakan sebegini adalah perkara biasa bagi pengamal
undang undang aviation antarabangsa sepertimana yang di lapor di Yahoo News pada 20hb Mac 2014.
Tindakan
litigasi sivil di Malaysia akan bermula di Mahkamah Sivil mengikut amoun yang
di tuntut. Selepas tindakan di ambil, pihak plaintif (yang menuntut) dan
defendan (yang kena tuntut) boleh di arahkan untuk menyelesaikan terlebih
dahulu menerusi proses Timbangtara. Jika kedua dua pihak bersetuju
menyelesaikan di peringkat Timbangtara, sebarang keputusan adalah mengikat
(binding) kepada kedua dua pihak mengikut Akta Timbangtara 2005 dan cuma boleh
di ubah memohon ke Mahkamah Tinggi.
Untuk
tindakan kecuaian (negligent), pihak syarikat penerbangan tidak perlu menunggu
sebarang tempoh tertentu untuk membuat pembayaran asalkan pihak waris dapat
membuktikan terdapat elemen kecuaian di pihak syarikat penerbangan/pihak
berkuasa penerbangan. Pihak syarikat penerbangan boleh
membuat bayaran sepenuhnya sekalipun tiada mayat atau bangkai pesawat ditemui
langsung kata Floyd Wisner, peguam daripada America yang mewakili para waris
kemalangan Air France pada tahun 2009 yang telah ditemuramah oleh The Mail
Online.
Juga
di dalam tragedi Adam Air Flight 574, pihak insuran syarikat penerbangan bersetuju membayar
para waris dalam masa 4 minggu sahaja daripada tarikh kejadian iaitu
sebelum bangkai pesawat dan sebelum mayat di jumpai.
Jadi
mengikut terma terma polisi insurans yang di ambil oleh syarikat penerbangan
maka ianya sepatutnya tiada halangan untuk membuat pembayaran secepat mungkin.
Bagaimana
pula jika tragedi adalah disebabkan elemen keganasan? Jawapannya pihak Insurans tetap perlu membayar
kerana penumpang bukanlah puncanya (passengers not at fault) sepertimana yang
berlaku pada pesawat Pan America Flight 103
di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988.
Adalah tidak mustahil untuk jumlah tuntutan MH370 kesemua waris
penumpang sahaja berjumlah antara USD500 juta ke USD750 juta.
Malaysia
yang menerima Montreal Convention yang
menyediakan peraturan dan prosedur tuntutan terhadap syarikat penerbangan
dimana syarikat penerbangan Negara kita , MAS tertakluk pada prinsip ‘strict liability’ yang wajib membayar minima USD175,000
kepada waris yang layak dan diberikuasa tanpa
para waris perlu membuktikan apa apa langsung.
Dibawah
Montreal Convention juga, MAS perlu menawarkan
pembayaran berkenaan dalam masa 6 bulan daripada tarikh jadual asal ketibaan di
Beijing. Sebagaimana yang dijelaskan tadi, jika ada waris yang ingin menuntut
amoun yang lebih besar maka beban bukti cuai di letakkan kepada para waris
untuk membuktikan MAS/pihak berkuasa penerbangan cuai.
Jika
terbukti pihak berkuasa penerbangan turut cuai, keadaan akan menjadi lebih
menarik di mana pihak berkuasa/kerajaan Malaysia boleh turut di seret sebagai
defendan dan terpaksa membayar pelbagai gantirugi/pampasan yang lebih besar
daripada amoun asas yang diwajibkan oleh Montreal
Convention.
Akhir sekali tindakan Mahkamah perlu di mulakan dalam tempoh 3 bulan
daripada tarikh kehilangan pesawat mengikut seksyen 24(1) (b) Civil Aviation
Act 1969 sekalipun pihak syarikat penerbangan mempunyai 6 bulan untuk
menawarkan pembayaran kepada waris yang berkaitan. Para waris mestilah bertindak
segera, tidak leka dengan tempoh 6 bulan yang syarikat penerbangan ada dibawah
Montreal Convention kerana peruntukan undang undang yang ada memerlukan
tindakan Mahkamah dimulakan dalam tempoh 3 bulan. Tindakan boleh ditarik balik selepas menerima
pembayaran ataupun selepas sama sama bersetuju untuk memasukkan satu Penghakiman Persetujuan
(Consent Judgment) ke Mahkamah iaitu dimana segala terma terma syarat syarat
dan jumlah besar pembayaran serta bila perlu dibayar dipersetujui kedua dua pihak. Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://isikcorpadv.wix.com/siadvocatesolicitor atau e mail: isikcorpadv@gmail.com
Dr
Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Peguambela
& Peguamcara
Kuala
Lumpur
Sunday, March 23, 2014
Friday, March 21, 2014
Thursday, March 20, 2014
Wednesday, March 19, 2014
Tuesday, March 18, 2014
Monday, March 17, 2014
Sunday, March 16, 2014
Saturday, March 15, 2014
Friday, March 14, 2014
Thursday, March 13, 2014
Wednesday, March 12, 2014
Tuesday, March 11, 2014
Monday, March 10, 2014
Sunday, March 9, 2014
Malaysian authorities will give a press update of missing MH370 at midday. CNBC will have live coverage. Latest here: http://cnb.cx/1fPnW3a
Malaysian authorities will give a press update of missing MH370 at midday. CNBC will have live coverage. Latest here: http://cnb.cx/1fPnW3a
Tuesday, March 4, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)