Perbankan Islam Kekang Ketamakan, Salah Guna: Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Lebih banyak negara kemungkinan beralih kepada sistem dan prinsip perbankan Islam bagi menghalang ketamakan dan salah guna, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya perbankan Islam mesti terus bebas dari perjudian dan spekulasi, dari rekaan produk kewangan dan kebebasan tidak terhad bagi mewujudkan wang dan penyandaran, yang kesemuanya menyumbang kepada kejatuhan sistem kewangan berasaskan riba.
"Dengan ketiadaan kesemua amalan itu, perbankan Islam kemungkinan berkembangperlahan tetapi seseorang perlu ingat bahawa pertumbuhan kekayaan yang kitalihat di negara-negara yang berlandaskan sistem kewangan di Barat, sebenarnya tidak benar.
"Ia tidak mewujudkan pekerjaan atau meningkatkan perdagangan atau limpahan ke dalam perniagaan lain atau membantu melebarkan kesaksamaan dan keuntungan,"katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan bertajuk "The Future Of IslamicFinance: Creating Global Linkages and Connectivity to the Real Economy toPromote Financial Stability, Economic Growth, Employment and Prosperity" padaseminar Bank Negara Malaysia di Istanbul, Turki pada Khamis. Teks ucapannya dikeluarkan di sini pada Jumaat.
Katanya perbankan Islam, tanpa kadar faedah dan terikat dengan kod moral yang tinggi, tidak akan atau tidak semestinya menunjukkan hasil sedemikian. "Tetapi, disebabkan halangan itu, pertumbuhan bank-bank Islam pada masa depan akan menjadi perlahan. Pertumbuhan perlahan itu akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan pembentukan kekayaan.
"Tetapi, kewujudkan kekayaan adalah sebenar, diagihkan agak adil, akan melimpah ke dalam aktiviti ekonomi sebenar, mewujudkan pekerjaan, meningkatkanperdagangan domestik dan antarabangsa," katanya.
Dr Mahathir berkata kewangan Islam pastinya mempunyai masa depan yang cerah.- BERNAMA