Wednesday, February 21, 2018

Tuesday, November 21, 2017

Dewan Rakyat serta Mahkamah patut perluas intrepetasi ‘Treason’ bagi jamin demokrasi berparlimen asas Perlembagaan Persekutuan terpelihara

Dewan Rakyat serta Mahkamah patut perluas intrepetasi ‘Treason’ bagi jamin demokrasi berparlimen asas Perlembagaan Persekutuan terpelihara Seksyen 121, dan 121A Kanun Kesiksaan memperuntukan hukuman gantung sampai mati dan atau penjara seumur hidup bagi kesalahan kesalahan berkaitan mengistiharkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Sultan-Sultan,Raja-Raja, Yang Di Pertua Negeri-Negeri sebagai Ketua Negeri. (Rujuk Kanun Kesiksaan, Seksyen 121 hingga Seksyen 130A) Manakala Ketua Kerajaan Persekutuan dan Ketua Kerajaan Negeri pula dipilih selepas Pilihanraya Umum yang menerima surah sumpah pegang jawatan samada daripada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja dan Yang Di Pertua Negeri. Surat sumpah pegang jawatan Ketua Kerajaan Persekutuan/Negeri selepas PRU yang biasanya mengandungi intipati untuk bertugas dengan jujur seperti yang diamanah serta mengandungi sumpah Wallahi Waltallahi Walhamdullillahirabbil Alamin. Pengkhianatan kepada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja, Yang Di Pertua Negeri Negeri bukan sekadar bermaksud mencetuskan peperangan terhadap mereka namun segala bentuk perbuatan jenayah yang melanggari intipati sumpah pegang jawatan sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan atau Ketua Kerajaan Negeri. Perbuatan perbuatan jenayah biasa jika dilakukan oleh bukan pemimpin kerajaan boleh lah didakwa dibawah pelbagai akta berkaitan yang sedia ada. Namun bila jenayah berkenaan dilakukan oleh pemimpin kerajaan yang menerima surat sumpah pegang jawatan daripada Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja dan Yang Di Pertua Negeri maka beban yang mereka yang berkenaan pikul adalah berbeza kerana jenayah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan akan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara, kestabilan sistem perlaksanaan undang undang negara. Ianya juga akan memberi kesan kepada pemikiran serta moral rakyat kerana jika sesuatu jenayah berat dilakukan oleh pemimpin kerajaan ataupun pegawai tinggi kerajaan cuma di hukum dengan akta akta yang terpakai kepada rakyat biasa yang tidak mempunyai apa apa kuasa memerintah maka sesuatu sistem keadilan itu boleh dipertikaikan. Justru perbuatan berbohong dan pecah amanah serta melakukan pelbagai jenayah berat selepas menerima surat sumpah pegang jawatan yang di berikan oleh Yang Di Pertuan Agong umpamanya patut membawa maksud mengkhianati negara justru memerangi Yang Di Pertuan Agong dengan cara tipu muslihat seolah olah tiada apa yang dilakukan. Justru definasi memerangi Yang Di Pertuan Agong umpamanya patut terpakai khususnya kepada mereka mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan dan tidak terhad kepada Perdana Menteri, Menteri Besar serta Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan dan Negeri Negeri. Lupakah kita dengan perbuatan seorang Menteri (kini bekas Menteri) yang menabalkan Sultan Kelantan tanpa mengikut lunas lunas Perlembagaan Persekutuan ketika Sultan yang sah masih bertakhta takhta. Disebabkan tiada tindakan , ‘treason’ barangkali menyebabkan beliau terus berani melakukan pelbagai jenayah lain termasuk pecah amanah wang PPRT lebih RM40 juta serta pelbagai kesalahan jenayah lain ketika beliau menjadi Pengerusi sebuah agensi yang ditubuhkan untuk memajukan bumiputra. Tentu rakyat tidak lupa tentang isu mereka yang menyalah guna dana zakat dan YPEIM untuk melancong ke luar negara bersama kaum keluarga serta dana negara yang sepatutnya digunakan untuk menambahkan hasil daging lembu negara digunakan untuk membeli kondominium mewah, membuka pasaraya di Singapura yang selepas itu ditutup. Tiada sesiapa yang lupa bila dana insitusi yang ditubuhkan untuk rakyat menunaikan rukun Islam ke 5 susut sehingga ke peringkat tidak patut untuk mengeluarkan dividen namun tetap dikeluarkan dengan penjualan asset di London. Terdapat tempat yang khas dalam neraka jahanam untuk ulama yang tidak mengamalkan ilmu mereka malah mereka di janjikan Allah swt untuk lebih dahulu di masukkan kedalam neraka berbanding penjenayah konvensional. Justru para ulama yang menggelirukan rakyat semata mata kerana pulangan lumayan keduniaan jika terbukti nanti patut di anggap sebagai pengkhianat negara juga. Polis sejak zaman darurat termasuk Auxillary Police, penduduk kampung dll berjuang bermatian matian menentang pengganas komunis dalam hutan seluruh semenanjung tanah air kita. Kita di didik membenci komunis malah kaum keluarga polis juga akan bersuara jika ada yang cuba membela komunis. Tapi itu dulu. Kini negara kita menyembah pada bapak komunis dunia dengan perlaburan lebih RM151 billion malah mereka telah mula memasuki serata pelusuk negara dengan majoritinya tenaga kerja mereka sendiri yang tidak menampakkan apa-apa faedah daripada prinsip mempertahankan kedaulatan negara. Apa kata kaum keluarga polis kini agaknya? Apa kata pula Rejimen Askar Melayu? Renung-renungkan, selamat beramal,kata Allahyarham Prof Izi Hot Fm yang popular sedikit masa dulu. Lupakah kita pada kata kata Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dalam filem Sarjan Hasan yang tidak mahu ada lagi pengkhianat seperti watak Buang (lakonan Allahyarham Salleh Kamil) dalam negara kita. Mereka yang berjawatan tinggi yang mempunyai pelbagai peluang merosakkan negara patut didakwa sebagai mengkhianati negara. Umpamanya, jika Suruhanjaya Pilihanraya bersubahat untuk menjalankan sesuatu pilihanraya dengan tipu helah justru memusnahkan system demokrasi berpalimen yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan maka Pengerusi SPR dan beberapa pimpinan tertinggi SPR patut di dakwa dibawah ‘treason’ juga. Ratusan video penipuan pilihanraya sewaktu PRU 13 yang tersebar luas keseluruh dunia di alam atas talian menjadi bukti yang jika tiada tindakan tegas, tiada siapa akan takut untuk mengkhianati system pilihanraya demi untuk kepentingan peribadi masing masing. Mereka yang mengeluarkan Kad Pengenalan biru asli kepada rakyat asing untuk membolehkan rakyat asing menjadi besar kepala tinggal dalam negara kita serta mengundi dalam sesuatu pilihanraya seperti seorang rakyat Malaysia yang sah patut didakwa juga kerana mengkhianati negara dan dalam konteks ini pemegang jawatan KP JPN serta pimpinan tertinggi JPN patut bersedia didakwa mengkhianati negara jika terbukti segala tohmahan terhadap mereka itu benar. Seterusnya mereka yang ditugaskan menjaga pelbagai dana penting negara seperti sekadar contoh disini Felda. Tabung Haji, EPF,1MDB,KWAP, dll yang jika didapati benar benar menyebabkan negara kerugian ratusan billion ringgit ataupun bertrillion ringgit bolehlah didakwa mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka sebagai Ketua di institusi-institusi berkenaan. ‘Collective board decision’ serta Akta berkaitan pengecualian liabiliti ketika bertugas tidak patut terpakai jika terbukti ianya disengajakan yakni berniat jenayah dan atau cuai. Namun disebabkan keseriusan hukuman treason, ,mereka boleh membela diri mereka dalam Mahkamah yang bebas dan cuma akan dihukum bila di dapati bersalah selepas selesai segala proses rayuan. Demokrasi berparlimen sepatutnya dibantu oleh speaker Dewan namun bila speaker gagal memelihara system demokrasi dalam Parlimen sendiri, maka ianya tentu satu pengkhianatan kepada system demokrasi itu sendiri dan perbuatan sebegitu tidak patut di lindungi oleh sebarang benytuk imuniti. Begitu juga dengan Menteri Menteri Kabinet serta pimpinan kerajaan yang memegang pelbagai jawatan yang jika terbukti pelbagai tohmahan jenayah serius patut juga di dakwa kerana mengkhianati negara. Tiada akta penegcualian liabiliti patut digunakan untuk melindungi perbuatan cuai atau jenayah. Jenayah pembunuhan atau mendalangi pembunuhan berulang biasanya boleh dihukum gantung sampai mati dibawah Kanun Kesiksaan namun ianya lebih serius jika ianya melibatkan pemimpin atau kaum keluarga mereka yang boleh merosakkan moral orang ramai dan rakyat keseluruhannya justru mereka yang berkedudukan tinggi melakukan jenayah berat selain pembunuhan juga patut ditakrifkan sebagai mengkhianati negara iaitu merosakkan nama baik negara dimata dunia jika ianya jenayah pembunuhan berulang serta penggubahan wang haram antarabangsa ke serata dunia. Masih belum terlewat untuk kesemua institusi penguatkuasaan undang undang termasuk agensi pendakwaan serta kehakiman untuk bergading bahu memperbaiki kerosakan teruk yang telah berlaku pada negara. Malah jika ada sebarang kelemahan serta sedikit sebanyak salah laku agensi agensi penguatkuasaan ini sebelum ini ianya mungkin boleh di maafkan rakyat keseluruhannya jika mereka mula memilih untuk bertindak dengan betul dan tegas tanpa mengira ikan jaws ataupun bini ikan jaws. Kita boleh bermula semula dengan betul jika kita sedar serta insaf tanggung jawap kita yang dikehendaki agama dan negara kita sepertimana yang termaktub dalam Al Quran, Hadith Sahih serta Perlembagaan Persekutuan disamping Akta Polis 1967, Akta Angkatan Tentera 1972 serta Akta SPRM 2009 dll sekalipun tidak disebut disini. Akhir kata kuasa ‘command and control’ mengawal pasokan PDRM sepenuhnya terletak dibawah kuasa IGP dibawah Akta Polis 1967, Menteri cuma mengawal isu isu logistik sahaja . Manakala Panglima Tertinggi Angkatan Tentera ialah Yang Di Pertuan Agong sebagaimana yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan dan diulangi berkali kali dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Check and balance terhadap pimpinan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang memerintah selepas Pilihanraya disediakan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan wujudnnya Majlis Raja-Raja, Sultan-Sultan, Raja-Raja serta Yang Di Pertuan Agong menerusi surat sumpah perlantikan jawatan serta sumpah berat Wallahi Waltallahi Walhamdullillahirrabbil Alamin. Al Maunah satu episod tragedi komedi pengkhianatan negara bagi mereka yang masih ingat bagaimana orang kampung boleh menyelinap masuk ke kem tentera, pecah stor senjata dan membawa lari pelbagai senjata dan kemudiannya berlantik menembak dengan memekak dalam hutan berdekatan. Tetapi apa yang sedang berlaku di hadapan kita adalah tragedi serius kepada tanah air kita melampau batas batas jenayah biasa ke tahap , ‘mutiple treasons’. Justru sama sama lah semua kembali mencari rezeki yang halal untuk keluarga masing masing kerana semua kita akan menempuh alam akhirat tanpa pengecualian. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

Tuesday, August 8, 2017

Ke arah memperkasakan Institusi Parlimen dan Pentadbiran Negara-Satu Cadangan Kecil -Pra PRU 14

Ke arah memperkasakan Institusi Parlimen dan Pentadbiran Negara-Satu Cadangan Kecil -Pra PRU 14 Setakat ini Parlimen berkesan untuk fungsi sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara dimana ahli ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang dapat berbahas pelbagai Rang Undang Undang. Namun, beberapa penambah baikan amat diperlukan melihatkan keadaan dan kualiti pembahas-pembahas RUU khususnya daripada Kerajaan Persekutuan makin menurun dan menurun hingga ke tahap merapu dan meraban dan adakalanya cuma bercakap kosong untuk menyakitkan ahli ahli Parlimen pembangkang yang cukup bersedia dengan fakta dan data. Pertamanya, perlantikan Yang Di Pertua Dewan Rakyat tidak seharusnya dibuat dengan memilih seseorang yang diyakini akan berat sebelah. Sedikit masa lalu pernah nama seorang hakim yang amat kanan yang telah bersara yang dikenali tegas tetapi adil semasa berkhidmat telah dicadangkan namun kerajaan persekutuan yang memerintah telah memilih seorang yang lain yang didapati Cuma kelihatan seolah olah berlakon untuk memperlihatkan diri sebagai adil walaupun sebenarnya tidak adil langsung. Kata kata nasihat sebagai seorang tua yang asalnya cuba di hormati oleh ahli ahli Parlimen menjadi langsung tak ada nilai kemudiannya kerana apa yang dikata berbeza dengan apa yang beliau laksanakan. Justru, kuasa pemilihan speaker perlu mengambil kira pendapat blok pembangkang dengan lebih keutamaan diberikan kepada pendapat ahli parlimen pembangkang selain juga mungkin bertanyakan pendapat kumpulan rakyat yang dipilih secara rawak dari seluruh negara. Speaker ibarat pengadil pertandingan akhir bolasepak dimana jika pengadil bolasepak tidak adil akibatnya akan mencetuskan situasi kacau bilau dalam stadium dan mungkin terpaksa bersembunyi berjam jam dalam stadium ataupun terpaksa diringi oleh pasokan keselamatan keluar. Keduanya, beberapa institusi penguatkuasaan Undang Undang di letakkan terus dibawah Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pihak pejabat Peguam Negara patut diletakkan dibawah Parlimen dan menjawap setiap kali sidang kedua dua Dewan justru meningkatkan serta memperbaiki juga fungsi Dewan Negara yang lebih dilihat sebagai, ‘rubber-stamp’ sekarang. Peguam Negara tidak patut menjawap kepada Perdana Menteri untuk tugas tugas berkaitan pendakwaan kes kes. Penasihat Undang Undang kepada Perdana Menteri memadailah mana mana pegawai kanan perkhidmatan perundangan yang kini juga telah sedia ada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Justru amat penting untuk memisahkan terus Peguam Negara daripada menjadi tertakluk kepada Perdana Menteri. Untuk apa apa urusan logistik seperti membina bangunan baru serta pembelian peralatan dan pengambilan kakitangan berkaitan juga tidak memerlukan seorang Menteri bagi menjamin tiada rasa terhutang budi dalam menjalankan tugas. Ketiganya, institusi kehakiman patut dengan jelas melapor kepada Parlimen dan Yang Di Pertuan Agong serta Majlis Raja Raja. Amat tidak sesuai jika institusi kehakiman dilihat terlampau rapat dengan Perdana Menteri serta kerajaan persekutuan dalam pelbagai urusan dan majlis. Urusan urusan logistik seperti membina bangunan Mahkamah baru serta peruntukan kewangan juga patut dipisahkan daripada bidang kuasa mana mana Menteri. Ini tiada kena mengena dengan doktrin pemisahan kuasa antara badan legislative, eksekutif dan kehakiman ianya lebih kepada menjarakkan hubungan rapat antara kehakiman dan pihak eksekutif terlebih lebih lagi Perdana Menteri serta Menteri Menteri Kabinet. Keempatnya. Institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) patut dibiarkan benar benar befungsi mengikut Akta Polis 1967 dimana , ‘command and control’ pasokan adalah terletak kepada KPN sepenuhnya. Manakala penambah baikan yang boleh di buat ialah YDH IGP boleh menjawap kepada Parlimen terus untuk semua hal termasuk isu isu logistic dsbnya justru memisahkan hubungan PDRM dengan Menteri serta Perdana Menteri yang tentunya boleh membantu pasokan PDRM boleh bertindak dengan lebih adil, ‘without fear or favour’. Kelimanya, institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) patut benar benar dengan tegas menjadikan Yang Di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan berulang kali disebut dengan jelas dibawah Akta Angkatan Tentera 1972. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan tidak diperlukan mencampuri urusan urusan keselamatan dan logistic berkaitan peralatan keselamatan dsbnya bagi mengelakkan pembelian kapal selam terpakai yang tidak boleh menyelam dibeli dengan mahal tanpa peluru berpandu berulang sehingga terpaksa memohon bajet berasingan untuk membeli peluru berpandu selepas menerima kapal selam kosong. Perdana Menteri, Menteri Pertahanan serta Menteri Dalam Negeri akan dimaklumkan menerusi Parlimen segala urusan berkaitan keselamatan dengan perkenan Yang Di Pertuan Agong serta Majlis Raja Raja. Namun begitu, Akta MKN yang memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri boleh di pinda , di kaji semula ataupun terus dibatalkan oleh Parlimen. Justru institusi Raja Raja, Sultan Sultan patut benar benar mengikut lunas lunas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Akta berkaitan serta Perjanjian Malaysia 1963 tanpa ragu ragu. Institusi Raja Berpelembagaan tidak patut lagi dijadikan YDPA perlu mendengar nasihat Perdana Menteri sebagai wajib, kuasa YDPA patut dikembalikan dengan lebih taring supaya pentadbiran negara tidak disalah gunakan oleh pemimpin politik yang perasan segala harta negara seperti harta pusaka peribadi untuk di joli sesuka hati. Keenam, institusi Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut benar benar di letakkan di bawah Parlimen tanpa langsung perlu merujuk kepada Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Perlantikan KP SPRM mestilah dipersetujui Parlimen dan Yang Di Pertuan Agong dan tidak boleh berdasarkan cadangan Perdana Menteri atau mana mana Menteri. Ketujuh, institusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) juga patut dipisahkan daripada mempunyai apa apa hubungan dengan mana mana Menteri dan Perdana Menteri samada secara langsung ataupun tidak langsung. Ianya patut menjawap terus kepada Parlimen serta Yang Di Pertuan Agong serta nama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak boleh di cadangkan oleh mana mana pemimpin politk mahupun Menteri ataupun Perdana Menteri. Kelapan, Gavenor Bank Negara Malaysia juga patut menjawap terus kepada Parlimen serta perlantikan Gavenor tidak boleh datang daripada mana mana pemimpin kerajaan persekutuan. Kesembilan, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti juga patut di lantik oleh Parlimen dan menjawap kepada Parlimen. Adat menerima watikah perlantikan daripada Yang Di Pertuan Agong sekarang patut di perkasakan dimana Yang Di Pertuan Agong berkuasa mempersoalkan isu isu berkaitan kepentingan rakyat dan ummah yang berkaitan resolusi resolusi yang dibuat oleh mereka yang berkenaan. Kesepuluh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti juga patut bertanggung jawap kepada Parlimen sepenuhnya tanpa campurtangan mana mana Menteri ataupun Perdana Menteri. Kesebelas, kriteria perlantikan ahli ahli Majlis Fatwa patut dikaji semula dan ditambah baik dengan menjawap kepada Parlimen dan juga bertanggung jawap kepada Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja dalam artikata sebenar. Keduabelas, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia juga patut menjawap terus kepada Parlimen serta institusi insitusi penting lain seperti Tabung Haji, KWSP,KWAP, PNB, Proton dll. Ketigabelas, para pegawai penyiasat lama termasuk yang telah bersara dan baru berkaitan kes kes kepentingan umum seperti 1MDB, perlu boleh dipanggil dan memberi taklimat serta bersoal jawap kepada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.Pegawai Penyiasat kes kes berkaitan negara daripada negara luar juga boleh dijemput untuk menjawap di Parlimen Malaysia. Keempatbelas, Ketua Audit Negara seharusnya juga bertanggung jawap terus kepada Parlimen dengan menjawap semua soalan berkaitan tanpa memilih milih apa apa soalan dan mesti menjawap soalan yang dikemukakan. Pembentangan lapuran audit semata mata tidak mencukupi. Kelima belas, Ketua Menteri dan Menteri Besar setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak perlu mempunyai sessi khas di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menjawap apa apa soalan berkaitan pentadbiran mereka di negeri negeri dengan mengambil kira mereka adalah ahli DUN bukannya ahli Parlimen tetapi patut dipanggil untuk menjelaskan isu isu berkaitan kepentingan umum. Keenam belas, KP Imigresen dan KP Kastam juga patut menjawap terus kepada Parlimen isu isu penting keselamatan negara termasuk kemasukkan pendatang asing tanpa izin serta dengan izin serta isu isu barangan bercukai dan penyeludupan. Ketujuh belas, Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) dan Timbalan Pengerusi SPR serta pegawai pegawai kanan sepenuh masa SPR patut melapor dan memberi kerjasama penuh kepada Parlimen mengenai apa saja isu berkaitan Pilihanraya Umum dan Kecil. Sebarang percubaan untuk melakukan tipu helah samada sebelum, semasa dan selepas pilihanraya akan menyebabkan satu siasatan mengkhianati negara dilakukan terhadap mereka yang terlibat bagi membolehkan pendakwaan serta hukuman dijatuhkan jika Mahkamah mendapati mereka bersalah. Kelapan belas, Dato Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) patut menjawap cuma kepada Parlimen. Sebarang tindakan munsabah DBKL contohnya gagal menjalankan tugas sebagai penjaga Dataran Merdeka yang sepatutnya membolehkan bukan saja acara acara besar seperti temasya di anjurkan malah segala bentuk perhimpunan aman oleh rakyat. Jika DBKL bertindak di luar Batasan dengan enggan mengizinkan Dataran Merdeka digunakan untuk acara perhimpunan aman oleh rakyat, Dato Bandar DBKL patut di siasat, didakwa serta dihukum kerana mengkhianati negara. Kerajaan Selangor pemilik asal wilayah dimana Dataran Merdeka terletak boleh membatalkan perjanjian penyerahan wilayah dengan mengambil kembali bukan sahaja Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) malah juga Bangunan Sultan Abdul Samad dimana Kementerian Penerangan dan Komunikasi terletak memandangkan Menteri Persekutuan yang ada sekarang dilihat tidak bekerja untuk kepentingan rakyat jelata secara iklhas kecuali cuma untuk mengampu Perdana Menteri secara aggresif seolah seolah ada pertandingan akhir mengampu peringkat kebangsaan diantara pemimpin pemimpin kerajaan persekutuan serta negeri dan daerah. Jika untuk melakukan beberapa perkara di atas ada artikel Perlembagaan Persekutuan dan Akta Akta Parlimen serta Enakmen Enakmen Negeri perlu dipinda maka buat sahajalah jangan kata susah, jangan kata nak kaji lama lama dsbnya. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semangat Perjanjian Malaysia 1963 juga harus tidak di ketepikan malah di hormati. Hukuman berat patut di kaji untuk mencanangkan agenda fitnah perkauman kepada masyarakat. Justru propaganda jika parti DAP menang pilihanraya, Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum. Umum ketahui parti DAP Cuma bertanding 54 kerusi Parlimen sedangkan kerusi Parlimen ada 222 kesemuanya. Kemungkinan mereka yang mempromosi propaganda bahaya perkauman ini telah gagal dalam subjek matematik ataupun ilmu hisab ataupun ilmu kira kira ketika zaman bersekolah rendah dulu. Begitu juga dengan para Munafiq yang menjual agama untuk mendapatkan dana daripada sumber kewangan haram patut dijatuhkan hukuman penjara mandatori 20 tahun sekalipun telah tua bangka ketika hukuman di jatuhkan. Seterusnya kesemua provisi perundangan berkaitan perlu dengan jelas menyentuh definasi Pengkhianat negara yang boleh dihukum gantung sampai mati kepada Tertuduh dan mereka yang turut sama menjadi dalang atau bersubahat dengan Tertuduh. Perbuatan merompak hasil dana negara menerusi pelbagai cara tipu helah, pecah amanah serta menjadi dalang pelbagai pembunuhan kejam berkaitan isu isu kepentingan umum dsbnya patut serta merta disiasat serta di dakwa dibawah Pengkhianatan kepada Negara. Perbuatan menahan orang secara salah atau mendakwa orang secara salah jika terbukti benar juga boleh di masukkan dalam kategori mengkhianati negara. Perbuatan cuba menabal Sultan Sultan dikala Sultan yang ada masih memerintah secara sah juga jelas mengkhianati Raja Raja Melayu yang juga boleh dianggap mengkhianati negara dan patut berjalan secara restropektif provisi perundangan berkaitan. Juga perbuatan mengampu atau menjadi pencacai angkat najis dalam bersubahat melindungi isu isu jenayah berat patut ditakrifkan sebagai pengkhianatan kepada negara sekiranya isu isu jenayah berkenaan berkaitan kepada kerugian harta dan nyawa dalam kuantiti yang tinggi. Golongan ini juga patut disiasat didakwa dan dihukum kerana menjadi pengkhianat negara dan provisi perundangan berkaitan bila diluluskan patut berjalan secara restropektif. Akhir sekali, ahli ahli Parlimen perlu menjalani pemeriksaan mental secara berkala bagi memastikan wakil rakyat yang benar benar waras sahaja dizinkan hadir samada ingin mengambil bahagian dalam perbahasan atau tidak. Mereka yang disahkan sakit jiwa akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan dihantar ke hospital bahagia untuk rawatan lanjut yang juga akan membawa kepada pilihnraya kecil dikawasan berkaitan .Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

Sunday, February 19, 2017

Looking for a simple substantiated answer from His Majesty King Salman

Looking for a simple substantiated answer from His Majesty King Salman The federal government via Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Minister in the Prime Minister Department has announced as published in the star newspaper dated 16th February 2017 that King Salman from Saudi Arabia will be officially visiting Malaysia soon. If we could recalled many years back Prince Al Waleed visited Malaysia to receive 2 honorary doctorates within 24 hours from 2 locally established international university simultaneously at the same special convocation handing over a small million dollar donation to both universities. However, King Salman upcoming visit not long after our Election Commission has started calling for general election preparation tender as advertised and published by the mainstream media in February 2017, will raise several interesting questions. Is His Majesty King Salman visit meant to neutralize an unsolved mysteries of the highest money laundering multiple criminal cases in the whole wide world that has captured global media attention without fails every now and then? If this is the case, then many would eagerly awaits for His Majesty explanation about the gigantic donation that only person with unsoundness of mind would believes. When there is already legally established money trails of the fund movement as highlighted in global courts including Singapore and Switzerland in addition to the DOJ US specific explanation, how the hell that His Majesty is going to explain the huge donation. Will he simply says that he know nothing about it as it was during the late King Abdullah time. For the amount of this nature His Majesty cannot claim to be ignorant. Next how the amount ended up into one individual several personal accounts. The money trails established in Singapore and Swiss courts were crystal cleared and what sort of explanation available for His Majesty to explain the huge amount ending up into individual accounts—perhaps despatch physically by air cargo? How come after donating, the donor conveniently passed away when Malaysians were already told of many conflicting versions earlier. Sometimes last year one article by a writer published in jebatmustdie.com discussed in details the more than 50 different reasons given from time to time regarding the huge donation , will His Majesty King Salman be able to analyse and explain all those conflicting reasoning’s in order to confirm that the donation really existed, except maybe it is untraceable-- how it was given ie it suddenly appeared in the individual account just like that. ‘Ram-ram Muharram’ as uttered by a Magician in the late Tan Sri Dr P Ramlee movie, Gerimis. Perhaps in order to go ahead conducting 14th General Election, bringing His Majesty King Salman is part of the agenda to exploit his official visit into putting word in His Majesty mouth that His Majesty will not dare to reply as a mark of respect to the host. In this respect who are actually advising King Salman of Saudi Arabia to agree to go ahead with this official visit when our general election was reportedly said to be around the corner. King Salman should be a bit smart in questioning his group of advisors and should weight his official visit from many angle in details. Will the King want to see that his name being used during the General Election campaigning as endorsing the super mad donation? Will King Salman being able to confirm that some amount of the donation was returned? If so, how? Where is the money trails in returning the donation or was it done physically by air cargo or merely by 12 luggage carried into private jets? Many endless questions perhaps for global media to ask King Salman while our local mainstream local media might be afraid to ask. Perhaps at least King Salman private meets with Saudis staying in Malaysia will be able to shed some lights to all these issues if no discussion were held on the issue when His Majesty attended special convocation ceremony. His Majesty King Salman should come to Malaysia with intention to help clear the air as most Malaysian believe that those responsible for all the explanation so far were bluntly lying to Malaysians and the whole world. No wonder we need communist leader and communist nation to rescue our economy at their unknown terms. Those foreign direct investment term and conditions coming from China should be made available to all Malaysian particularly Members of Parliament to scrutinise and any susbsidiary legislation taking away the power of Dewan Rakyat should be repealed by Parliament itself or declared null and void by the court. How about His Majesty begin his meeting with speaking completely in Arabic to the host requesting to do away with the translators. As a Muslim nation, the host should be able to recite Al Quran, how about His Majesty handing over his own copy of Al Quran and pick at random any Surah for the host to recite for a good two to three minutes. This practice is common when visiting His Excellency Saudi Ambassador thus there is no reason for Malaysia No 1 leader to escape doing so. King Salman should be explaining as to why Saudi is now borrowing money including selling bonds as widely reported in global business media after they have apparently donated more than USD680 million more so after they reportedly got back some of the donation. King Salman should do some small briefing on those claiming to be related with Saudi royalty doing business with the Malaysian government. How genuine are they, what is King Salman response? How about King Salman inviting his host to do Solat Tahajud and Tasbih berjemaah at any of His Majesty chosen location in Malaysia. All these Ibadah although Sunat should be no excuse for the host to avoid being a leader of supposedly a Muslim country. How about the King demanded a completely audited account of what happened to the donation? At least, it would be an interesting topic to be chatting about over dinner until Qiyammulai time. Al Jazeera, BBC, CNN, Channel News Asia etc should be closely following up on these endless unsolved insane mysteries during His Majesty King Salman official visit, without fear or favour, InshaaAllah. Last but not least, looking forward for much more bigger donation since His Majesty is coming physically on official visit to Malaysia . I supposed it is not a difficult favour to ask since the last time Saudi donated was when His Majesty the late King Abdullah was staying put in his palace and yet managed to donate such unthinkable sum. Wallahualam.Res Ipsa Loquitor. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Advocate & Solicitor Kuala Lumpur

Kedaulatan Undang Undang negara seharusnya di hormati Korea Utara

Kedaulatan undang undang negara seharusnya di hormati Korea Utara. Buat pertama kalinya dalam isu kepentingan umum di peringkat antarabangsa PDRM patut di penuhi dengan ucapan tahniah kerana pantas bertindak sehingga membawa kepada penahanan 4 suspek yang dipercayai terlibat dengan merancang dan melakukan pembunuhan kepada abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara di KLIA 2 isnin lepas. InshaaAllah di harapkan baki penjenayah dapat di tahan segera walau di mana saja mereka berada kerana bukan sahaja visual mereka menerusi kamera tv litar tertutup telah di perolehi malah rakan rakan mereka juga telah turut di tahan yang membolehkan maklumat diri mengenai yang lain di perolehi. Hari ini 19hb Februari 2017 waktu Malaysia, BBC News menyiarkan satu laporan yang bertajuk , ‘North Korea’s history of foreign assassinations and kidnappings’ yang merujuk kepada pelbagai insiden pembunuhan oleh ejen ejen Korea Utara di luar negara mereka sendiri dengan pelbagai contoh bermula dari tahun 1968,70an,80an dan 1996. Namun kembali kepada insiden di Malaysia minggu lepas, yang amat menghairankan ialah tindakan kedutaan Korea Utara memberi amaran kepada Malaysia kerana kononnya Malaysia berkerjasama dengan musuh selepas enggan menyerahkan mayat si mati kepada mereka kerana keperluan post mortem mengikut keperluan prosedur sistem perundangan negara. Malah lebih teruk lagi Kedutaan Korea Utara memaklumkan yang mereka akan bertindak balas sebagaimana yang di lapor oleh Channel News Asia dan pelbagai media antarabangsa lain. Keputusan bedah siasat jika telah siap sekalipun yang memungkinkan sebab sebab kematian telah di ketahui namun ada beberapa lagi prosedur yang perlu di patuhi sebelum menyerahkan mayat kepada yang berhak. Satu contoh ialah kemungkinan perlunya bedah siasat kedua. Setelah selesai segala proses akhir dan keputusan bedah siasat yang memuaskan serta munasabah mayat akan di serahkan biasanya kepada waris terdekat kepada si mati. Duta Korea Utara bukanlah waris terdekat si mati jika di ambil DNA beliau sekalipun maka tidaklah perlu beliau nak berasa tidak puas hati. Waris terdekat anak anak dan isteri isteri si mati mungkin takut untuk tampil ke hadapan atas keselamatan diri mereka namun mereka boleh melantik wakil yang sah dengan menyerahkan DNA mereka menerusi wakil mereka dan berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia menerusi pelbagai applikasi media social serta telefon. Justru tindakan memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia lebih dilihat kepada cubaan mencabar kedaulatan undang undang serta seolah olah ada sesuatu substance di dalam badan si matui yang cuba di sembunyikan yang mungkin menyebabkan kematian si mati justru mereka mungkin tidak mahu pihak berkuasa Malaysia Berjaya mengesan punca kematian tersebut. Kerajaan Malaysia seperti biasa lembab dan lambat bertindak, mereka sepatutnya telah menghalau duta Korea Utara pulang serta merta namun bila teringatkan episod MH17 dan MH370 dimana siasatan di ketuai negara asing oleh system undang undang negara asing apalah lagi yang boleh di harapkan daripada mereka yang memimpin negara ketika ini. Jika ketika ini umum mempersendakan program Valet Doa, inilah yang juga berlaku pada episod MH370 dan MH17 kita berhabisan ratusan juta ringgit dibayar kepada orang lain untuk tolong kita mencari, tolong kita siasat dan tolong kita nak mendakwa kemudian. Maka ketegasan menghalau duta Korea Utara perlu kerana maruah negara telah tercabar bila duta Korea Utara membuat amaran secara terbuka dan di siar media antarabangsa seluruh dunia. Seterusnya,benar seperti kata kata penyiasat persendirian yang di siar di akhbar the star hari ini 18hb Februari 2017, wanita yang memegang passport Vietnam seolah olah agen terlatih untuk melakukan pembunuhan berdasarkan tindakannya yang sentiasa berubah hotel, memotong rambutnya menjadi pendek dalam bilik hotelnya sebelum terus ke KLIA 2 untuk melakukan tugas membunuh, membawa tunai agar tidak dapat dikesan pergerakkan menerusi kad kredit sekalipun wanita berkenaan memaklumkan pihak berkuasa mereka Cuma bergurau untuk dilakonkan untuk filem atau TV malah menggelirukan pihak berkuasa sebagai kononnya wanita cantik dan tidak memakai baju dalam ketika di tahan. Peduli apa kita sekalipun Korea Utara ada bom nuklear, jika terbukti rakyat mereka mendalangi dan melakukan pembunuhan di negara kita maka hukum gantung sampai mati lah jawapnya kerana membunuh. Jangan beri apa apa keistimewaan kepada pembunuh lebih lebih ejen ejen perisik asing serta pembunuh asing yang professional, biarlah mereka rasa di hukum di bawah undang undang Malaysia. Jika kita gagal bertegas tak mustahil di masa hadapan pembunuhan sebegini akan berulang dan melibatkan negara lain pula. Pihak Imigresen pula perlu mengenal pasti negara yang mengeluarkan passport asli dengan identiti palsu untuk di senarai hitam supaya tidak dibenar memasuki negara kita ataupun sekurang kurangnya terpaksa menghadapi sessi soal siasat yang panjang sebelum di benarkan masuk bergerak bebas dalam negara kerana jika ini tidak di lakukan negara kita akan di ketawakan oleh golongan perisik dan pembunuh upahan ini sebagai negara yang tidak berminat menjaga keselamatan dengan teliti kecuali Cuma sekadar gempaq dengan pelbagai pengumuman propaganda kosong semata mata. Jika pihak Imigresen hendak mula di geruni elok lah memulakan dengan pelbagai tindakan pro aktif terhadap penjenayah penjenayah VVIP yang bebas keluar masuk negara sekalipun seluruh dunia mengetahui dengan bukti tepat lagi kukuh pelbagai perbuatan jenayah mereka. Pihak Imigresen boleh memulakan kerjasama serius bersama PDRM, SPRM, AGC untuk memgambil tindakan pro aktif terhadap VVIP yang di anggap telah melakukan pelbagai jenayah berat. Jenayah tetap jenayah samada di lakukan rakyat biasa ataupun VVIP. Bagaimanakah penjenayah boleh membuang pegawai kerajaan daripada kerja kecuali pegawai berkenaan yang buta undang undang dan membiarkan penjenayah serta kuncu kuncu terus mengawal hidup mereka. Bila negara luar menggeruni Imigresen Malaysia akibat ketegasan dan tindakan pro aktif maka tentunya para pembunuh upahan asing akan berfikir dua kali sebelum menyempurnakan tugas mereka di Malaysia kerana passport asli menggunakan identiti palsu akan dapat di kenal pasti serta merta. Justru tidak hairan para ejen asing yang masih bebas mungkin sedang berpesta meraikan kelemahan kawalan pintu masuk yang sepatutnya amat ketat. Akhir Qalam, demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita, Duta Korea Utara beserta para pegawainya patut di halau pulang ke negara asal mereka serta kedutaan mereka di tutup dan bangunan kedutaan di pertimbangkan untuk di jadikan sebagai restoran masak kampong ekslusif untuk rakyat kita pergi makan makan dan bersantai di persekitaran Damansara Heights, Kuala Lumpur.Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

Sunday, January 8, 2017

Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri

Pengkhianat negara dan agama salah guna agama untuk kepentingan diri Dunia tahu apa yang berlaku dalam negara kita. Tiada lagi boleh di sekat ledakan maklumat dan berita berita sahih dan kini menurut satu program televisyen terbitan luar negara, setiap warganegara adalah wartawan dan ianya terbukti dengan tragedi Tsunami pada tahun 2004 dimana video visual kejadian kebanyakkan di rakam daripada telefon bimbit dan di muat naik ke media social secara langsung. Seorang pelancong barat yang berada dalam teksi menuju ke Pusat Peranginan Phuket Thailand menyaksikan sendiri bagaimana pemandu teksi menerima satu panggilan telefon di telefon bimbitnya dan terus membuat keputusan untuk memandu ke kawasan tanah tinggi sekalipun sebenarnya sepatutnya membawa pelancong berkenaan ke hotel penginapannya yang di jangka akan di langgar Tsunami sekaligus Berjaya menyelamatkan pelancong berkenaan. (Petikan program berkenaan yang di siar pada bulan disember 2016) Pelbagai cara untuk mengatasi sekatan sekatan tertentu jika sesuatu media social di sekat oleh sesebuah negara memandangkan tidak semua satelit dapat di kawal oleh negara berkenaan, begitu juga tidak semua kad sim syarikat syarikat telekomunikasi seluruh dunia dapat di kawal oleh pihak penguatkuasa sesebuah negara. Anehnya ahli 2 buah parti politik dimana pemimpin kedua parti ini berjuang untuk bangsa dan agama parti masing masing. Ahli parti yang berasaskan bangsa akan setia kepada pemimpin mereka sekalipun seluruh dunia kecuali negara kita sahaja yang tidak dapat menerima hakikat pemimpin mereka suami isteri adalah penjenayah berat yang dilapor di media utama setiap negara dunia kecuali negara kita. Manakala pemimpin sebuah parti Islam pula berusaha keras untuk menyakinkan ahli mereka yang mereka berjuang untuk agama walhal hakikatnya pemimpin mereka berjuang untuk kesenangan serta kemewahan mereka sendiri. Pemimpin berkenaan mula menunjukkan belangnya sebaik sahaja ulama besar Tuan Guru Nik Aziz yang di hormati dunia Islam mereka meninggal dunia. Sebenarnya selama hayat Tuan Guru Nik Aziz masih ada, pemimpin berkenaan telah berkali kali cuba untuk melakukan pelbagai keputusan yang di lihat tidak selari dengan Islam namun tewas setelah campurtangan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz. Justru sekali gus telah memusnahkan Amanat tahun 1987 pemimpin berkenaan yang kini di penghujung usianya lebih memperlihatkan cintanya pada dunia melebihi cinta pada agama sekalipun mulutnya tetap menafikan telah berubah pendirian. Pemimpin berkenaan menjadi terus rosak punah ranah kerana ada sekitar lebih kurang tak sampai 20 ekor dalam pelbagai peringkat saf kepimpinan yang juga laparkan harta serta kuasa memandangkan sepanjang perjuangan berasaskan Islam mereka tidak pernah berjaya kecuali kali ini mereka berasa dapat mencapai matlamat untuk hidup lebih mewah dengan berbaik baik dengan penjenayah berat daripada parti yang memperjuangkan bangsa. Allah swt berfirman dalam Surah Al Taubah: 56, ‘Dan mereka (yang munafiq itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah satu kaum yang pengecut’ Ahli ahli parti kedua dua parti politik yang berasaskan bangsa dan agama berkenaan patut mula sedar yang kesetiaan membabi buta kepada bendera parti masing masing bukanlah satu tindakan yang bijak kerana kini mereka sedang di pimpin oleh kumpulan penjenayah dan penyamun yang menyalah guna objektif parti masing masing sebagai alasan mempertahankan jenayah kedua dua mereka yang berkenaan. Seterusnya kedua dua pemimpin parti berbeza ini merasakan mereka kuat kerana terdapat segolongan pemimpin parti mereka sendiri yang menyokong kuat atas sebab kepentingan mendapat sedikit kuasa dan sedikit kemewahan. Allah swt berfirman dalam Surah Al Baqarah:8, ‘Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat padahal mereka sebenarnya tidak beriman’ Dimanakah nilainya kaset kaset siri siri ceramah agama di Masjid Rusila yang di jual pada harga serendah RM1.80 sen sekitar tahun 1987-1990 dahulu? Alhamdullillah negara mempunyai beberapa tokoh besar ulama negara yang teguh iman mereka hingga ke akhir hayat seperti Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz, Al Marhum Uztaz Fadzil Noor, Al Marhum Uztaz Azizan Razak. Jika melihat perjalanan parti Islam sekarang tidak mustahil kerana tidak yakin jumlah lautan manusia akan mengiringi jenazah mereka, mereka akan memilih untuk meninggal di luar negara kelak. Entah kenapa mereka yang menggunakan agama untuk mendapat dunia secara tidak sepatutnya , entah kenapa agaknya mereka masih berjubah dan berserban kenapa tidak sahaja berubah memakai kot buatan Italy dan menghisap cerut mewah berharga ribuan ringgit sekotak kecil kerana secara diam diam kehidupan mereka telah pun bertaraf VVIP samada ketika berada di dalam mahupun di luar negara. Pemimpin no 2 sebuah negeri di pantai timur hidup mewah , al maklum kini sudah menjadi ahli korporat agaknya yang mungkin tidak ragu ragu akan bekerjasama memastikan kerajaan negeri yang di pimpinnya boleh diserahkan pada parti lawan yang berasaskan bangsa asalkan kehidupan mewahnya berterusan. Justru kerjasama parti Islam bersama pakatan rakyat pada pilihanraya umum yang lepas adalah semata mata kerana tidak dapat membantah pendirian tegas pemimpin Islam ulung Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz dan sebaik sahaja ketiadaan Al Marhum Tuan Guru dengan pantasnya pendirian golongan Munafiq ini berubah mula mencari cari Nas untuk membuat kerjasama dengan penjenayah serta musuh musuh Islam. Golongan bukan Islam yang berjaya memerintah negeri dalam Pakatan Rakyat sengaja di fitnah oleh pemimpin parti Islam yang ada kini seolah olah golongan bukan Islam berkenaan anti Islam walaupun telah menaikkan berganda ganda peruntukan kepada Jabatan dan Majlis Agama Pulau Pinang berbanding ketika zaman pemerintahan BN sebelum itu. Justru amatlah pelik bila bukan sahaja golongan bukan Islam yang memerintah Pulau Pinang di musuhi parti Islam tetapi juga golongan pemimpin utama parti mereka sendiri yang menyokong kuat pendirian Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz terpaksa meninggalkan parti berkenaan atas pelbagai tekanan golongan yang mahukan kemewahan dan kuasa yang mungkin di janjikan oleh pemimpin parti yang berasaskan bangsa yang terkenal sebagai penjenayah di peringkat global. Tidak mustahil mereka menganayai golongan pemimpin yang di sukai oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semata mata kerana perasaan hasad dengki kerana mereka tidak terpilih untuk rapat dengan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz semasa hayat Al Marhum. Ini tidak menghairankan kerana tindak tanduk golongan ini sekarang memang terbukti mereka itu bahalul , bongok, gong, bodoh piang merangkap kayu. Iman tidak boleh di warisi justru tindak tanduk salah seorang anak Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz amatlah mengejutkan ibarat seolah olah penagih tegar air ketum. Apa kata jika pihak narkotik PDRM dan pihak Agensi Penguatkuasaan Anti Dadah Kebangsaan menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas si mata merah cengkung kurus kering berkenaan yang kini gemar, ‘ berkot hitam berseluar yengki cuma takda jambul di depan’, meminjam kata kata Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok. Pelbagai pihak mempunyai rakaman audio visual Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz yang tegas dalam pendiriannya terhadap parti yang berasakan bangsa yang boleh di tonton dalam video yang berbeza beza di youtube namun si mata merah mahukan ahli ahli partinya percaya kononnya pendirian Al Marhum telah berubah. Ini orang putih kata, ‘you go fly kite la’. Seterusnya Allah swt berfirman dalam Surah Al Munafiqun: 2, ‘ Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas) lalu mereka menghalang (dirinya atau orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka kerjakan.’ Kepercayaan kepada janji janji penjenayah antarabangsa daripada parti berasaskan bangsa oleh segolongan pemimpin parti Islam adalah kemungkinan kerana mereka juga terlepas pandang amaran Allah swt dalam Surah Al Baqarah:14, ‘Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata: kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka, mereka berkata pula,:sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang beriman)’ Kesimpulannya, tepatlah sekali adengan filem 3 Abdul lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, ‘dah kena lah tu, penyamun tipu penyagak’. Atau mungkinkah golongan beragama yang menyeleweng ini merasakan tingginya ilmu agama mereka melepasi pokok kelapa sehingga sanggup menyalah gunakan ilmu usuluddin serta sanggup menyalah gunakan Qawaid Fiqqiyyah (Islamic Legal Maxims) untuk mencapai apa jua matlamat jahat mereka termasuklah mengeluarkan fatwa haram menjatuhkan kerajaan Islam, sejak bila negara kita mempunyai kerajaan Islam. Rujuklah Perlembagaan Persekutuan di mana dengan jelas di sebut , agama Islam cuma agama rasmi negara kita manakala bidang kuasa agama pula terletak pada kuasa negeri masing masing bagi negeri negeri yang mempunyai Raja, Sultan dan Yam Tuan Besar. Justru jika benar haram menjatuhkan kerajaan menerusi proses demokrasi pilihanraya, elok bubarkan sahaja SPR daripada diberi makan gaji buta, tiada lah perlu pilihanraya lagi jika ianya wajib memihak kepada satu pihak sahaja selama lamanya bak kata Seniman Idris Hashim dalam filem Laksamana Do Re Me,ketika marah pada Menteri Fa So La, ‘takda akai langsung’. Renung-renungkan, Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

Saturday, January 7, 2017

Farewell to a legend: SM Salim laid to rest

Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka

Jual beli agama oleh sesetengah golongan agamawan tiket mudah ke neraka Nabi Muhammad saw bersabda dalam Hadith yang di laporkan dalam oleh Imam Abu Dawud dan Imam Al Tirmidzi serta Ibn Majah--Terdapat 3 golongan hakim, 2 akan ke neraka manakala 1 akan ke Syurga. Pertamanya golongan yang berilmu dan mengetahui fakta serta keterangan keterangan kes tetapi sengaja membuat keputusan yang salah, akan ke neraka. Keduanya, golongan yang tidak berilmu dan tidak benar benar pasti fakta serta keterangan kes namun memilih untuk membuat penghakiman, juga akan ke neraka. Ketiganya, golongan hakim yang berilmu dan mengetahui segala fakta serta keterangan kes serta berusaha membuat penghakiman seadil adilnya tanpa risau sebarang kesan tindakbalas oleh manusia lain akan di beri 2 pahala jika tepat penghakimannya dan tetap akan di berikan 1 pahala jika silap penghakimannya kerana penghakimannya dibuat berdasarkan ketaqwaan kepada Allah swt tanpa sedikit pun niat untuk berlaku tidak adil apatah lagi untuk cuba menjaga hati manusia manusia lain. Justru Hakim dalam hadith ini bukanlah semestinya bersandarkan atau bermaksud ianya merujuk kepada hakim mahkamah sahaja, ianya juga merujuk kepada golongan berilmu seperti Mufti, Ulama, Agamawan, Mujtahid, Pensyarah, Uztaz, Penasihat Shariah dan sebagainya. Proses membuat Fatwa amatlah ketat dalam Islam kerana syarat syarat menjadi seorang Mujtahid amatlah ketat sekali justru bukanlah mudah untuk dengan selamba membuat pandangan berbentuk Fatwa untuk di ikuti oleh masyarakat. Prof Dr Mahmood M Sanusi seorang Professor yang terkenal di seluruh dunia perbankan Islam dengan pelbagai buku dan tulisan serta artikel mengenai sistem kewangan Islam pernah berkata yang di zaman ini bukan cuma 2 hakim atau golongan berilmu agama yang masuk neraka tetapi sebenarnya ketiga tiga golongan akan masuk neraka kerana amat sukar untuk benar benar mendapat golongan ketiga seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad saw di zaman ini. Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi). Golongan golongan agamawan yang wujud hari ini sesetengahnya golongan menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga demi pulangan berbentuk material yang mungkin sukar di tolak al maklum kek besar rompakan tertinggi di dunia zaman moden kot. Justru menjadi Mufti mahupun Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam bersama kuncu kuncu berpenampilan Islamik belum menjamin kejujuran dalam memberi Fatwa lebih lebih lagi bila begitu ramai pengikut setia yang ingin menumpang sedikit sebanyak kemewahan daripada sumber sumber syubhah (was –was) mahupun haram. Terkini ialah isu Perdana Menteri Malaysia ke 4 , YA Bhg Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan status ibadah haji yang di kerjakan dengan dana yang dirompak ataupun dicuri sebagai tidak Mabrur. Sebenarnya isu ini tidak memerlukan sesiapa yang berilmu agama sekalipun untuk mengatakan ianya salah di sisi Islam kerana ibadah sepatutnya di buat berdasarkan daripada sumber dana yang di yakini benar benar halal tanpa was was status dana berkenaan. Malah kanak kanak sekolah rendah pun tahu wang tidak halal tidak boleh di gunakan untuk tujuan mendapat redha serta pahala daripada Allah swt. Tetapi dengan hairannya muncul Mufti Perak, Kelantan dan Pahang yang sememangnya amat di kenali dengan pelbagai pandangan berbentuk Fatwa yang lebih di lihat oleh rakyat sebagai barua penjenayah. Molek benarlah mereka ini pencen segera ataupun bertaubat Nasuha tanpa berterusan merosakkan nama baik agama Islam di mata manusia lain khususnya golongan bukan Islam yang mungkin akan tersilap faham mengenai Islam akibat perbuatan buruk setengah setengah golongan berstatus mufti ini. Entah kenapalah ada manusia yang sepatutnya berilmu agama tiba tiba cuba mempertikaikan kenyataan Tun Dr M semata mata kerana mungkin ingin di lihat sentiasa berkhidmat menjaga hati siapa yang berkuasa dalam negara. Tun Dr M seorang negarawan , tidak pernah pun mengaku yang beliau mempunyai ilmu agama setinggi para mufti namun cuma berkongsi pandangan yang amat munasabah di mata masyarakat umum. Tidakkah ketiga tiga ekor mufti ini sedar yang kalaulah seekor kuda belang faham apa yang mereka katakan nescaya kuda belang berkenaan akan ketawa sampai tergolek golek atas tanah dengan keempat empat kaki di atas. Dalam Hadith Nabi Muhammad saw yang dilapor oleh Imam Ahmed, dalam Mishkat No 301 dimana secara intipatinya Nabi bersabda yang bila seorang hamba Allah memeperolehi harta dengan cara tidak jujur dan kemudian memberinya pada aktiviti kebajikan, ianya tidak akan diterima. Allah swt tidak akan memberkati apa yang dibelanjakan malah ianya akan menjadi penyebab untuk merasai api neraka. Allah swt tidak menghapuskan sesuatu perbuatan salah dengan perbuatan salah yang lain tetapi memadamkan perbuatan sakah dengan amalan amalan baik. Justru , debu tidak boleh dibersihkan oleh debu. (dipetik daripada mukasurat 190, buku Islamic Banking & Finance Shariah & Legal Issues and Challenges tulisan Prof Dr Mahmood M Sanusi) Nabi Muhammad turut bersabda lagi dalam hadith laporan Imam Ahmed, 1/387 yang mana intipatinya ialah sesiapa yang dibesarkan dengan punca yang haram akan dibakar oleh api neraka pada hari Kiamat nanti. Malah, satu lagi Hadith sabda Nabi Muhammad saw yang disebut oleh Ibn Habaan 3368 yang intipatinya ialah, sesiapa yang mengumpulkan kekayaan secara haram dan kemudiannya berbuat kebajikan, dia tidak akan mendapat apa apa pahala namun sebaliknya dia tetap akan dipertanggungjawapkan di atas perbuatan jenayahnya itu. Entah apa yang telah berlaku dengan prinsip amal makruf nahi mungkar pada setengah setengah golongan agamawan. Apakah kerana ada kepentingan tertentu segala jenis perbuatan jenayah tidak perlu langsung di cegah menerusi kata kata yang jujur dan berani oleh golongan ini. Apakah mereka ini juga menganggap kehilangan jawatan duniawi lebih penting daripada menjaga kepentingan masyarakat/maslahah? Jika demikian, rezeki itu kini dari manusia lah kot sampaikan golongan beragama pun ada yang dah mula mengamal ajaran Guru Yahya sebuah drama tv mengenai ajaran sesat yang popular lebihkurang 20 tahun yang lepas. Tidak menghairankan apa yang berlaku di penghujung usia seseorang telah di peringatkan oleh kisah kisah zaman awal agama Allah swt dimana pembunuh yang dalam perjalanan berhijrah untuk bertaubat akhirnya menerima ganjaran syurga manakala seorang alim yang percaya kepada tipu helah iblis di kala sedang sakit tenat mengakhiri riwayatnya dengan menyekutukan Allah swt terus menempat tiket kelas pertama la kot di neraka Allah swt. Wallahualam. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur

Monday, January 2, 2017

Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza

Biduan Negara Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim –kenangan dalam perspektif berbeza.
Generasi hari ini mungkin mengenal Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim daripada lagu lagu dendangan Allahyarham yang di siarkan di Radio Klasik dari masa ke semasa. Lagu Justru Sang Bulan, Sri Banang, Cempakasari, Orang Berbudi Kita Berbahasa, Hidup perlu bekerja, Joget Penghibur, Pandang Pandang Jeling Jeling, Pasir Roboh, Cinta Dulu Cinta Sekarang, Joget Kasih bermula, Kahwin Paksa, Mohon Kasih, Bunga Ros dan banyak lagi lagu lagu malar segar dendangan Allahyarham yang mana ada senikata senikata lagu tradisional di pinda sendiri oleh Allahyarham dengan begitu berkesan termasuklah senikata lagu Sri Banang yang dipersembahkan Allahyarham dengan iringan orkestra penuh. Allahyarham dengan cara spontan dan santai menceritakan yang senikata lagu Joget Jambu Merah dipinda untuk disesuaikan dengan tugas tentera yang sentiasa berjauhan dengan isteri sejauh Sabah, Sarawak dan Congo ketika itu. Ini diceritakan Allahyarham di pentas ketika persembahan Konsert Perjalanan Anak Seni 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang turut di hadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini YA Bhg Tun). Persembahan dua malam berkenaan juga dikhabarkan menarik minat Al Marhum Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ingin mencemar duli berangkat jika tidak kerana sedang berada di luar negara. Persembahan di Dewan berprestij itu berjaya mendapat sambutan tahap, ‘sold-out’ kesemua tiket persembahan sekalipun pelbagai rintangan dalam penganjurannya. Dikhabarkan sendiri kepada penulis oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan persembahan malam berkenaan yang pihak Dewan berprestij itu biasanya lebih mementingkan persembahan persembahan berkualiti dan akhirnya meluluskan persembahan konsert berkenaan setelah mendapat arahan tertinggi pentadbiran negara ketika itu. Sekitar tahun 1975-1977 dahulu, TV Malaysia yang masih dalam format hitam putih pernah menayangkan sebuah filem terbitan Filem Negara Malaysa (Malayan Film Unit) pada tahun 1964 yang berjudul , ‘’Mata Permata’’ lakonan hebat bintang bintang radio Malaya dengan watak utamanya di lakonkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim bersama Allahyarhammah isterinya Normah Salim. File mini mengisahkan mengenai kehidupan 2 jiran yang mana salah satu daripada jiran yang walaupun kurang berada, isterinya sering mencemburi kemewahan material jiran sebelah sehingga sanggup meminjam barang kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan. Kerja Allahyarham dalam filem berkenaan ialah sebagai penyanyi di majlis orang kahwin serta menjadi suami kepada wanita yang suka menunjuk nunjuk berkenaan. Lagu merdu dendangan Allahyarham dalam filem berkenaan di setiap majlis perkahwinan adalah lagu yang sama namun begitu indah di dengar serta dihayati. Kisah menjadi lebih dramatik bila barang kemas yang dipinjam untuk bergaya oleh isterinya hilang di lokasi majlis perkahwinan. Jika dapat sempena Aidil Fitri 2017 yang menjelang tiba bulan Jun nanti, dapatlah kiranya TV 1 ataupun Astro menyiarkan filem sepanjang 68 minit ini yang telah di adaptasikan daripada sebuah filem Perancis, “The Necklace’’. Dalam satu forum membincangkan filem Mata Permata sekitar tahun 2000 yang turut di sertai oleh Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim sebagai ahli panel, filem ini pernah di terbitkan dalam versi Bahasa Inggeris dengan judul The Eyes of Evil dan mendapat Anugerah Golden Harvest Film di Festival Filem Asia ke 11 kerana sumbangan kepada pembangunan pendidikan sosial. Ketika penghujung era 70an, penulis mula di kenalkan kepada keindahan lagu lagu dendangan Allahyarham Tan Sri Dato SM Salim oleh Allahyarham bapa penulis yang sering memasang Katrij dari Album pertama Allahyarham Tan Sri Dato terbitan WEA yang berjodol Joget Kasih Bermula yang sekitar zaman itu kebanyakkan lagu lagu indah dalam album Allahyarham di terbitkan oleh Yg Bhg Prof Datuk Dr Johari Salleh. Lagu lagu seperti Pasir Roboh, Patah Hati di gubah dalam versi orchestra menjadikan status lagu tradisional berkenaan lebih indah di hayati dalam pelbagai versi termasuklah versi orchestra yang tentunya menaikkan lagi martabat lagu tradisional. Allahyarham pernah turut terkenal dengan menjadi pelawak pentas bersama Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dan Allahyarham Pakcik Jamal dari siri radio popular Taman Kanak Kanak. Allahyarham memulakan kareer bersama Radio Malaya sebagai juruhebah program radio waktu Subuh di Rumah Persekutuan yang kini menjadi pejabat tanah Wilayah Persekutuan berhampiran dengan Menara Dayabumi. Allahyarham turut menceritakan semasa konsert perjalanan anak seni pada tahun 2001 di Dewan Filharmonik Petronas yang Allahyarham pernah menjual majerin dari rumah ke rumah namun kerjaya yang paling di sukainya ialah bersama radio dan juga menjadi penyanyi. Ketika majlis perlancaran VCD Konsert Perjalanan Anak Seni Allahyarham sekitar tahun 2001-2002 oleh pihak WEA di Mui Plaza Kuala Lumpur, penulis menghadirinya sempat berbual dengan Allahyarham serta sempat menguruskan satu jualan khas album berkenaan di Kelab Darul Ehsan Ampang (KDE) selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan dimana gerai di jaga oleh kakitangan separuh masa Fotozoom Ampang Point bersama bergilir gilir dengan Mahasiswa IPTA tempatan selama 3 jam sehari iaitu daripada 5 petang hingga 8 malam. Naseer Abu Kassim yang terlibat dengan album VCD dan CD Konsert Perjalanan Anak Seni daripada WEA ketika datang untuk berbuka di KDE terkejut melihat penjualan cuma album berkenaan di sana dan setelah meneliti invois invois asal daripada WEA/Warner Chapell berlalu tanpa berkata apa apa. Album berkenaan habis di jual hingga ke malam raya. Namun tiada siapa dikalangan yang bertugas yang terlepas untuk berbuka, Solat Maghrib Isya dan Terawikh kerana bergilir gilir ke Masjid Taman Tun Abdul Razak Ampang yang terletak tidak jauh dari Kelab berkenaan. Justru Konsert berkenaan bukan sahaja berjaya , ‘’sold out’’ ketika dalam Dewan Filharmonik malah ketika versi CD dan VCD juga ianya ‘sold out’ di KDE Ampang sepanjang Ramadhan tahun berkenaan.
Anugerah penghargaan kerajaan persekutuan kepada Allahyarham ialah bila Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim di nobatkan sebagai Biduan Negara pada bulan April tahun 2013 dalam satu majlis gilang gemilang yang di sampaikan oleh YB Menteri ketika itu Tan Sri Dato Dr Rais Yatim di Hotel Double Tree Hilton Kuala Lumpur. Turut menerima Anugerah pada malam itu ialah Allahyarham Komposer Kassim Masdor yang menerima Anugerah Seniman Tamu Negara daripada YB Menteri Tan Sri Dato Dr Rais Yatim. Allahyarham Kassim Masdor ialah klien penulis dan pada malam berkenaan berpeluang beberapa kali untuk berbual dan berinteraksi dengan Allahyarham Tan Sri Dato Dr SM Salim ketika membantu Allahyarham Seniman Tamu Negara Kassim Masdor pada malam berkenaan. Kini kedua dua lagenda seni negara telah pergi menghadap illahi. InshaaAllah kedua dua roh lagenda negara ini di tempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal Solih hendaknya,marilah kita sentiasa bersama berdoa untuk kebaikan kedua dua roh mereka di Alam Baqa.Innallillah. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur